Dari Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika seseorang dari kalian bermimpi yang tidak disukai, hendaklah ia berludah ke sebelah kirinya tiga kali lalu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan sebanyak tiga kali (ucap: A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim), kemudian mengubah posisi tidurnya tadi”. Hadis Riwayat Muslim (2262)
Dari Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mimpi yang baik berasal dari Allah dan mimpi yang buruk itu dari syaitan. Barang siapa melihat suatu mimpi yang tidak ia sukai, hendaklah ia meniup ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali dan hendaklah pula memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan. Kerana sesungguhnya mimpi buruk tadi tidak akan membahayakan dirinya.” Hadis Riwayat Al Bukhari (6984) dan Muslim (2261)
Keterangan:
Daripada hadis di atas Rasulullah s.a.w. memberi garis panduan untuk kita menangani mimpi yang buruk atau tidak disukai. Caranya mudah sahaja iaitu dengan meludah atau meniup ke kiri sebanyak tidak kali. Diikuti dengan memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan (mengucapkan: A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim) sebanyak tiga kali. Seterusnya mengubah posisi tidur dan tidur semula. Cara ini dapat menenangkan diri kita dan mengelak dari sebarang bahaya akibat mimpi buruk tersebut.
nurmisnan says
hmmm betul tuh.. dua2 pun boleh asalkan jgn maa meldah tuh
kuar betul2 aik liuk.. karang bau ashem.. tak pasal2 suami
tdo kiri kena muka.. kih3..
Hairul Hissam says
Betul tu kak nora.. ludah sikit2 jeee buat syarat…. 😀
UmmiKami says
Salam manis buat Hairul 🙂
Kalau meludah kekiri dan meniup ke kanan nanti serupa macam tok bomoh dalam cerita P.Ramlee Do Re Mi..silap-silap nanti…. 😀
Hairul Hissam says
wsalam kak ummi… tu dah lain tu.. he.he.he
puteri kasih says
minta dijauhkan dari mimpi-mimpi buruk yang menakutkan
Hairul Hissam says
amin.. semoga begitulah harapnya…
suri says
jangan ada yg terpijak ludaj seketul ada kahak tu nghe…
Hairul Hissam says
ada yg menjerit nanti.. he.he.he
suri says
Salam…
apa khbar admin?
klu sy akan baca dua ke 3 kali ayat kursi samapi saya tertidur.itu diamlkan klu2 mmi buruk dtg heee
Hairul Hissam says
wsalam.. baik selalu… semoga dapat mimpi yg syok cik suri… 😀
TehR says
jangan pula terludah teman kat sebelah
haha
Hairul Hissam says
naya nanti.. heee 😀