.
Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Azriey Amriey. Begitu Dahsyat siksaan di dalam api neraka. Semoga kita lebih beringat dan bersiap sedia dengan amalan yang disuruh Allah s.w.t.
An-Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW. bersabda: Sesungguhnya seringan-ringan seksaan ahli neraka di hari kiamat, ialah orang yang di bawah telapak kakinya diletakkan bara api yang dapat mendidihkan otaknya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan:
Neraka berasal daripada perkataan “Ibrani” bermaksud “unggun api”. Ia adalah satu tempat yang Allah cipta untuk mereka yang engkar akan suruhanNya. Dimana bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Apinya sangat panas berkali ganda jika dibandingkan dengan kepanasan api didunia. Sekiranya api neraka itu jatuh kebumi walau sebesar hama, akan hancur lebur dunia ini.
Terdapat 7 nama-nama neraka yang wajib kita ketahui iaitu:
1) Neraka Jahannam
Merupakan tingkat yang apaling atas. Penghuninya akan kekal selama-lamanya disana kerana ia adalah tempat untuk mereka yang kufur serta mensyirikkan Allah. Disinilah tinggal syaitan laknatullah. Kekal selamanya.
2)Luza
Disini pula tinggal orang-orang yang mendustakan agama serta ajaran Rasulullah s.a.wT
3)Hathamah
Disini akan menetap mereka yang lalai serta leka dalam menjalankan perintah Allah kerana terlalu asyik mengejar dunia.
4)Sair
Disini, penghuninya adalah mereka yang makan harta anak yatim. Mata mereka akan dibutakan dan telinga mereka akan ditulikan.
5)Saqru
Disini penghuninya ialah orang yang meninggalkan solat, percaya kepada bidaah tidak mahu memberi makan kepada orang miskin, pengumpat, pencela dan mereka yang tidak percaya kepada hari akhirat.
6)Jahim
Disini menjadi tempat untuk mereka yang melakukan dosa besar seperti zina, membunuh, minum arak dan sebagainya.
7)Hawiyah
Inilah neraka yang paling bawah tingkatnya. Ia menempatkan orang yang memusuhi Rasulullah. Dikatakan neraka hawiyah itu, apinya hitam dan sudah dibakar 1000tahun lamanya dan terdiri daripada alas atau kerak-kerak neraka.namun begitu, bahang kepanasannya masih mampu mendidihkan otak.
Hairul.com: Terima kasih Cik Azriey Amriey di atas kiriman artikel ini. Semoga menjadi pengajaran buat kita bersama.
nurmisnan says
Thanks for sharing here.. Banyak yang boleh kita perbaiki
setelah mengetahui mana tempatnya neraka2 utk mereka yg lalai
dalam kewajipan
Hairul Hissam says
Betul tu kak nora.. semoga menjadi ingatan buat kita semua 😀
TehR says
yang paling ringan pun dah tak sanggup dihadapi
moga2 kita diampunkan
Hairul Hissam says
Amin…. semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa2 kita semua.. 😀
riza says
Neraka Luza menempatkan penghuni yang mendustakan agama dan ajaran Rasulullah S.A.W. Dalam sedar atau tidak sedar, janganlah kita memperlekehkan hukum hakam agama dan sunah Nabi kita. Ilmu agama wajib dituntut, tak kira lelaki atau perempuan. Sekiranya selama ini kita leka dengan ilmu lain, perlahan-lahanlah kita mulakan dengan hari ini untuk mempelajarinya. Peringatan ini, pertama sekali kak riza tujukan pada diri sendiri… apabila kita telah faham Al-Quran dan As-Sunnah, sudah tentunya jauh untuk kita menidakkan agama dan ajaran nabi kita. Minta doa pada Allah, agar diletakkan kita pada jalan yang betul seperti yang selalu kita baca dalam Surah Al-Fatihah…
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas nasihat Kak Riza. Semoga kita terus istiqamah dalam menuntut ilmu agama utk kebahagian dunia dan akhirat 😀
riza says
Welcome! May Allah blessed us with health and determination towards achieving our ultimate goal…
akubiomed says
Menakutkan gambaran neraka didalam entri ini. Moga-moga ia memberikan peringatan supaya mentaati suruhan agama.
Hairul Hissam says
Semoga ia menjadi peringatan yg bermakna buat kita bersama 😀