Petua ini kiriman Cik Nur Sakeenah (Choco Nila) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Kuku yang cantik semetinya menjadi idaman setiap wanita. Apa kata kita amalkan petua-petua ni, tak payah lah membazir duit untuk membuat manicure. Baik simpan je boleh lah beli handbag atau pergi melancong ke. Jom baca petua bagi mencantikkan kuku anda dibawah
.
Petua Cara Mencantikkan Kuku
1 >> Kupas beberapa ulas bawang dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gosokkan pada kuku hingga kelihatan berkilat. Kemudian bilas dengan air.
2 >> Boleh juga menggunakan belimbing buluh. Potong dan gosokkan kepada kuku. Insyallah kuku akan kelihatan sihat dan bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
3 >> Tiada belimbing buluh? Gunakanlah limau nipis. Caranya sama sahaja seperti menggunakan belimbing buluh.
4 >> Selain itu boleh lahh menyapu minyak zaitun pada kuku. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Selamat mencuba untuk kuku yang cantik ^^
Admin: Terima kasih Cik Sakeenah atas kiriman petua cara mencantikkan kuku ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara memutihkan gigi. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
Miss Yati says
Bestkan kalau tengok kuku pendek dan berkilat secara semulajadi ni.
Petua Emak says
Mmg bagus guna bahan semulajadi utk kecantikan asli.. tambahan lagi tiada kesan sampingan… 😀
suri says
wah cam besrt jer hee..klu ada anak kecil mmg tak smpt.klu dara tu rasany mmg dok pikir apa tahu nak ctk jer hee..
Petua Emak says
Dah jadi ibu, mesti lebih byk memikirkan pasal anak dan keluarga kan cik suri…. 😀
'Izzah says
Petua yg bag0s la ch0co~~
Bleh cuba buat kat rumah nie~~~
Papep0n TQ sbb share petua nie . 😀
Petua Emak says
Yap.. tq pada cik nila… 😀
tehr says
kuku cantik pendek dan kemas
Petua Emak says
yg penting pendek dan kemas kan bro 😀
Choco Nila says
Um… Lepas ni boleh lah try kan ^^
Petua Emak says
mmg bagus petua nie tqvm cik nila…
Adif Fida says
gune ubat gigi pun bleh tau…kilat je kuku tu nanti…caranya same lah ngan cara choco buat tu…
tang belimbung buluh tu pun okay..sbb saye dah penah buat…
hehehe…
Petua Emak says
pagi2 sambil berus gigi.. sambil berus kuku… 😀
Mohd Rujhan says
sesuai la untuk orang prmpuan,org laki nk nak cantik kuku buat pe…hee
'Izzah says
mmm,,,x juge,,tp yg pasti kena memnjaga kebersihan kuku dn pastikan kuku sentiasa dlm keadaan pendek+bersih.
Mohd Rujhan says
betul tu…paling penting kuku mesti kelihatan bersih yang akan menampilkan ciri-ciri seseorang.
gloryatie says
bab2 mengilat dan mencantikkan kuku ni, saya boleh kongsi sikit petua. maklumla, kilat2 cantik2 kuku ni menjadi kegilaan saya. tak main la spa2 ni, bazir je. paling senang amik ubat gigi gosok kat kuku sampai berkilat. tak pun kadang2 saya gosok batu dengan batu. amik debu batu tu then gosok kat kuku. confirm berkilat. member tengok semua jeles la (*,#)
azrie amriey says
Jika kuku terkena arang atau getah tentu sekali kuku akan kotor dan hitam. Lumurkan kuku dengan minyak kelapa kemudian cuci hingga bersih. Selepas itu lumurkan pula isi limau nipis pada kuku. Kuku akan kembali bersih dan berkilat.
latyfa says
saya slalu guna bwg putih utk kilat dan ctikkan kuku..amik seulas bwg putih..potong dua pastu tenyeh kuku smpai berkilat,
Petua Emak says
boleh cuba nie.. tqvm cik latyfa… 😀