Petua ini kiriman Cik Rafidah (Adif Fida) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Tekanan darah atau blood pressure menjadi salah satu ukuran kesihatan seseorang. Tekanan darah tinggi adalah keadaan tekanan darah di atas normal 120/80. Jantung bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan.
Adalah mustahak untuk mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah tinggi atau tidak. 90% pengidap hypertensi/tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap hypertensi/tekanan darah tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.
.
Petua Cara Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
1) Seperti diketahui umum, sireh memang banyak khasiatnya. Salah satunya ialah mengurangkan tekanan darah tinggi. Caranya ialah ambil 2 helai daun sireh dicuci bersih. Kemudian rebuslah bersama air dalam kuantiti yg diperlukan. Minum air rebusan tersebut apabila suam. Amalkan sekali seminggu, InsyaAllah dengan izin-Nya darah tinggi akan turun.
2) Senam 30 minit sehari. Senaman cardio seperti jogging, badminton, berbasikal dan sebagainya boleh menguatkan otot jantung dan mengurangkan beban kepada arteri kita.
3) Kurangkan garam dalam masakan. Garam ni macam pasir, ianya menakung air. Dengan itu, isipadu keseluruhan darah akan meningkat dan dengan itu, tekanan darah meningkat. Badan kita hanya memerlukan lebih kurang 500mg tetapi kebanyakkan daripada kita mengambil dalam10x jumlah tersebu.! Bagi mereka yang mengalami penyakit tekanan darah tinggi, jangan melebihi 1500mg sehari.
4) Tingkatkan pengambilan potassium dan magnesium seperti pisang dan buah-buahan. Ia membantu mengurangkan tekanan darah systolik (180 mmHg) dan diastolik (110 mmHg) sebanyak 2-5 point.
5) Berehat. Kurangkan stress dan tenangkan diri paling kurang 30minit setiap hari untuk kurangkan tekanan darah.
Semoga Tips ini membantu
Admin: Tima kasih Cik Rafidah atas kiriman Petua Cara Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara sakit kepala. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
gloryatie says
selain itu, boleh cuba petua ni, rebus 3 biji epal dengan tiga gelas air. rebus hingga buah lembut dan kecut. amalkan meminum air ni sekerap mungkin. insyaAllah dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
nooraini says
boleh juga apple hijau di blend dengan celery dibuat jus dan diminum. buat sekerap yang boleh demi untuk mendapat hasilntya.
Petua Emak says
tqvm cik nooraini atas petua tu…
'Izzah says
eh,eh mudah je petua yg cik nooraini k0ngsikan~~
Sye suke epal..h0h0~~~
azrie amriey says
Selain 2, boleh juga cuba teknik ni. Ambil seikat daun kucai, tumbuk hingga lumat. Kemudian perah sehingga keluar airnya. Ambil air itu dan minum setiap pagi. insyaAllah tekanan darah tinggi akan berkurangan.
Jebeng Otaiâ„¢ says
kurangkan pengambilan nasi dan daging merah..lebihkan sayur dapat membantu juga 🙂