Petua ini kiriman Cik Rafidah (Adif Fida) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Kotoran minyak pada pakaian memang degil. Tambah lagi jika minyak melekat pada pakaian mahal kita. Rasa ralat dan tension menyelubungi diri. Saya ada satu petua untuk menghilangkan kesan kotoran minyak pada pakain.
.
Petua Cara Menghilangkan Kotoran Minyak Pada Pakaian
1. Jika didapati pakaian kita ada kesan minyak, jangan dibasahkan pakaian tersebut dahulu. Maksudnya biar pakaian itu dalam keadaan kering. Kemudian ambil sabun mandi, tidak kira sabun apa. Seterusnya oleskan atau sapukan sedikit pada kesan minyak itu dan kemudian gosok/gonyoh. Gosoklah sehingga kesan minyak itu hilang. InsyaAllah, pakaian itu akan bersih seperti sebelum ini.
Semoga petua ini membantu anda menghilangkan kotoran minyak yang degil dan melekat pada pakaian.
Admin: Tima kasih Cik Rafidah atas kiriman Petua Cara Menghilangkan Kotoran Minyak Pada Pakaian ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara haluskan tapak tangan. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
azrie amriey says
selain itu, kita juga boleh gunakan 1 lagi kaedah untuk menanggalkan minyak hitam pada pakaian iaitu:
Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
gloryatie says
betul tu, sabun mandi memang boleh membantu menghilangkan kesan kotoran minyak pada pakaian. selain tu menghasilkan bau yang wangi 🙂
'Izzah says
cara mudah untuk menghilangkn k0t0ran minyak yg terkena pd baju/tudung ialah dgn menyapu bedak pade kotoran itu…lalu streka pada kotoran itu , dn memercikkan beberape titis air…dan g0s0k sedikit…selamat mencuba..~:)
titan says
biasa guna sabun mandi aje..hehe..
ibudhira says
kalo guna sabun mandi nih tak payah sental kuat2 pun..pasti kotoran hilang..
Petua Emak says
utk minyak pada kulit, guna sabun mandi je.. 😀