Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Biskut Popia Nestum kiriman Puan Rikis. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Biskut Popia Nestum:
1 bungkus kulit popia – besar
nestum (kisar halus)
horlicks
gula aising
susu tepung
SUKATAN = nestum,horlicks,gula aising dan susu tepung tu kita agak2 je banyak mana nak guna(bergantung banyak mana popia yang kita guna)
minyak untuk menggoreng
bancuhan tepung jagung/gandum dgn sedikit air – sebagai pelekat
Cara Membuat Resepi Biskut Popia Nestum:
1) gulung kulit popia,lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung.
2) potong menggunakan gunting mengikut saiz yang kita suka.
3) boleh juga gunting kulit popia terlebih dahulu kemudian baru gulung.
4) panaskan minyak.sementara tunggu minyak panas,gaul horlicks,nestum,gula dan susu tepung.gaul sehingga sebati.ketepikan.
5) goreng kulit popia sehingga garing.toskan minyak.
6) gaul dengan campuran nestum.
7) simpan dalam bekas kedap udara.
P/s: Jika dibuat kecil-kecil, memang sesuai dibuat kuih raya.
Terima kasih kepada Puan Rikis kerana sudi mengirimkan resepi biskut popia nestum ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.