Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi kiriman Cik Azriey Amriey. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Roti Jala :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/4 cawan minyak
2 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
Cara Membuat Resepi Roti Jala:
1. Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala. Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
2. Tapis adunan tadi.
3. Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
4. Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. Tak payah terbalikkan.
5. Ulang langkah2 tadi hingga habis adunan. Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan. Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air
Bahan-Bahan Resepi Kari Ayam:
7 ketul ayam (dibersihkan dan dibasuh dengan tepung gandum)
4 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
1 inci halia
sejemput asam jawa
2 sudu serbuk kari
1/2 sudu serbuk kunyit
2 sudu lada boh
1 biji kentang
1 btg lada hidup
4 cawan santan pekat
2 cawan minyak untuk menumis
sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
sedikit garam
Cara Membuat Resepi Kari Ayam:
1. Tumis bawang merah, bawang putih & halia yang dah ditumbuk.
2. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari, serbuk kunyit… kacau sebentar dan masukkan ayam.
3. Masukkan santan, kentang, lada hidup, kayu kayan tadi & garam secukup rasa. Tunggu mendidih dan sedia.
Terima kasih kepada Cik Azriey Amriey kerana sudi mengirimkan Resepi Roti Jala dan Kari Ayam ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
akubiomed says
Roti jala cicah kuah kari memang suka. 🙂
Hairul Hissam says
Malam nie kena buka puasa ngan roji jala bro 😀