Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Lassi Berempah ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Lassi Berempah
200ml dadih rendah lemak
200ml air
1 biji cili hijau – dicincang
1 biji bawang merah – dicincang
1/4 sudu kecil jintan manis – Digoreng kering
1 sudu besar daun ketumbar atau daun kari yang dicincang
secubit garam
sedikit ketulan ais
Cara Membuat Resepi Lassi Berempah:
1. Pukul dadih bersama air sehingga sebati.
2. Masukkan cili hijau, bawang merah, jintan manis, daun ketumbar dan garam. Kacau rata.
3. Bubuh ketulan ais di dalam gelas dan tuang lasi. Sedia untuk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi lassi berempah