Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Cheese Fruity ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Cheese Fruity:
=4 sudu besar cream cheese
=6 keping biskut oreo (buang filling-kisar halus-gaul dengan butter) – boleh ganti dgn biskut lain
=4 sudu besar unsalted butter (cairkan)
=1 sudu besar susu uht full cream
=1 sudu besar susu pekat manis
=8 biji buah anggur (boleh guna buah lain)
= sedikit coklat (bar) – parut/kikis dengan pisau
Cara Membuat Resepi Cheese Fruity:
1) satukan biskut hancur dengan butter cair.gaul sebati.masukkan dlm gelas,tekan sikit supaya padat.sejukkan seketika dlm peti sejuk.
2) pukul cream cheese bersama susu uht dan susu pekat manis.pukul hingga gebu.
3) sudukan sedikit aduan cheese ke dlm gelas yang berisi biskut hancur.
4) tambahkan buah anggur dan sudukan semula adunan cheese.ulangi langkah ini.
5) pastikan adunan cheese merupakan lapisan yg terakhir.
6) letakkan sedikit parutan coklat di atas permukaan cheese.
7) sedia utk dinikmati.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi cheese fruity ini
Shila y says
Nice..nk try
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi cheese fruity nie..