Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Mihun Sup Daging ini kiriman Azriey Amriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Mihun Sup Daging:
500gram Mihun (celur)
Bawang Merah (1 biji). Dihiris-hiris
Bawang putih (1-2 ulas) bergatung pd saiz. Pun dihiris2
cili padi (2-3 biji). ikut la kalau nak pedas, tambah lagi. Di potong dua
250gram Daging lembu (Di potong nipis2.)
Tauge (celur)
Fishball/fishcake
1 sd besar lada hitam. Di tumbuk halus
Minyak untuk menumis, air dan garam
Daun sup
Bawang goreng
Cara Membuat Resepi Mihun Sup Daging:
1. Panas minyak. Tumis bawang merah dulu. Bila dah naik bau. masukkan bwg putih dan cili api. Kacau 1-2 minit.
2. Masukkan daging dan kacau. Lebih kurang 3 minit masukkan ladahitam. Pastikan bubuh sikit air kat lada hitam yang ditumbuk. Kacau hingga sebati. Biarkan 2 minit kemudian masukkan air 2 cawan. Biar mendidih
3. Selepas mendidih,masukkan sedikit garam dan kacau. Agak2 dalam 2 minit, masukkan fishball/fishcake dan kacau. Tutup api dan hidang
4. Masukkan mihun dalam mangkuk, tambah tauge, masukkan kuah sup.. hias dengan daun sp dan bawang goreng
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi mihun sup daging
akubiomed says
Tu dia sampai kabus lensa kamera gara-gara Mihun Sup Daging Special. 🙂
Hairul Hissam says
Panas berasap2.. Mmg menyelerakan…. 😀