Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resipi Ulunthu vadai (vadai kacang dal putih)
Bahan-Bahan Resepi Ulunthu Vadai
2 cawan kacang dal putih – direndam selama 2jam
1 biji bawang besar (cincang halus)
1 biji cili hijau (cincang halus)
1 tangkai daun kari (cincang halus)
1 sudu teh jintan manis (tumbuk halus)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Resepi Ulunthu Vadai:
1. Rendamkan kacang dal putih selama 2 jam.
2. Bersihkan dan toskan. kisar sehingga halus.
3. Tambah sedikit air untuk mengisar. Jangan menambah lebih banyak air, ia akan merosakkan vadai.
4. Ambil adunan yang mengisar tadi dalam mangkuk dan masukkan bawang besar, cili hijau, jintan manis, daun kari dan soda bikarbonat.
5. Gaulkan hingga sebati dan perasakan dengan garam. rehatkan sekurang-kurangnya 1/2 jam.
6. Panaskan minyak dengan api sederhana.
7. Bentukkan adunan vadai seperti donat dan gorengkan sehingga kekuningan.
8. Toskan minyaknya dan hidangkan panas-panas bersama chutney.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi ulunthu vadai
Leave a Reply