Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Yogurt Panna Cotta with Manggo Coulis ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Yogurt Panna Cotta with Manggo Coulis :
*PANNA COTTA
————-
=2 cawan yogurt – perisa ikut suka
=2 1/2 sudu kecil serbuk gelatin (unflavoured)
=1/4 cawan @ 60ml air
=1 1/4 cawan whipping cream
=1/2 cawan gula
=1 sudu kecil esen vanila (optional)
*COULIS
———
=400 gm mangga (potong dadu) – boleh guna buah lain
=50 gm gula – boleh kurangkan atau lebihkan ikut citarasa sendiri
=2 sudu besar air
Cara-Cara Resepi Yogurt Panna Cotta with Manggo Coulis:
*PANNA COTTA
————-
1) campurkan gelatin ke dalam mangkuk yang berisi 60ml air.biarkan selama 10minit.
2) campurkan krim,gula dan esen vanila di dalam kuali leper.didihkan atas api sederhana sehingga gula larut.tutup api.
3) tambahkan gelatin (langkah 1).kacau sehingga gelatin betul2 larut.masukkan pula yogurt.gaul sebati.
4) tapis krim(optional) dan masukkan kedlm gelas.sejukkan di dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam/sehingga ianya mengeras.
*COULIS
———
1) reneh mangga,gula dan air di atas api sederhana selama 4-5 minit.tutup api.
2) kisar campuran mangga sehingga sebati.
3) letak coulis atas panna cotta.sejukkan lagi selama lebih kurang 30minit.
4) hiaskan dengan hirisan mangga/mengikut kreativiti masing2.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi Resepi Yogurt Panna Cotta with Manggo Coulis
Leave a Reply