Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi nasi lemak pandan ini kiriman cik azriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Nasi Lemak Pandan:
· Bahan A (Untuk Nasi)
1. 3 cawan beras
2. 1 paket santan
3. Air pandan yg di blender serta sedikit esen pandan (nak letak pewarna pun boleh)
4. Halia dalam setengah inci
5. Daun pandan 3 tangkai
6. Halba
· Bahan B (untuk sambal)
1. 10 tangkai cili kering (boleh letak lebih kalau nak pedas lagi)
2. bawang besar 1 biji di hiris2
3. bawang putih 3 ulas
· Bahan C (untuk lauk)
1. Telur
2. Ikan Bilis
Cara Membuat Resepi Nasi Lemak Pandan
1. Basuh beras, gaulkan dengan santan pekat, halia, halba dan daun pandan serta letak sedikit garam. kemudian tambahkan air pandan dan esen pandan ataupun pewarna hijau mengikut sukatan beras untuk di tanak. Masak nasi sehingga kering kemudian kukus beberapa minit supaya nasi kelihatan cantik dan elok berderai..untuk lebih sedap dan wangi, kukus nasi dengan daun pisang.
2. Bagi sambal nasi, blender cili kering beserta sedikit bawang besar sehingga hancur. Untuk lebih hancur, cili bolehlah di rebus dgn sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian, tumis bawang putih yang telah ditumbuk sehingga garing dan naik bau. Masukkan cili kering tadi dan kacau dgn api perlahan sehingga masak. Letak sedikit air asam jawa dan bawang besar yg telah dihiris. Kalau nak tambah ikan bilis pun boleh tapi saya lebih suka ikan bilis goreng. Kemudian letak garam, gula secukup rasa.
3. Untuk lauk mengikut citarasa masing2.ada yg suka makan nasi lemak dgn rendang dan sebagainya. tapi saya lebih suka yg bergoreng. Sesuai dimakan dgn ikan bilis yang telah digoreng dan telur rebus
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi nasi lemak pandan
Leave a Reply