Resepi nasi lemak ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Aina Eira dan di edit atau diperbaiki oleh saya. Dari resepinya memang sedap nasi lemak dari resepi cik Aina Eira ini. Dengan bahan-bahan di dalam resepi ini, insyaAllah nasi lemak yang dihasilkan pasti disukai oleh keluarga anda. Resepi sambal tumisnya pun sedap dan special.
Cara membuatnya pun tidak susah. Ok, ada tiga bahagian membuat nasi lemak ini iaitu bahagian pertama resepi untuk cara buat nasi lemak. Dan bahagian kedua ialah resepi untuk cara buat sambal tumis. Manakala bahagian ketiga ialah resepi untuk cara buat bahan tambahan nasi lemak. Kita mulakan dengan membuat nasi lemaknya. Jom kita lihat bahan dan resepinya terlebih dahulu.
Bahan Resepi Nasi Lemak
3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara membuat Nasi untuk Resepi Nasi Lemak:
1. Basuh beras beberapa kali sehingga airnya bersih. Kemudian masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul. Jangan lupa untuk ketuk halianya terlebih dahulu.
2. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Atau boleh gunakan rice cooker atau steamer untuk lebih mudah.
3. Jika guna rice cooker, rendam beras tu selama lebih kurang 20 minit sebelum tanak.
4. Masak hingga nasinya kembang dan lembut.
.
Bahan Resepi Sambal Tumis
10 biji bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
7 sudu besar cili kisar atau cili giling
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Satu sudu kecil belacan
satu sudu besar asam jawa.
satu sudu kecil ikan bilis – ditumbuk/kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Buat Sambal Tumis Untuk Resepi Nasi Lemak;
1. Masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing dan naik bau
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis kisar. Masak sehingga pekat. 30-60 minit. Ikan bilis perlu digoreng terlebih dahulu dengan minyak masak.
4. Asam jawa perlu dibancuh dengan air dan ditapis aan ambil airnya. Belacan pula lebih sedap dibakar terlebih dahulu.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Dan boleh diangkat.
.
Bahan Tambahan Resepi Nasi Lemak
Segengam ikan bilis – digoreng dengan minyak
Segengam Kacang tanah – digoreng tanpa minyak
Timun secukupnya – dihiris
Telus rebus
Nasi lebmak biasa dihidangkan dengan telur rebus, timun hiris, ikan bilis goreng dan kacang tanah. Ikan bilis goreng boleh terus dimasukkan kedalam sambal semasa membuat sambal tumis atau dihidangkan di atas pingan secara berasingan. InsyaAllah resepi ini akan menjadikan nasi lemak anda bertambah sedap.
Cara Kedai Kurangkan Pedas Pada Sambal Tumis Nasi Lemak
Jika nasi lemak atau sambal tumis terlalu pedas, tenut keluarga anda kurang suka. Oleh itu amat penting untuk menghasilkan nasi lemak yang kurang peda dan sedap. Tambahan lagi nasi lemak yang kurang pedas pasti lebih sedap. Rasanya ramai yang tidak tahu lagi cara kurangkan pedas pada sambal tumis resepi nasi lemak ini. Dibawah ini adalah caranay.
1. Kisar bawang besar bersama akar bawang besar sekali. Akar bawang besar bukan sahaja menjadikan rasa pedas sambal bekurangan, malah menjadikan sambal tumis anda lebih berkhasiat. Anda cuma perlu bsuh bersih-bersih akarnya terlebih dahulu. Kemudian blend bersama bahan-bahan tumis anda. Resepi nasi lemak dengan akar bawang besar memang berkhasiat.
2. Masak Sambal dengan lebih lama. Kalau anda masak sambal tumis dengan api kecil lebih 1 jam, ia menjadikan sambal tumis nasi lembak anda lebih sedap dan kurang pedas.
3. Kalau anda buat sendiri cili kisarnya, pastikan anda pilih cili kering yang tidak bekilat. Cili kering yang berkilat tu sangat pedas. So jangan tersalah pilih.
Selamat mencuba resepi nasi lemak dan resepi sambal tumis yang sedai ini.
Nora says
lain sikit dr yang saya biasa buat.. nanti nak try la… tq.. 😀
Hairul Hissam says
Selamat mencuba 😀
ina says
Memg terbaik…tanks for the resepi…:-)
Hairul Hissam says
Yap, terima kasih pada pengirimnya 😀
guztyn says
Nak try la,,,tp tkt x sdap sy buat,,susah x??
Hairul Hissam says
Cubalah.. baru taw.. tima kasih 😀
namina says
assalam .. time kasih untuk resepi nie .. xsaba nak wat sok .. hihi
Hairul Hissam says
selamat mencuba puan namina 😀
AL TAN says
Terima kasih sebab berkongsi resepi.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba.. 😀
lan says
Dengar cerita kat Taman Tun dr Ismail depan kuarters guru pun sedap jugak.. aku dah pergi sekali, memang best nasi lemak dia.. sambal lebih, minta lebih diorang bagi je.. tapi buka jumaat malam dengan ajad pagi je.. orang cina pun suka
Hairul Hissam says
Tentu sedap tu… kalau peniaga tak kedekut tentu murah rezeki dan bertambah pelangan insyaAllah. 😀
onlajer says
bro pernah cuba Nasi Lemak bersebelahan Bus Stand Masai?
Hairul Hissam says
Tak pernah pula bro 😀 ..
onlajer says
kedai tu dah lebih 20 tahun , kiranya memang power lah nasi lemak dia 🙂
Hairul Hissam says
Oh ye kee 😀 . nanti kalah saya turun JB, bolehlah singgah masai dan minta sekali resepi dia.. heee
Lindasweetheart says
Tima kasih banyak sudi share, semoga murah rezki awak dan berlimpah amal jariah.
Hairul Hissam says
Terima kasih juga kerana sudi membaca.. 😀
sundari says
Tried this yesterday .it was awesome.. anak anak menjilat jari.. terima kasih
Hairul Hissam says
Tahniah kerana berjaya membuatnya.. 😀
ctm says
Kalo beras secawan, santan pulak bnyk mane ye..
Hairul Hissam says
Tu kena kira sendiri 😀
nana momoi says
salam bro.kalu singgah batu pahat johor dtg la at r&r benteng depan hospital putra kedai no 20…nasi lemak dy perhhh sedap….
Hairul Hissam says
InsyaAllah, boleh juga try kalau ke sana…. 😀
jamlus says
Salam,
Resepi nasi lemak goreng ada tak? Mak kempunan nokkk
Hairul Hissam says
Tukar jeee nasi biasa kepada nasi lemak dgn guna mana2 resepi nasi goreng. heee
HURAIZAH MOHD YAMAN says
memang sedap, terima KASIH
Hairul Hissam says
terima kasih diatas feedback..
maria says
weekend ni bolehlah cuba resepi ni…
yang sedap tu sambal, kalau sambal fail..xsedaplah nasi lemak..
Hairul Hissam says
Mmg benar tu… selamat mencuba..
abuya says
awesome … marvellous..
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi nasi lemak niee…
siti sharah says
tg chef hairul resipi nasi lemak yg dipaparkan memang sdp sy da mencuba
Hairul Hissam says
tahniah kerana berjaya buat nasi lemak yg sedap….
Ucu says
Resepi nasi lemak yg simple n sedap.. dah try. Terbaik!! Tq
Hairul Hissam says
Semoga menceriakan keluarga dgn resepi nasi lemak sedap nieeee
nila anggraini says
Tak sabar nak buat nasi lemak sendiri. Terima kasih untuk resepi admin. Semoga saja nasi lemak buatan saya siap dengan rasa yang lazat.
Hairul Hissam says
semoga berjaya buat nasi lemak yg sedap…
Daud Mohamad says
sy masak sambal nasi lemak guna cili kering..rasanya lagi sedap dari cili boh..tapi xtaula tekak orang lain hehe.
Hairul Hissam says
Mmg benar, cili kering yg dikisar lebih sedap. Cuma memakan masa sikit dibandingkan dengan cili kisar atau boh yg siap.
Osma says
Asam jawa tu xpayah perah air ka? terus masuk dalam sambal? lagi satu belacan pun sama ka? sebab biasa blend dengan bawang…
Hairul Hissam says
asam jawa mestilah ambik air sahaja.. belacan tu terpulang, nak bakar dulu pun sedap….
Osma says
Owh..hehe..maafla..sy xpandai masak..baru dok belajar….so bleh la kalau saya nak blend belacan tu sekali dengan bawang….hehe…
Hairul Hissam says
boleh jeee.. tak de undang2 dlm masakan nie.. heee
Osma says
Ok…tqvm.
Chakra Singh Ahluwalia says
Tq Bro… sempoi resepi u… senang i nak faham… blog@web lain semua cerita pusing sana sini itu ini…
Hairul Hissam says
semoga berjaya buat nasi lemak yang sedap
moms says
alhamdulillah sedap
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi nasi lemak nie..
iwan283 says
Saya dah try buat gune resepi sambal nasi lemak nie..mmg sedap & mantop..kalau nak gune untuk buat bisnes nasi lemak mmg boleh ssgt nie…terima kasih kerana sudi berkongsi resepi…
Hairul Hissam says
Tahniah kerana berjaya buat.. mmg dialu-alukan buat bisnes..
Yatt Ramli says
terima kasih atas resepinya..saya suka masak nasi lemak memang favourite
Hairul Hissam says
Mmg sesuai tu cuba resepi nasi lemak yg sedap niee..
Fid Shahar says
Resepi nasi lemak gerenti jadik nih. Suka sgt sbb everytime buat sure jadik. Senang sgt utk sapa2 yg baru blajar msk mcm sy…?
Hairul Hissam says
Terima kaish diatas feedback positif tu.. semoga lebih ramai dapat buat nasi lemak sedap dgn resepi nie.
zainon says
terima kasih. semoga ilmu yang ada dikongsi dan mendapat keberkatan
Hairul Hissam says
semoga berjaya membuat nasi lemak yg sedappp..
Fatin says
Terima kasih, sedap dan mudah difahami? tapi saya tambah kiub pati ikan bilis sikit sbb guna cili kering sbb kat luar ngara so xde cili boh. Anyway thanks again !
Hairul Hissam says
Kalau rebus dan blend sendiri cili kering lagi sedap nasi lemak tu …
Olie says
Tq..sharing yang bagus
Hairul Hissam says
selamat mencuba sendiri buat nasi lemak nie..
Daud Mohamad says
Salam..tq kongsi resepinya. Nak try juga nanti.
Hairul Hissam says
Slmt mencuba dan semoga maju jaya..