Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi Macaroni Cheese ini adalah kiriman Kak Raja. Memang nampak menyelerakan masakan barat ini. Mesti ramai ingin mencubanya. Jom mempelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Macaroni Cheese:
1 paket makaroni
3 cawan keju cheddar (blh gak ltk parmesan atau mozarella)
1000 ml susu segar
4 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
5 biji cendawan butang (hiris nipis)
10 ekor udang basah
Black pepper, sedikit ajinamoto.
Garam sikit sahaja sbb cheddar tu dah masin
Cara-Cara Membuat Resepi Macaroni Cheese:
1. Masak air dan garam sampai mengelegak, masukkan macaroni
2. Bila lembut, angkat dan tos.
3. Semasa tengah panas, ltk sesudu butter n gaul dan ketepikan dulu
Cara buat Sos Putih aka Bechamel
1. Cairkan butter dlm kuali dan masukkan tepung gandum.
2. Kacau sampai warna perang sikit
3. Masukkan susu
4. Masukkan pula keju dan kacau sampai nampak pekat
5. Masuk pepper dan garam serta perisa
6. Masukkan cendawan dan udang
7. Masukkan makaroni dan gaul
Siap dan boleh hidang. Nanti ms angkat makaroni dengan garpu, keju tuu bertali2 – yummmmy
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi makaroni keju
sha says
sedapnye…
time bulan pose plak…
nanti bleh try wat =)
Hairul Hissam says
Selamat mencuba π
nurul says
Gemuk la sy kalu mkn nii..hihi
Hairul Hissam says
Sesuai untuk orang yang nak gemuk. hihi π
Ibu anak2 says
Kalau tukar ngan spagetthi boleh ke?
Hairul Hissam says
Boleh dicuba. dah cuba, baru taw.. π
An says
3 cawan keju tu kalu convert to gram berapa ek? Rasa2nya kalu pakai 250gm cheddar (block) cukup tak?
Hairul Hissam says
Saya tak pernah pula cuba timbang secawan chedar nie.. Alaa guna je apa2 cawan kat rumah π
dzuandiey says
fuhhh….sedap pula…nak kena cuba ni..huhu.. π
AddaDongdang says
cendawan ngan udang tu nak wat cane.. kne rebus dulu ke?
Hairul Hissam says
dlm resepi ada bagitaw. cuba baca slow steady. heee
AddaDongdang says
hahhaa jumpa da. tq bro!
Hairul Hissam says
baguslah π
Fayyadh says
Hi, yang ayat “serta perisa” tu means perisa apa ye?
Hairul Hissam says
tak perlu perisa pun tak pee π
chea says
waw!!! sedap ni… mau cuba masak untuk husband laΓΒ Β½ΓΒ±ΒΓΒ Β½ΓΒ±Β
Hairul Hissam says
tentu husband chea akan sukakannya…
chea says
ya π sebab husband sy penggemar cheese. tima kasih untuk resepi unik ni :))
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi macaroni cheese ini….
Syamil Ahmad says
Cheese cheddar bagai tuu..ade jual kat mane ea ? Saya bdak2 lagi..nk try buat..klau pkai cheesedel yg petak2 tu bole ?
Hairul Hissam says
cheedar byk di jual di kedai bahan bakery, cuba tanya kat kedai bahan bakery. mereka mesti taw…
azimah mohd zainuddin says
Thanks kongsi resepi…memang nak try buat makaroni & cheese
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan semoga berjaya membuatnya..
unknown says
Susu tk kesah ke ? boleh gune ape2?
Hairul Hissam says
tak kisah.. mana2 yg sedap diminum boleh digunakan di dalam resepi macaroni cheese nie.
AmiraaAzali says
No 4 tu nak pekat sampai mcm mana ya?
Hairul Hissam says
Pekat macaroni cheese ikut citarasa atau gambar tu.. tq
Zai says
waaa sedapnye, rasa nak masak ni la esok
Hairul Hissam says
Selamat Mencuba macaroni nieee..
allesaakamelia says
senang nak buat nanti bole try recipe ni hehe ?
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan semoga berjaya buat macroni cheese
Jazilah says
sedap mac and cheese ni. mudah dan cepat nak buatnya
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi nie… mmg sedap macaroni cheese..