Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi spaghetti bolognese bebola daging ini merupakan kiriman Kak Raja. Sekali sekala menikmati hidangan ala Itali ini tentu menceriakan keluarga anda. Jom kita pelajarinya:
3 Bahagian dalam Resepi Spaghetti Bolognese
1. Bebola daging
2. Kuah
3. Spageti
Resepi Bebola daging
300g daging cincang
1cwn serbuk roti
1 bj telor
1 bj bawang besar
4 ulas bawang putih
1 st black pepper
1 sb tumix
Minyak
Cara Membuat Resepi Bebola Daging :
1. Gaul semua bahan dan kepal jd bebola.
2. Simpan sikit telur n serbuk roti.
3. Celup sikit kat baki telur, pastu celup kat serbuk roti n goreng dgn minyak byk. Angkat n tos.
Bahan-Bahan Kuah Resepi Spaghetti Bolognese
1 botol kecil sos prego
1 bj bwg besar
2 ulas bwg putih
1 bungkus daging cincang
6-7 bj cendawan butang (dlm tin)
Rempah2 cam daun basil, tyme (biasa kat supermarket dia tulis mixed spices atau all spice)
5 bj cili api (org melayu kalau x pedas, x sedap)
1st tumix
Minyak (org itali guna olive oil)
Cara Membuat Kuah Resepi Spaghetti Bolognese:
1.Tumis bwg, masuk sos prego n rempah all spices, cili, tumix
2.Masukkan daging.
3.Bl dah agak pekat, masukkan cendawan yg dah dihiris nipis atau potong dadu (kalau dadu bdk2 x perasan antara daging n cendawan)
4.Kalau nak lbh masam, masukkan tomato biji yg dipotong dadu
5. Jk nak, blh letak sayur campur (yg ade peas, jagung, carrot)
Untuk Spagheti
1. 1 bungkus spageti direbus dlm air yg sedang mengelegak.
2. Ltk garam (biar lbh garam xpe) n butter.
3. Spageti masak bl kt angkat dan blh potong ngan jari. Tos.
Hidang Resepi Spaghetti Bolognese:
1. Masukkan spageti dlm pinggan
2. Tuang kuah atas spageti, jgn banyak sgt
3. Letak bebola atas sekali
4. Blh tabur parutan keju cheddar jk nak lbh masin n lemak
Siap!
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi spaghetti bolognese
.