Kiriman Cik Fifah (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi sambal ayam ini kiriman Cik Fifah. Macam sambal emak saya, memang sedap. Jom kita mempelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Sambal Ayam
BAHAN A
-4 ketul ayam
-1 labu bawang besar (dihiris kasar)
-1/2 cawan minyak masak
-garam secukup rasa
-2 sudu teh gula
-1 sudu teh serbuk kunyit
BAHAN B (untuk dikisar)
-15 tangkai cili kering
-3 biji bawang merah
-3 ulas bwang putih
Cara-Cara Membuat Sambal Ayam:
1. Mula sekali panaskan minyak dan goreng ayam sehingga ayam sedikit garing.
2. Tumiskan bahan untuk sambal sehingga garing dan masukkan sedikit garam, gula dan serbuk kunyit, lepas itu kacau.
3. Masukkan ayam dan bawang besar.
4. Kacau rata dan biarkan sehingga bawang layu dan sambal pecah minyak. Sedia dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada cik fifah Kerana sudi berkongsi resepi sambal ayam