Kiriman Puan My1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi Puff Ayam ini adalah kiriman Puan My1981. Sangat sesuai dimakan pada waktu petang dan pagi. Jom kita pelajari membuatnya. P/s: Next time bagi nampak gengaman tangan ya Puan My1981.
Bahan-Bahan Membuat Resepi Puff Ayam
=4 keping puff pastry (jenama KAWAN-saya beli yg readymade)
=2 sudu besar daging ayam kisar
=1 sudu kecil udang kering(rendam,tos dan tumbuk kasar)
=4 ekor udang(saiz besar) – cincang kasar
=1 labu bawang merah (saiz kecil) – potong dadu
=7 cm(panjang) lobak merah – potong dadu
=2 biji cendawan shitake-rendam dgn air suam beberapa minit) – potong dadu
=1 sudu besar sos tiram
=1biji telur-rebus dan potong 4
=sedikit kicap pekat (untuk bagi warna gelap)
=serbuk pati ayam secukupnya
=sedikit air
Cara-Cara Membuat Resepi Puff Ayam
1) nyah bekukan puff pastry pada suhu bilik.ketepikan.
2) tumis bawang merah,udang kering,cendawan,lobak merah,daging ayam dan udang.
*tumis dengan api perlahan.
3) kemudian,masukkan sedikit air,sos tiram,kicap pekat dan serbuk pati ayam.sesuaikan rasa.
4) teruskan menumis sehingga kuah agak kering.tutup api.sejukkan seketika.
5) letak telur rebus dan inti atas puff pastry.lipat mengikut bentuk kegemaran masing2.
*sapu sedikit telur pada hujung pastry supaya tidak terbuka.
6) panaskan oven pada suhu 200-230 c.
7) sapu telur pada permukaan puff pastry.masukkan dalam oven.bakar selama 20minit atau sehingga kuning keemasan.
*suhu oven dan masa bergantung pada oven masing2.perhatikan oven setiap masa.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 Kerana sudi berkongsi resepi puff ini.
Leave a Reply