.
Ramai yang tidak sedar bahayanya lidah di dalam kehidupan mereka. Inilah salah satu punca kehidupan menjadi bermasalah kerana bala atau balasan dari Allah s.w.t. Memang ramai yang menggunakan lidah untuk mengumpat, mengutuk, mencaci, melepaskan geram dan memfitnah orang lain. Tanpa mereka sedari bala atau balasan Ilahi menanti mereka. Menjadikan kehidupan ini lebih bermasalah.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Berlajarlah berkata baik atau diam jika anda inginkan kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Percayalah sekali anda menyakiti orang lain samada sedar atau tidak, anda pasti akan disakiti balik. Sebagai contohnya anda menyakiti rakan sekerja dengan kata-kata yang menyindir. Balik kerja, anak anda pula menyakiti anda dengan kerenahnya. Berbaloi ke menggunakan akal dan tenaga anda untuk menyakiti orang lain. Dan akhirnya menjadikan kehidupan anda lebih menderita.
Dalam surat al Hujurat ayat 12 Allah swt telah berfirman:”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya”.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Ini juga salah satu budaya masyarakat kita yang dilarang oleh Islam. Seolah-olah menjadi darah daging warisan masyarakat kita. Sesungguhnya Allah telah berjanji akan membuka keaiban sesiapa yang membuka keaiban saudaranya yang muslim. Siapakah yang lebih malu dari keaibannya dibuka oleh Allah s.w.t. Cuba fikirkan. Anda membuka keaiban si A, membuka keaiban si B, membuka keaiban si C. Setiap seorang, satu sahaja keaiban dibuka oleh anda. Tetapi anda akan dibuka 3 keaiban oleh Allah. Siapakah yang lebih malu?
Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.?” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
“Celakalah bagi tiap2 pencaci dan pengeji” -Surah Al-Humazah, 104:1
Sebenarnya apabila kita menuduh, mengutuk atau memburukkan orang lain, kita cenderung membuat pelbagai andaian untuk menguatkan hujah kita. Tanpa kita sedari, andaian tersebut memfitnah orang lain. Besar dosanya memfitnah dan doa orang difitnah cepat dimakbulkan. Bagaimana jika orang tersebut mendoakan bala pada diri anda. Siapakah lebih rugi. Saya sendiri kurang gemar dengan orang suka mengutuk sana dan sini. Hari ini dia mengutuk dan mengumpat orang lain. Esok lusa dia mengutuk dan mengumpat kita pula di belakang kita.
JIka anda seorang usahawan, cuba elakkan dari sikap buruk ini. Ia hanya akan merosakkan perniagaan anda. Membuatkan orang lain memandang rendah terhadap anda. Sebenarnya anda sahaja yang terasa bangga dengan mulut lesar anda. Tetapi tidak pada orang lain. Tiada guna menunjuk pandai dengan membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain. Jika andaian anda salah, anda sebenarnya memfitnah orang lain. Bagaimana jika orang tersebut mendoakan kehancuran pada perniagaan anda. Siapa sebenarnya yang rugi.
Sabdanya Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Aisyah bermaksud : “ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.” (riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Nasa’i)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi “Puasa itu adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa, maka janganlah mengucapkan ucapan kotor, dan jangan pula bertindak bodoh. Jika ada seseorang yang mencelanya atau mengganggunya, hendaklah mengucapkan: sesungguhnya aku sedang berpuasa.“[HR. Al Bukhari no. 1904]
Semoga di bulan puasa ini, kita menjaga mulut, tutur kata dan elakkan dari mengumpat atau menyakiti orang lain. Agar kehidupan kita lebih ceria dan bahagia. Kita sering mahukan kehidupan yang bahagia tetapi mengapa kita sendiri membawa diri kita kepada kebinasaan. Fikirkanlah.
Artikel kali ini, nampak agak serius kan :D. Sekali sekala serious apa salahnya..he.he.he.. Namun sebenarnya artikel ini lebih kepada memperingatkan diri saya yang selalu alpha dan lalai. Sekiranya saya ingin berjaya dalam perniagaan, inilah salah satu perkara yang perlu saya jaga dan titik beratkan. Semoga bermanfaat.
fauzi ibrahim says
Kita selalu je terleka dengan lidah kita kan?
cakap2 sedar2 dah kutuk orang rupanya…
jom berubah semua2
Hairul Hissam says
Benar tu en. fauzi. saya pun sama gak.
semoga artikel ini memberi peringatan buat kita bersama.. 😀
mahani says
Alhamdulillah, terima kasih Hairul kerana saling mengingati untuk kebaikan.Memang ia satu artikal yang sangat2 bermanfaat. Semoga ramai lagi yang dapat membaca artikal2 seperti ini agar lebih aman dunia ni.Amin…..
Hairul Hissam says
tima kasih kembali cik mahani….
semoga hidup kita aman dan bahagia dunia dan akhirat…. 😀
Liana says
Peringatan yang baik sekali. Kebetulan baru sahaja menjejaki alam pekerjaan, sering dihujani suasana penyalahgunaan lidah yang turut menyebabkan kita menjadi mangsanya. Lebih baik diam dan berkata yang benar2 sahaja.
Hairul Hissam says
tq cik liana.. semoga byk bersabar dalam meniti alam pekerjaan.. dan semoga sikap buruk tersebut tidak menjadi ikutan cik liana atau junior yg lain kelak. tq ya 😀
atikah says
assalamualaikum..saya nak tanye sesuatu.macam mana nak elakkan rasa sakit hati bila orang asyik dok cakap perkara yang betul-betul menyakitkan hati kita?kadang-kadang dia kutuk kerja kita habis-habisan,tapi dia tak buat pun kerja..bila cakap baik2,tak reti nak dengar..ALLAH,betul2 berpenyakit hati kalau kerja dengan orang mcm ni,boleh lupus sifat sabar.
Hairul Hissam says
wsalam, pada pengalaman saya, org macam nie tidak boleh cakap baik2. tapi kena cakap kurang baik. Tapi kalo terover, kita pula yg dapat balasan buruk dari Allah…
kalo kita ingin kebahagian dunia dan akhirat.. bercakaplah baik atau diam…. angaplah ia sebagai ujian dari Allah yg menyediakan ganjaran baik dunia dan akhirat. mungkin kita akan dapat suami dan anak yg penyayang atas sikap sabar kita…
p/s: apa kata email artikel ini pada kawan cik atiqah.. mungkin dia akan berubah..
lijah ibrahim says
alhamdulillah…peringatan yg sngat baik kpd smua trutama saya…harap2 dgn apa yg dikatakan dlm nsihat d atas dpt mmberi pengajaran dan iktibar kpd kt smua….
Hairul Hissam says
benar tu cik Lijah.. semoga menjadi iktibar buat kita semua… tq ya 😀
Hamba Allah says
Assalamualaikum,
Alhamdulillah stelah saye bace ini saye terus berubah,terima kasih bnyk-2 kerana artikel ini,Insyaallah Allah S.W.T akn mmbalas jasa anda . Amin . (:
Hairul Hissam says
Wsalam, amin… artikel ini ditulis oleh saya sendiri 😀 semoga memberi peringatan buat kita bersama. tq ya
Mekar says
Salam.
Benarlah kata pepatah – kerana mulut/lidah maka badan pun binasa.
Skrg ni bukan setakat lidah yg mampu ‘membunuh’, malah melalui PENULISAN juga secara tak sedar ada yg menulis berita fitnah, upload gambar yg aib, mengadu domba dan mcm2 lagi yg boleh membawa kita ke arah yg dibenci tuhan dan manusia sekeliling.
Hairul Hissam says
wsalam.. memang benar dunia cyber nie lebih menguji keimanan sebenarnya…
semoga kita lebih berhati-hati dalam apa jua aktiviti online ini.. 😀
AK says
Salamz.
Aritcle ni baguih dok ada. Mungkin saudara boleh tambah lagi cara bertaubat kerana membuka aib. Kalau tidak silap si pemnbuka aib kena minta maaf kepada yg diaib barulah dosanya dihapuskan.
Seperti Surat khabar yg menceritakan kepada 25j penduduk malaysia tentang artist bercerai berai. Nauzubillah berapa byk dosa yg akan ditanggung oleh penulis tersebut. Menyerbarkan aib penceraian. Semua orang malu, siapa yg suka bercerai. Kalau boleh mahu diam2 dan tidak heboh. Bagaimanalah pule rezeki si penulis ini entahle. Adakah halal atau sebaliknye? hm fikir2kan lah.
Hairul Hissam says
Susah juga nak cakap tentang penulis2 gosip nie.
Biarlah mereka dengan Tuhannya. Yang penting kita menjaga diri kita dan keluarga kita dari bahaya lidah ini 😀
Mohd Shafiq Bin Sungep says
Ya Allah..klu diingtkn x terkira agknye 🙁
Hairul Hissam says
Semoga kita terus memperbaiki diri kita En shafiq… 😀
Noorjiana says
Kita selalu jadi mangsa orang lain…dituduh berprasangka buruk…siapa sebenarnya yang buruk ya? Ya Allah, semoga orang-orang yang membuka keaiban , melaga-lagakan orang dan membawa cerita yang bukan2 akan mendapat balasan dariMU…amin….
Hairul Hissam says
Kena banyak bersabar dalam meniti kehidupan ini. 😀
semoga Allah memberi hidayah pada diri kita dan org tersebut..
kerana semua org merasakan diri mereka je yg betul.. 😀
riza says
Saya teringat anak saya bertanya, “Kenapa baby (adiknya) ada mulut tak boleh cakap? Ada kaki tak boleh jalan?”. Pada waktu itu, rasanya lucu, tapi kemudian terfikir sendiri. Bagus soalan tu dari budak 4 tahun. Kenapa keluar-keluar dari perut ibu, baby tak cakap terus!? Nabi Isa A.S semasa baby diizinkan untuk bertutur oleh Allah S.W.T kerana mempertahankan kebenaran ibunya. Ini menunjukkan kepada kita kata-kata yang keluar dari mulut kita seharusnya yang baik-baik belaka dan juga yang mengajak kepada kebaikan, kalau tidak mampu berbuat demikian baik diam saja…
Hairul Hissam says
Bagus nasihat dan pandangan cik riza. Semoga dapat kita amalkan… 😀
Mak Melah JKR says
Mak Melah …setuju sangat…Hairul Hissam say pada Julai 30… kena banyak bersabar dalam menjalani kehidupan semoga Allah memberi hidayah kat kita …… tabah menghadapi dugaan Nya…Amin
tk…
Hairul Hissam says
Betul tu.. semoga kita semua diberi hidayah dan dibukakan hati utk berubah kpd yg lebih baik 😀
nurul nadia says
assalammualaikum…saya sangat suka blog nie….banyak memberi pelajaran untuk saya berubah ke jalan yg lbh baik…terima kasih….syukur kepada-Mu…Ya Allah
Hairul Hissam says
Semoga artikel yg dikongsi memberi manfaat bersama.. tqvm…
elysa says
Alhamdulillah,,,setelah bacanya jadi bisa lebih sabar menghadapi orang-orang yang selalu menyindir
Hairul Hissam says
Semoga Elysa artikel ini bermanfaat… 😀