Masa saya bekerja di hotel bahagian cold kitchen, memang hari-hari kena buat sandwich telur dan sandwich tuna sardin ini. Resepi ini memang sedap. Sebab itu ramai yang sukakannya. Sekejap je habis. Cara buatnya pula sangatlah mudah. Yang bestnya resepi sandwich telur tuna sardin ini boleh dibuat awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Jom kita belajar membuatnya.
Resepi Sandwich Telur, Tuna, Sandwich
Di bawah ini bahan-bahan untuk membuat sandwich telur.
5 Biji Telur Rebus yang telah dibuang kulit
Mayonis Secukupnya
Gula Secukup Rasa
Roti Buku Sandwich
Hanya empat bahan yang digunakan. sangat mudah. Untuk sukatan mayonis dan gula, hanya perlu tambah sikit demi sikit sehingga rasa dan tekture yang dimahukan. Terlebih pun tak pe..
Cara Buat Resepi Sandwich Telur
.Jom kita belajar pula cara membuat resepi sandwich telur nie. ia sangat mudah.
Langkah 1: Resepi mudah sahaja. Rebus dulu telur dan buang kulitnya. Kemudian telur rebus perlu disagat menggunakan alat penyagat seperti gambar di atas. Seterusnya masukan mayonis sedikt demi sedikit sehingga kepekatan yang di mahukan. Tekture sandwich telur mestilah lembik.
Langkah 3: Kacau dengan sudu sehingga kepekatan seperti gambar di sebelah kanan. Jika kurang pekat, tambah lagi mayonis. Terlebih tambah pun tiada masalah. Selepas itu masukkan sedikit demi sedikit gula pasir sehingga rasa yang suka untuk untuk sandwich telur anda. Resepi ini memang tak perlu sukatan, agak-agak sahaja.
Langkah 5: Selepas siap, bolehlah sapu telur mayonis tu ke atas roti. Untuk resepi lebih sedap, letakkan hirisan tomato, timun dan salad. Kemudian tutup dengan sekeping roti lagi dan siap. Resepi ini lebih sedap jika di makan menggunakan roti bakar.
Resepi Sandwich Tuna Dan Sandwich Sardin
Untuk resepi sandwich tuna dan sandwich sardin, cara membuatnya sama sahaja. Anda hanya perlu mengantikan telur sagat dengan tuna atau sardin. Tuna atau sardin perlu dihancukan dulu dengan garfu, Kemudian baru masukkan mayonis dan gula. Untuk sardin kena buang tulang di dalamnya terlebih dahulu.
Nak Sandwich Telur, Tuna Yg Lagi Sedap?
Kalau nak resepi sandwich telur atau sandwich tuna sardin yang lagi sedap, tambah lagi sos thousand island di dalamnya. Sos thousand island yg sedap ada di link, klik link >>>> Thousand Islan Utk Sandwich Telur Tuna Sardin
Cara Simpan Sandwich Telur, Tuna, Sardin
Sandwich telur, tuna dan sardin nie tahan lama. Anda masukkan ke dalam bekas dan wrap. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk bahagian letak sayur dan buah. Di hotal ia dipanggil chiller. Ia tahan seminggu di dalam peti sejuk. Ok semoga resepi ini menceriakan lagi hari anda.
Leave a Reply