Memang jimat guna whatsapp nie. Kalau dulu, beratus2 duit saya habis untuk melayan sms pelangan. Tapi kini, rm10 pun dah lebih cukup untuk kos melayan whatsapp pembeli. Memang jimat giler laa. So eloklah saya buat panduan guna whatsapp supaya lebih ramai guna wasap terutama pada orang lama. Senang je laa cara guna wasap nie. Tapi sebelum tu, jom baca testimonial pembeli pakej www.rahsiabun.com menerusi whatsapp.
Tahniah saya ucapkan kerana berjaya buat bisnes pizza dan bun topping chicken floss. Memang seronok baca feedback positif dari pembeli www.rahsiabun.com yang berjaya buat bisnes bun dan pizza. Semoga bisnes bun dan pizza ini menjadi permulaan kepada bisnes yang lebih besar nanti. InsyaAllah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Jika anda ingin memulakan bisnes bun dan pizza ini, bolehlah belajar di www.rahsiabun.com
Cara Daftar Dan Guna Whatsapp
Memang banyak kegunaan whatsapp. Anda boleh hantar mesej, gambar, video, audio, buat family group, call dan banyak lagi. Memang best. Tapi sebelum guna wasap, anda kena langgan data internet terlebih dahulu. Data internet yang saya langgan ialah celcom ‘social’ dengan harga RM10 bagi 150mb data internet (tiada had masa atau tiada tarikh luput). Ini pun dah cukup untuk melayan whatsapp pembeli untuk lebih sebulan.
Cara langgan celcom ‘Social’ ini hanya perlu sms ke 28882 dengan taip text: Social. Manakala untuk check berapa baki data internet yang tinggal, hanya perlu sms ke 28882 dengan taip text: Max Status. Nak lagi murah, langgan celcom ‘Chat’ berharga Rm5 untuk 50mb (tiada had masa). Cara langganya sama iaitu sms ke 28882 dan taip text: chat. Bayaran tu akan ditolak dari kredit handphone anda.
Tapi kalau anda guna plan celcom yang terbaru iaitu Magic Sim, lagi laa jimat. Topup Rm30, dah dapat free 300mb data internet percuma. So memang free laa guna whatsap. Namun saya masih guna plan celcom yang lama iaitu plan 24hour kerana kadar smsnya rendah iaitu 2sen/sms ke rangkaian yang sama. Lagipun masih ada lagi pelangan yang hantar mesej guna sms. So eloklah saya kekal di plan celcom lama.
Ada 6 step untuk mendaftar whatsapp seperti gambar di atas. Memang mudah. Biasanya icon whatsapp tu, telah sedia ada di handphone anda. Anda hanya perlu buka perisian wasap tu dan ikut sahaja arahan yang diberi seperti gambar di atas. Untuk meletakkan gambar avatar anda, anda hanya perlu klik gambar bulat pada gambar step 6.
Inilah ruangan yang akan keluar selepas siap mendaftar whatsapp. Untuk mula menghantar mesej, anda perlu klik pada tab ‘Contact’ di atas kanan. Seterusnya select atau klik pada nama contact yang anda ingin hantar mesej atau whatsapp. Selepas tu barulah anda menghantar mesej. Senarai nama ‘Contact’ wasap adalah dari address book handphone anda. Jika anda ingin add new contact, anda kena add di address book handphone anda terlebih dahulu. Pastikan anda add new contact dengan format ini: +60137757915 untuk ia keluar di nama ‘Contact’ whatsapp anda.
Cara menghantar mesej di whatsapp lebih kurang sama dengan menghantar mesej menerusi sms. Manakala untuk masukkan gambar, video, audio atau location anda, boleh klik pada gambar attachment seperti dalam gambar di atas sebelah kanan. Memang mudah, cepat dan jimat menghantar gambar menerusi whatsapp berbanding mms biasa. So eloklah anda beralih menggunakan whatsapp kerana ia lebih jimat dan mudah.
Anda juga boleh buat group di dalam whatsapp. Group whatsapp ini membolehkan mesej anda dibaca oleh semua senarai ahli group dengan sekali hantar. Memang mudah dan berkesan menghantar announcement atau berita terkini kepada ahli keluarga atau ahli persatuan menerusi group wasap. Cara membuat group whatsapp ada diajar dalam gambar di atas. Selepas anda membuat group, anda hanya perlu add ahli-ahli dari senarai ‘Contact’ anda. Seterusnya, hantar mesej seperti biasa. Memang mudah. Semoga bermanfaat.
nila anggraini says
wah baru tahu saya cara sebegini,thanks admin for info…
Hairul Hissam says
Guna whatsapp memang jimat..
onlajer says
haha banyak group alumi yang saya terpaksa mute kan , tak tahan dengan bunyi ting,ting,ting
Hairul Hissam says
Saya pula hanya join group keluarga dan saudara mara dan atuk shj. Yg lain, saya exit group jee.. Kalau tak, pening kepala dgn bunyi ting tong. heee
Mek ila Jual Vitamin says
Handphone Mek ila memang guna untuk internet wasap je hihi, jadi mmg silence je terus. Bila ada masa, InsyaAllah baru baca.
Hairul Hissam says
Saya pula dengar bunyi hp, mmg kena terus check.. Kalau tak, customer lari.. heee
Hero Borneo says
wah sangat bermanfaat panduan ini tuan..saya memang orang ‘lama’ dan tak reti sangat benda Whatsapp ini.
cuma penjimatan yang saya buat guna data 500MB untuk sebulan dengan harga RM22..
Hairul Hissam says
Zaman org lama mmg tiada benda nie… tetapi ia sangat mudah dipelajari kan bro… yg penting jimat dan mengeratkan tali persaudaran antar keluarga dan kawan.
mrhanafi says
itu memang tepat sekali tuan..walaupun saya orang lama ..benda ini memang mudah juga untuk dikuasai..
Hairul Hissam says
Betul tu, yg penting beri peluang pada diri sendiri untuk mempelajarinya…
Sani says
Wassupp ni memang fames nak buat urusan bisnes, maklumlah murah dah jimat….Sekarang ni dah ada apps yang boleh buat auto reply untuk wassupp ni..
Hairul Hissam says
Mmg betul tu bro… peniaga mmg kena berhijrah pada penggunaan whatsap utk lebih efisyen dan jimat kos… 😀
Helmi Aliarit says
Bagus tuan buat tutorial ni, perkara mudah bagi sesetengah orang. Tapi ramai yang tidak tahu sebenarnya. 🙂
Hairul Hissam says
Mmg ramai juga yg masih menggunakan sms biasa. Semoga dgn adanya artikel nie membuatkan mereka berhijrah ke whatsapp yg lebih jimat…
zool says
wah bagus ni.. jimat memang jimat..
tengah nak cari pelan untuk isteri.. tukar dari hp biasa ke smartphone ni
Hairul Hissam says
Lepas nie boleh la puas2 mesej ngan isteri di mana sahaja. 😀
Noriza Rahman says
Memang guna WA je sekarang kalau nak share apa-apa lebih mudah dan pantas…
Hairul Hissam says
Mmg benar tu..pantas, mudah dan yg penting sekali, jimat duit guna whatsapp nie..
Daud Mohamad says
Thanks tuan, kadang2 pening juga bila tukar hp nama contact dah xde dalam wassap..masa kat hp lama ada. sabor jela.
Hairul Hissam says
Rasanya boleh import dan export no contact dari hp ke hp lain melalui sdcard utk keluar pada whatsapp. Kalau masuk satu2 mmg leceh
Hafizul says
Sedap wasap ni..leh masukkan gambar sekali..hehe..janji dia free.. just top up aje bila tarikh dah tamat..hehe..saya guna maxis yang free internet sampai bila2..tapi wasap boleh la.. FB hancuq..haha
Hairul Hissam says
celcom yg baru nie pun topup jee dpt free 300mb..mmg lebih dari cukup utk whatsapp.. nak fb pun boleh…
cik tom says
kebanyakan peniaga online skang banyak guna whatsapp untuk urusniaga..memang mudah…
Hairul Hissam says
Mmg betul tu ciktom dan semakin ramai pengguna yg menggunakan whatsap..