Teringat masa arwah ayah bersara dulu. Mula-mula susah juga. Nasib baik ada bisnes makanan yang mudah dimulakan. Semenjak buat bisnes makanan, kehidupan keluarga saya bertambah baik pada waktu itu.
Tapi sebelum saya cerita kisahnya, jom tengok dulu testimonail dalam pembeli lama saya.
Ni pembeli lama masa dalam bentuk dvd dulu. Sekarang video belajar semua dalam bentuk online belajar di handphone. Kalau anda nak belajar bisnes kek harijadi, semuanya ada di ajar di www.deco.rahsiakek.com
Dalam bisnes makanan, kalau dapat supply sekolah dan asrama memang untung. Sebab ordernya lebih konsisten dan lumayan. Nak belajar buat bun ada di ajar di www.rahsiabun.com. Atau kalau nak bisnes donut, loaf dan sarang lebah ada di ajar di www.rahsialoaf.may.my
Persediaan Sebelum Berhenti Kerja Atau Bersara
Pengalaman semasa arwah ayah bersara.
Lepas arwah ayah bersara, setahun juga tak buat apa. Apabila kewangan dah teruk, barulah arwah ayah start berniaga menjual kuih. Mula-mula jual di tepi bus stop dengan van. Malangnya, tempat tak ramai orang. So tak banyaklah hasilnya.
Syukur alhamdulillah, selepas mula berniaga di pasar malam, barulah kehidupan kami bertambah baik. Kami menjual bermacam kuih muih, air dan mee. Saya yang selalu ikut arwah ayah berniaga.
Yang bestnya, kami berniaga tiga hari jee seminggu. Tiga hari penat berniaga, empat hari berehat. Memang sesuailah bisnes makanan nie untuk pesara seperti arwah ayah. Saya pula, dapat upah menolong arwah ayah di pasar malam. Memang berbaloi.
Jika anda kehilangan pekerjaan, bisnes makanan lebih mudah dijalankan. Ini kerana modalnya rendah dan peralatannya sudah ada di rumah anda. So lebih cepat dimulakan untuk menjana pendapatan demi menyara keluarga anda.
3 Persediaan sebelum anda hilang pekerjaan.
Bersiap sedia dari sekarang…
1. Belajar memasak atau makanan yang boleh dijual. Dan berkongsi masakan anda pada jiran dan rakan. Selepas itu, perbaiki lagi masakan anda berdasarkan komen mereka.
2. Berbaik-baik dengan peniaga tepi jalan. Ini sangat membantu anda dalam memulakan bisnes makanan. Soalan seperti nak niaga di mana, nak dapatkan peralatan dan bahan mentah dimana. Semua akan dibantu oleh kawan peniaga tepi jalan.
3. Jualan di media sosial atau group pun bagus juga. Cuma tak konsisten. Lebih baik anda mencari peluang niaga yang supply makanan ke sekolah, asrama, kedai makan dan gerai tepi jalan.
Waktu senang ni laa, anda kena buat persediaan. Sebab nanti waktu kehilangan pekerjaan, takde laa panik tak tentu arah. Lagi-lagi kalau keluarga besar.
Saya juga ada tulis artikel cara memulakan bisnes makanan yang menarik. Klik link di bawah untuk membacanya.
https://hairul.com/blog/cara-memulakan-perniagaan-bisnes-makanan/
akubiomed says
Masih belum mantap lagi sumber pendapatan tambahan. Kalau sudah kukuh barulah yakin hendak bersara awal. Tidak bermakna tidak berusaha sehingga berjaya.
Hairul Hissam says
Benar tu, walaupun dah bersara nanti, kita tetap kena berusaha untuk kebahagian keluarga kita kan…tapi walaupun lambat lagi bersara, persediaan tu amat penting bro…
Hairul Hissam says
eh.. nie bukan artikel cara jual produk saya bro .he.he.he.
psst: kalau bro nak tanya cara persediaan sebelum bersara, boleh saya jawab dlm komen nie. heeee
mrhanafi says
memang bestlah cerita bro masa muda..betul-betul memberi inspirasi..
berniaga pasar malam memang best kerana selang seli hari..kalau di sarawak pasar minggu..
Hairul Hissam says
Mmg benar tu bro.. dulu arwah ayah berniaga pasar malam pada hari Ahad, Rabu dan Jumaat. Bila berniaga selang seli, kita tak penat sangat dan boleh meluangkan bersama keluarga….
Noriza Rahman says
Sangat bagus artikel ni..bisnes makanan adalah bisnes paling ramai yang orang buat sebelum retire kan? Sangat menguntungkan sebab setiap hari orang akan makan..cuma kena pandai cari bisnes makanan jenis apa yang paling digemari orang…
Hairul Hissam says
Memang benar tu.. yg penting makanan yg digemari dan margin keuntungan tinggi. Bila margin keuntungan tinggi, berniaga tiga hari jee pun dah cukup untuk perbelanjaan keluarga. Tapi kalau nak untung lebih, kenalah pasang pekerja dan cawangan. Mmg lumayan…
Raihanah Ahmad says
sangat bagus posting ni. sebelum berhenti kerja dan join the bisnes make sure ada proper planning.
Hairul Hissam says
Proper planning tu mmg penting utk masa depan keluarga yg lebih baik….
Helmi Aliarit says
Impian saya dan kebanyakkan orang, ada duit dan masa bersama keluarga. Rasanya Tuan Hairul dah nikmati perkara tersebut sejak 2010. Sangat beruntung.
Hairul Hissam says
Selain dari berusaha bersungguh2 meningkatkan taraf hidup, kita juga perlu bersyukur dengan apa yg kita ada.. Itulah kunci kebahagiaan hidup ini….
Helmi Aliarit says
Betul tuan. Bab bersyukur tu sangat tepat. Sebab lihat orang disekeliling, pendapatan banyak macam mana pun kadang-kadang kata tak cukup.
Hairul Hissam says
Betul tu bro. Lagi byk duit, lagi mcm2 nak beli sampai tak cukup… 😀
ahmadyani says
Makanan akan dicari orang walau ketika gawat. Sentiasa ada permintaan…
Hairul Hissam says
Bisnes makanan untungnya berpanjangan, insyaAllah..
Hafizul says
Ni yang buat saya rasa macam nak berlaih arah kepada bisnes makanan pulak ni..haha..terbaiklah bro..
Hairul Hissam says
Sangat sesuai tu bro. Skrg nie pun org boleh terima harga makanan yg mahal yg dijual ditepi jalan. Mmg boleh buat duit dan untung besar skrg nie. heee
Uncle Zuan says
tengah structure balik 2nd income. tak berapa menampakkan hasil
Hairul Hissam says
Mmg perlukan muhasabah dan strategi utk menampakkan hasil..
Belang Tarung says
saya cadangkan umur bersara dilanjutkan ke 100 tahun…nanti banyak la duit persaraan bila nak beli kepok sendiri haha
Hairul Hissam says
kalau 100 tahun mcm bekerja seumur hidup laaaaa
lepas tu syarikat jadi pusat penjagaan org tua bergaji. hu.hu.hu..
Rahman says
En. Hairul punya blog ni betul2 sangat memberi inspirasi untuk transform diri ke arah kejayaan demi suvive kehidupan
Hairul Hissam says
Semoga dapat membantu en rahman dan pembaca blog meningkatkan lagi taraf hidup keluarga..
Ana says
Assalamualaikum Cef Hairul,
Tumpang tanya Cef Hairul ada buat tak DVD untuk orang yang zero knowledge tentang perihal kek dan pastri? Maksud saya yang langsung tidak ada pengetahuan asas tentang kek dan pastri.
Kedua, sekiranya DVD yang sudah dibeli dah dibuat tetapi timbul masalah pula, bolehkah Cef Hairul bantu selesaikan secara talian?
Terima kasih Cef Hairul.
Hairul Hissam says
wslm.. DVD saya semua memang untuk yg zero knowledge belajar hingga pandai..
Cara timbang pun saya ajar dgn detail…
Jika ada masalah memang boleh tanyaa melalui wasap..
Tapi biasa pertanyaan pembeli telah saya masukkan dalam dvd dalam bentuk tips..
Lagipun saya buat dvd nie semenjak tahun 2009… mmg ramai yg zero dah pandai melalui dvd saya.. tqvm..
mrhanafi says
terbaik la sifu..
moga terus sukses dan berjaya membantu ramai lagi anak murid
Hairul Hissam says
tq bro.. Begitu jug abro semoga berjaya dlm bidang yg diceburi..
anies says
teringat Dr Irfan khairi cakap… kalau nak berhenti kerja pastikan ada income yg boleh cover utk tempoh 3 bulan. kalau x ada, jgn berhenti dulu. cari solusi lain…
Hairul Hissam says
Mmg benar tu tu duit backup amat penting. tapi rasanya tak cukup tu 3 bulan. sbb pada permulaan bisnes kita akan buat kesilapan sebelum kita berjaya. Yg penting dlm bisnes sentiasa terus memperbaiki dan tidak mudah putus asa….