Memang bahaya jika berniaga tanpa simpanan kecemasan. Yelah, hari nie untung giler-giler. Tiba-tiba esok, rugi giler-giler pulak daaa. Tak ke naya. Sebab itu simpanan kecemasan amat penting dalam perniagaan. Ia sebagai bantuan kecemasan untuk anda bangun semula memperbaiki kesilapan dan terus bergerak kehadapan. Tapi sebelum tu, jom tengok testimonial pembeli video loaf, donut dan sarang lebah di bawah:
Inilah hasil dari belajar dengan video sahaja di www.rahsialoaf.may.my. Kalau anda nak bisnes donut, roti sarang lebah dan loaf, boleh belajar di resepi donut ala big apple <<< Klik sini
Tips Usahawan: Pentingnya Simpanan Kecemasan
So bila anda untung giler-giler, jangan leee asyik fikir nak habiskan duitnya giler-giler juga. Bukan tak boleh, tapi anda perlu menyediakan wang simpanan kecemasan telebih dahulu. Seelok-eloknya simpan wang kecemasan yang mampu menampung sekurang-kurangnya 6 bulan perbelanjaan perniagaan dan keluarga anda. So pada permulaan perniagaan, anda kena usahakan menyimpan sedikit demi sedikit sehingga mencapai simpanan kecemasan yang diperlukan. Lepas tu, suka hati andalah nak enjoy sakan. Cara simpan wang pun penting.
Cuba anda bayangkan. Apa akan terjadi pada bisnes anda tanpa wang simpanan kecemasan. Bagaimana tiba-tiba bisnes anda jatuh. Bank kejar anda meminta bayaran pinjaman. Pembekal kejar anda minta hutang. Pekerja kejar anda meminta gaji. Keluarga kejar anda minta perbelanjaan rumah. Tak ke huru hara dibuatnya. Tentu fikiran anda akan kusut sekusutnya. Jika ini berlaku, bagaimana anda mampu nak bangunkan semula perniagaan anda. Bagaimana anda nak fokus membina strategi baru memulihkan bisnes anda. Confirm terjun gaung laa jawabnya.
Mungkin ada yang akan bertanya “Hairul, berapa ribu nak simpan wang kecemasan untuk 6 bulan tu”. Laaa… Dah anda yang buat bisnes, tak kan lah anda tak tahu. Andalah yang kena kira atau fikirkannya. Bukannya saya taw dan tawww. Konsep pengiraanmya mudah sahaja, perbelanjaan harian atau bulanan yang biasa anda bayar. Jika sales anda jatuh teruk, apakah perbelanjaan yang tetap anda perlu bayar. So kiralah sendiri.
So sebelum anda membeli aset, melabur atau mengembangkan bisnes, pastikan simpanan kecemasan anda telah mencukupi. Janganlah terlalu ghairah mengembangkan perniagaan sehingga akhirnya memakan diri. Sebab jatuh, bangun dan kesilapan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Oleh itu, anda perlu bersiap sedia dengan simpanan kecemasan terlebih dahulu. Dengan adanya wang kecemasan, anda akan lebih tenang dan fokus untuk membangunkan semula perniagaan anda. Semoga artikel ini bermanfaat.
akubiomed says
Antara sebab belum berani hendak terjun didalam dunia perniagaan lagi kerana tidak mempunyai modal yang besar.
Hairul Hissam says
Boleh mulakan dengan perniagaan yang kecil seperti perniagaan makanan. Disini kita belajar selok belok perniagaaan dan belajar dari kesilapan sebelum ke perniagaan yg lebih besar..
ahmadyani says
Mungkin yang sebaik-baik 12 bulan. Setahun.
Hairul Hissam says
Mmg benar kata bro tu.. Lagi banyak, lagi selamat. 😀
Hafizul says
Yeahhh..setuju dengan apa yang bro katakan ni..backup tu penting..tersangat penting..hehe
Hairul Hissam says
Kalau tak de, mau nangis tak berlagu nanti bro. heee
Hafizul says
Yup..saya dah menangis dah ni..tapi baiknya ada lagu la sikit..haha..tak sediakan backup sebelu brenti kerja..memang naya habis..haha
Hairul Hissam says
Kalau masih ada lagu tu, masih dalam tahap ok lagi… Tapi kalau sampai dah tak de lagu.. tuuuu dah kronik giler.. heeee
mrhanafi says
jika dah ada financial backup maka bertawakal sahaja..itu yang terbaik
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. yg penting usaha, doa, tawakal dan redha akan ketentuan Ilahi,. Barulah hati tenang aman bahagia….
Hero Borneo says
yalahkan ..jika semuanya dah dipersiapkan sebaik mungkin semuanya akan berjalan lancar
Hairul Hissam says
InsyaAllah dengan izinNya…
Helmi Aliarit says
Dalam hal ni, Warren Buffett mungkin boleh dijadikan contoh… beliau masih duduk di rumah yang sama puluhan tahun dahulu. 🙂
Hairul Hissam says
Kalau itu yg membuat hati kila lebih bahagia, tentu lebih elok kan…
nurinsaniah says
perlu hidup sederhana walau apapun status kewangan..x perlu nk bermewah2….
Hairul Hissam says
Itulah yang terbaik. Dari bermewah2, lebih baik disedekahkan kepada yg memerlukan 😀
myrujukan says
setuju dengan idea simpanan kecemasan mesti 6 bulan. Rasanya 6 bulan adalah waktu minima untuk pulih jika ada apa apa benda x bagus berlaku
Hairul Hissam says
Mmmang penting kan bro. Tapi sepatutnya sebelum mula bisnes dah siapkan wang simpanan kecemasan sekali untuk buka bisnes.. tqvm..
Nur Alyaa says
betul.. penting sangat sediakan payung sebelum hujan.
Hairul Hissam says
Kalau tak, mau basah kuyup nanti kan. heee
Noriza Rahman says
Kena bermula dari sekarang ni…macam-macam boleh berlaku dengan zaman inflasi sekarang ni kan?
Hairul Hissam says
Mmg bagus amalan menyimpan duit nie. Lebih elok dimulakan dari skrg spt kata noriza utk backup di hari memerlukan…
Leyzajamil says
salam perkenalan. sy baru berpeluang kenali blog saudara hairul. Semoga terus berkarya dan kipidap usaha berkongsikan ilmu. Sy suka sharing tips & resepi dalam ni.
Hairul Hissam says
Wslm dan terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Semoga artikel di dalam blog ini menceriakan Leyza…
akmal rusydi says
bukan orang yang buat bisnes je kena ada simpanan 6 bulan. Yang kerja kerajaan atau swasta pon WAJIB ada simpanan 6 bulan gaji tidak termasuk KWSP.
Hairul Hissam says
Mmg tepat sekali tu bro.. tapi artikel nie berkenaan tips usahawan. heee