Apa kata hari ini, kita bercerita tetang perniagaan pula. Yelah, asyik cerita tentang kesihatan je. Lama-lama boring gak. Ermmm… berminat tak buat bisnes. Kalau cakap tentang bisnes, mesti semua lemah kan. Tapi kalau cakap pasal income tambahan atau wang mudah, terbeliak biji mata kan. he.he.he. Sebenarnya jika anda ingin buat duit, perniagaan jual beli adalah cara yang terbaik.
Dalam perniagaan perkara yang paling penting ialah jualan. Kerana tanpa jualan, lambat laun bisnes online atau offline anda akan tutup juga. Di bawah ini saya berkongsi 5 tips yang dapat membantu anda meningkatkan jualan produk anda.
1. Bagaimana mencari mereka yang mempunyai kuasa membeli terhadap produk anda.
2. Bagaimana menarik perhatian mereka
3. Bagaimana membina kepercayaan mereka terhadap produk dan perniagaan anda.
4. Bagaimana membina keinginan mereka untuk membeli
5. Bagaimana membuatkan mereka terus membeli produk anda.
Sebagai seorang peniaga, anda bertanggungjawab memikirkan kejayaan bisnes anda. Kerana setiap perniagaan adalah berbeza. Setiap produk adalah berbeza. Dan setiap individu adalah berbeza. Sukar berjaya jika anda hanya tahu mengharapkan bantuan orang lain. Sukar berjaya jika anda hanya mengikut bulat-bulat apa yang orang lain kata. Oleh itu, cuba fikirkan bagaimana 5 tips di atas dapat membantu bisnes online atau offline anda.
Rasanya elok saya cerita secara umum lima tips diatas. Secara umum je. Tips pertama, mencari mereka yang mempunyai kuasa membeli terhadap produk anda. Anda perlu terlebih dahulu mengenali pembeli anda. Siapa yang berminat dan mempunyai kemampuan membeli produk anda. Dan dimana tempat mereka berkumpul atau tumpuan mereka.
Tips yang kedua ialah menarik perhatian mereka. Tentu anda biasa melihat iklan di majalah atau Tv yang menggunakan wanita jelita yang cun melecun. Inilah salah satu strategi menarik perhatian bakal pembeli. Atau ada juga menggunakan text atau word yang relevan dengan kemahuan bakal pembeli. Konsepnya ialah apa yang bakal pelangan anda suka lihat dan suka dengar atau tertarik.
Tips yang ketiga ialah membina kepercayaan pelangan. Salah satu strategi yang cukup baik ialah menggunakan testimonial dari pelangan sebenar. Strategi lain ialah memberikan sesuatu yang percuma kepada bakal pelangan. Tapi pastikan barang atau info percuma tersebut benar-benar berkualiti, relevan dan praktikal kerana ia mencerminkan produk anda. Lain-lain, fikirkanlah sendiri.
Tips keempat ialah membina keinginan pelangan membeli. Biasanya di dalam perniagaan offline, mereka menggunakan iklan dalam membina keinginan ini. Hari-hari tengok iklan KFC. Tu yang “Mama.. mama.. nak KFC”. Di dalam perniagaan online pula, biasanya kita menggunakan email followup untuk membuatkan bakal pelangan terasa, teringin dan nak membeli. Namun sebelum membina keinginan pelangan membeli, anda perlu tahu apakah kemahuan, emosi dan kebimbangan bakal pembeli anda.
Dan tips yang terakhir ialah bagaimana membuatkan mereka terus membeli produk anda. Cara terbaik ialah menjual produk yang benar-benar berkualiti. Berkualiti disini bukan dari pandangan anda. Tapi dari pandangan pembeli. Apakah objektif mereka membeli. Adakah anda mencapai objektif mereka membeli. Selain itu, support yang mesra juga menjadikan mereka senang berurusan dengan anda. Saya sendiri suka berurusan dengan mereka yang mesra.
Sebenarnya kelima-lima tips diatas perlu difikirkan sebelum anda memilih produk jualan anda. Kerana kesilapan memilih produk akan membuang banyak masa dan tenaga anda. Penerangan diatas adalah secara umum sahaja. Andalah yang patut memikirkan strategi dan kejayaan bisnes anda. Bukan saya. :P.
Di dalam dunia ini tiada istilah insan yang dilahirkan genius. Mereka lebih pandai kerana mereka berfikir 10 kali ganda lebih dari anda. Jika anda berfikir 20 kali lebih dari mereka, tentunya anda lebih genius :D. Oleh itu, sudah tiba masanya anda melatih otak anda berfikir untuk kejayaan anda sendiri. Semoga berjaya.
nazariah says
Terima kasih banyak2 ya En. Hairul kerana berkongsi ilmu dengan saya dalam bidang perniagaan.semoga tips ini juga dapat membantu usahawan muda yang mahu menceburi bidang ni.
Sekian………..
Hairul Hissam says
Tima kembali cik nazariah.
Semoga info ini memberi manfaat bersama… tq ya.. 😀
titan says
setuju. kena pandai rancang strategi. Baru senang nak buat duit.
Hairul Hissam says
Benar En. Titan. Strategi amat penting dalam perniagaan… tq ya 😀
Nurseda Julaksa says
tips yg baik dan byk membantu mereka yg berada dlm bisnes mlm..tq atas perkongsian pintar ini
Hairul Hissam says
Boleh juga diaplikasikan dlm bisnes mlm. semoga berjaya cik Nurseda… 😀
mekar says
Bila kita promosikan “diskaun besar2ran” juga dpt menarik phatian pbeli juga kan. Banyak strategi kalu kita ni rajin berusaha
Hairul Hissam says
Memang benar tu cik mekar.. diskaun nie membuatkan org ramai tertarik dan membeli… tq ya.. 😀
ohcikgu says
kena pandai macam-macam benda. Baru boleh berjaya. 🙂
Hairul Hissam says
dan memerlukan masa juga ohcikgu. tq ya 😀
sanisa says
Terimakasih diatas tip2 perniagaan yg dikongsikan disini.Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk diri saya dan orang2 yang terlibat didalamnya, banyak maklumat2 yg berguna dan berkesan dapat saya manafaatkan, terimakasih dan semoga anda dimurahkan rezeki,.. amin
Hairul Hissam says
Amin. tima kasih atas doa tu cik Sanisa..
Begitu juga cik sanisa. Semoga berjaya dalam apa bidang yg diceburi..tqvm 😀
Adam says
sangat setuju..untuk berjaya tiada jalan mudah ..perancangan dari awal juga amat perlu tidak kira sama ada bisnes offline ataupun online ..
Terima kasih byk2 En Hairul diatas perkongsian info ini ..
Hairul Hissam says
tima kasih kembali.. semoga bermanfaat.. 😀
hafizah says
terima kasih en. hairul..kerana selalu menghantar dan berkongsi ilmu perniagaan dengan saya.
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali cik hafizah.. insyaAllah next week ada lagi satu artikel ttg perniagaan. Mmg berbaloi utk membacanya..tqvm ya.. 😀
ziah says
tenkiu en.hairul..
tips yg menarik bagi saya yang baru mula berbisnes,,,
akan selalu melawat blog ni untuk baca lebih lagi tips…
hmm..xsabar nak mula belajar pakej keychain…
thanks again..
Hairul Hissam says
tima kasih kembali.. semoga memberi manfaat dan semangat untuk cik ziah berniaga. 😀
Zaini says
Terima kasih sangat2. Boleh dipraktikan nanti. Bagi saya, jangan kedekut melabur untuk buat promosi macam iklan, diskaun. Insya-Allah, makin luas pasaran, makin bagus untuk bisnes jangka panjang.
Sekadar pendapat yang tak seberapa.
Hairul Hissam says
Betul tu en zaim. Iklan berbayar dan diskaun mampu meningkatkan jualan berganda. Insyaalah. 😀
Ass says
Salam tuan. Sy adlh pniaga frncais pkaian yg bru bniaga 6 bln. Malangnya sy mgalami ujian yg amt gtir. Frncaisr dh lpas tgn. Dan mninds sy. D kdai sy,org bkurgn.sy bniaga d pasaraya besar. Kadg2 smp 8 hr xdak jualn. Skrg 1 hr hanya lbh kurg 10 org yg msuk.itupn hanya tgk. Skrg,nk byr sewa, pinjmn pn dh xlepas. Skrg,sy bfikir utk bniaga d pasar mlm.. Sy jual pkaian kasual perempuan. Apa plu sy buat tuan. Tme ksh
Hairul Hissam says
wsalam.. saya doakan cik ass berjaya dlm bisnes pakaian..Untuk berjaya, cik sendiri kena memikir strategi terbaik utk bisnes cik. Saya cuma memberi garis panduannya melalui artikel di dalam blog ini… 😀
gsr says
pd pandangan saya perkara paling mustahak dalam bisnes ialah pengentahuan ttg produk yg dijual (product knowledge)…contohnya peniaga cina jika kita bertanyakan tentang benang menjahit mereka bukan hanya mahir tentang fungsi2, saiz dan kegunaan spesifik setiap jenis benang dan jenis jahitan yg sesuai ttp bahan2 mentah bagi pembuatan setiap benang juga dapat dijelaskan dengan terperinci… malahan asal usul lokasi asal sumber bahan mentah juga dia tahu..
begitu juga lain2 produk seperti cat, tiles, kabel elektrik dsb.
sbb itu kita mempercayai peniaga2 ini.
Hairul Hissam says
Terima kasih atas tambahan tips ke tiga iaitu meningkatkan kepercayaan pelangan. 😀
Arman says
Terima kasih, info menarik. Kalau bukan kita yang fikirkan tentang kejayaan diri sendiri siapa lagikan.
Hairul Hissam says
Betul tu bro Arman, kitalah kena berusaha bersungguh2 utk kejayaan diri sendiri 😀
wani says
Terima kasih atas perkongsian yang menarik… Memang macam-macam cara nk berjaya.. insyAllah sy akan praktikkn ilmu yg sy dapat ni..
Jemput ziarah blog saya http://www.kasihummi.com
Hairul Hissam says
Yg penting lakukan dgn ikhlas dan konsistetn… 😀
amir says
mahu praktikkan sekarang juga. thanks 🙂
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat 😀
Sani Sini Sana says
Tips yang bermanafaat . Terutama orang yang masih baru dalam bisnes online ni.. 🙂
Hairul Hissam says
semoga dapat dipraktikkan bersama..
Sani Yunus says
Tips yang berguna untuk orang yang baru nak mula bisnes online. Thanks tuan Hairul????
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. semoga memberi manfaat bersama..
faizal says
terima kasih atas bimbingan dalam bentuk artikel ini. cukup bermanfaat dan relevan walaupun dah lama ditulis. terima kasih tuan
Hairul Hissam says
Semoga dapat kita manfaatkan bersama en faizal..tqvm.
onexox says
info terbaik.. tips yang menarik…
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat..
Labulabi network says
tips strategi perniagaan tuan amat baik.. kalau dipraktikan lagi baik.. tq for tips ni..
Hairul Hissam says
Semoga strategi perniagaan nie dapat membantu bisnes tuan…
Sani says
Produk memang kena berkualiti kalau nak pelanggan membeli berulang-ulang kali..
Hairul Hissam says
Mmg benar tu bro… itulah asas perniagaan yg tersangat penting.
Azura Zainal says
Tepat sekali apa yang diperkatakan oleh Tuan Hairul. Memang sangat berguna kepada yang hendak memulakan perniagaan.
Hairul Hissam says
Semoga tips tersebut membantu bisnes puan azura..
Syami says
tips yg sgt bermanfaat, akan cuba dipratikkan..
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat..
Hasdezawati says
Sy ingin kembang kan lagi bisnis saya lagi ada cara tak bagai mana nak kembang kan lagi
Hairul Hissam says
Utk kembangkan bisnes, owner yg harus berkerja keras memerah otak dan fikir sendiri.. semoga berjaya..
Usry says
Terimakasih.. info yang berguna untuk newbie.
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat…
Usry says
Terimakasih.. info yang berguna.
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat…
Umiadam says
Terima kasih…tips yang sangat best… Semoga bermanfaat untuk semua
Hairul Hissam says
semoga membantu dalam bisnes.. tqvm.