Tips perniagaan: Perlunya Alternatif Bagi Mengelak Kegagalan Perniagaan



.
Lama juga tak bercerita tentang tips perniagaan. Terus terang mood menulis artikel agak kurenggggg kerana kepenatan menghasilkan produk terbaru. Entah bila agaknya siap. Seperti produk sebelum ini, saya akan pastikan ianya terbaik sebelum dilancarkan.

Saya percaya ramai berminat berniaga. Yelah, duit masyuk. Sape tak mau kan :P . Sebab itu, ramai yang berlumba-lumba buat bisnes. Tapi malangnya ramai juga yang gagal. Jangan kata orang baru. Orang lama dalam bisnes pun pernah tersungkur. Buktinya semasa kegawatan ekonomi sebelum ini. Disini saya berkongsi tips dari pengajaran kegawatan ekonomi dan pentingnya alternatif dalam segala aspek perniagaan.

Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan alternatif. Secara ringkasnya, alternatif ialah pilihan lain. Jika tiada pilihan lain bermakna tiada alternatif. Ini menjadikan bisnes anda terlalu bergantung pada sesuatu pihak. Dan sekiranya anda terlalu bergantung kepada satu pihak, ia boleh merosakkan perniagaan anda dimasa hadapan. Itulah yang berlaku pada kegawatan ekonomi sebelum ini.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Katakan anda membuat perniagaan Batu Permata. Dan anda mendapat bekalan dari syarikat A. Anda tiada pilihan pembekal lain dan bergantung kepada bekalan Syarikat A. Tahun pertama ok. Keuntungan lumayan :D . Tapi tahun kedua syarikat A menaikkan harga bekalannya. Ini mengurangkan keuntungan anda dan menjejaskan daya saing produk anda.

Contoh lain ialah katakan anda pembekal subcon kepada syarikat Proton. Bisnes anda hanya membekalkan kepada syarikat Proton. Disini anda bergantung kepada Syarikat Proton. Apa akan jadi sekiranya syarikat Proton mengurangkan pembelian bekalan dari anda. Atau apa akan jadi sekiranya syarikat proton tutup bankrap.

Ini sebagai dua contoh. Untuk anda memahami konsep bagaimana kebergantungan boleh merosakkan perniagaan anda. Cuba tanya pada diri anda Adakah anda terlalu bergantung kepada satu pembekal atau satu pelangan. Atau anda terlalu bergantung kepada satu jenis pemasaran. ATau anda terlalu bergantung kepada satu sumber kewangan. Atau anda terlalu bergantung kepada satu jenis perniagaan. Atau lain-lain.

Oleh itu dalam sesebuah perniagaan perlu usaha mencari alternatif atau pilihan bagi mengurangkan risiko perniagaan dimasa hadapan. Ia perlukan usaha yang berterusan. Jika tidak, perniagaan yang anda bina bertahun-tahun akan menjadi sia-sia sahaja. Fikirkanlah :D .



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 06 May 2012 - Visited 6992 times, 15 so far today    32 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

32 Responses to "Tips perniagaan: Perlunya Alternatif Bagi Mengelak Kegagalan Perniagaan"

  1. azriey amrie says:

    salam.. menarik tips2 ni… sedikit sebanyak mmbantu perniagaan yg sdg dan yg akan sy jalankan.. thanx ye En Hairul….

  2. akubiomed says:

    Nasihat yang baik. Kita perlu mencari alternatif untuk sumber kalau tidak letih kena main harga dan ketiadaan stok.

    • Hairul Hissam says:

      Dalam perniagaan, semua pihak akan cuba memaksimumkan keuntungannya. Mereka akan mempergunakan pelbagai alasan. Tapi realitinya, mereka nak untung lebih. So penting ada alternatif…

  3. anif says:

    Memang perlu ada beberapa pembekal… Cuma masalah boleh wujud bila pembekal-pembekal yang ada membentuk kartel (pakatan) untuk mengawal harga!

    • akubiomed says:

      Ada kemungkinan juga pembekal akan menjadi bersekutu untuk menentukan harga di pasaran.

      • Hairul Hissam says:

        Benar tu En Akubiomed.. Itulah yg diamalkan oleh usahawan cina untuk memonopoli pasaran melalui persatuan meraka. :D

        • Hairul Hissam says:

          Memang benar tu En anif…. terutamanya dari pembekal yg besar…. Oleh itu perlunya ada kepelbagaian perniagaan utk kita menguruskan risiko perniagaan spt ini. Dan usaha mencari alternatif atau menghasilkan bekalan sendiri utk bekalan utama.

  4. tehr says:

    aku bisa dengan kedai runcit je
    memang sangat perlu ada pilihan beberapa pembekal
    apa2 hal berlaku pun masih boleh berniaga

  5. Ya, saya setuju sangat. Tip yang bagus dan berfaedah.
    Kita perlu ada alternatif. Untuk dapatkan alternatif perlukan tenaga dan masa, juga komitmen.
    Selamat maju jaya dalam bisnes yang diceburi ;)

    • Hairul Hissam says:

      Seperti kata cik shasha. Tenaga, masa, komitmen dan kesabaran sgt diperlukan dalam mencari alternatif dan kejayaan perniagaan. Tima kasih cik shasha :D

  6. shraqs says:

    Kalau takde alternatif memang boleh bungkus bisnes. Sebaik-baiknya jangan malu bertanya kepada orang lain. IMO

    • Hairul Hissam says:

      Rajin bertanya mmg sangat membantu mencari alternatif. Itulah salah satu kuncinya kan En Shraqs :D

      • shraqs says:

        Betul tu. Nak bisnes ni memang tak bleh malu2. Klau malu2 camana nak promote apatah lagi nak jual produk..

        • Hairul Hissam says:

          Kena belajar buat muka tebal kan en shraqs. Jangan pedulikan apa org nak kata.. Yg penting boleh dijual… :D

          • suri says:

            kena tebal hee saya klu amik harga cklt org kata paling mahal..hakikatnya klu kt tmpt lagi 2 kli ganda mahal huhu…

            • Hairul Hissam says:

              Pelangan mmg mcm tu cik suri.. Dah bagi murah.. nak murah lagi.. kalo boleh.. nak free…. tapi tak semua mcm tu kan :D

  7. suri says:

    yelah jgn harapkan satu sahaja jalan penyelesaian..tapi cari jalan yg lain..mesti ada juga pendapat yg lebih lumayan.klu bergantung pd satu2 induk mmg susah

    • Hairul Hissam says:

      Betul tu cik suri… Mesti ada jalan penyelesaian alternatif. Plan A.. B.. C. dan seterusnya…:D

  8. Mekar says:

    Bab bisnes, sya serahkan kpd mr suami utk urusan yg lebih bijak. Sya cuma myokong usaha dia je

    pst: seronok sya tgk org2 yg rajin buat bisnes ni. semoga sukses kpd kawan2 dan hairul juga

    • Hairul Hissam says:

      Bagus tu cik mekar… sebagai isteri perlu menyokong usaha suami agar keluarga lebih ceria dan bahagia. Tima kasih cik mekar.. :D

  9. chii says:

    chii setuju..kiranya mcm back up plan..at least kalau sumthing happen..kita tau apa yg harus di lakukan..dan tidak terlalu bergantng kepada satu perkara sahaja =)

  10. Baik,tip yg baik ni dapat bantu dalam bisnes yang kita jalankan..

  11. Apa-apa pun kita buat kena ada back up.Buat satu kerja dan buat sehingga berjaya.Buat pelaburan kepada perkara yang baru pula.Sentiasa meningkatkna diri dengan ilmu.

  12. Adif Fida says:

    hmm….betul gak tu…dlm bisnes strategi mmg memainkan peranan yg penting..klu xde strategi mmg x akan kemane lah….

    • Hairul Hissam says:

      Betul tu.. strategi sangat membantu perniagaan kita… dan strategi pun perlu ada alternatif kan :D

  13. Oh! budu says:

    tengah cari bisnes tetap dulu skrg. dan elemen yang disebut tu memang perlu dititikberatkan.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.