Tips cara mengatasi gementar, darah gemuruh, gugup dan bimbang


Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi tips untuk mengurangkan rasa gementar bagi mereka yang mempunyai masalah darah gemuruh atau gementar. Sebenarnya perasaan gementar itu sesuatu yang normal. Semua orang pasti akan rasa gementar ketika melakukan sesuatu yang baru. Dari sudut positif, ia membuatkan kita lebih bersedia.

Namun tahap gementar atau kebimbangan yang tinggi mampu menjejaskan kesihatan dan kehidupan anda. Ia menyebabkan perjalanan peredaran darah terganggu dan kelenjar akan menghasilkan toksik yang boleh merbahayakan kesihatan anda. Sama seperti seekor landak yang disergah, duri-durinya akan mula mengembang secara spontan apabila diancam. Begitu juga dengan tubuh kita.

gugup

Sebelum mencari apa jua penyelesaian, kita perlu kaji puncanya. Salah satu puncanya ialah kita takut melakukan kesilapan. Bagaimana kita dibesarkan membentuk pemikiran dan perasaan dalaman yang amat kuat takut melakukan kesilapan. Mungkin ketika kecil anda sering dimarah jika tersilap atau sering diburuk-burukkan apabila tersilap. Samaada di rumah, di sekolah atau sebagainya. Inilah sebenarnya telah membentuk pemikiran dan perasaaan dalaman yang kuat untuk takut, segan dan malu melakukan kesilapan.

Inilah yang menyebabkan kita rasa gemuruh, bimbang, rasa cemas dan takut untuk melakukan sesuatu. Kerana pemikiran dan perasaan kita telah membayangkan pelbagai kesilapan yang menakutkan. Ia sesuatu pemikiran dan perasaan spontan, tanpa kita sedari. Bertahun-tahun anda membentuk pemikiran ini tanpa disedari dan sudah tentu ia memerlukan masa untuk memperbetulkannya semula. Kerana ia bukan sahaja melibatkan pemikiran malah perasaan dalaman kita.

Memang ia memakan masa, namun jika kita tahu punca sebenarnya, lebih memudahkan dan membantu kita memperbaikinya di arah tuju yang betul. Saya yakin semua orang yang mengalami masalah gementar akan berkerja keras mencari jalan penyelesaiannya. Namun kesilapan memahaminya dan cara penyelesaian akan memburukkan lagi masalahnya. Dan menjadikan keadaan jauh lebih teruk dari sebelumnya. Dan menyebabkan anda jauh lebih gementar dari sebelumnya.

Jadi mulakan mendidik diri anda untuk tidak takut, tidak malu, tidak segan untuk melakukan kesilapan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Percayalah, masalah ini datang bukannya dari pandangan orang lain tapi dari pemikiran dan perasaan dalaman kita sendiri. Perlahan-lahan mengubatinya, jangan terlalu menekan diri sendiri dan tidak terlalu memikirkan kesilapan yang dilakukan.

Satu lagi tips yang cukup berharga ialah jangan memikirkan masalah atau apa yg akan dilakukan berulang-ulang. Ia hanya akan meningkatkan perasaan gementar anda. Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu mereka yang mengalami masalah gementar.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 20 Oct 2010 - Visited 18385 times, 16 so far today    6 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

6 Responses to "Tips cara mengatasi gementar, darah gemuruh, gugup dan bimbang"

  1. macha says:

    boleh tak saya atasi masalah gementar saya dgn menghisap sebatang rokok?

  2. Sang Hati says:

    sangat terkena batang hidung sendiri..

  3. aza says:

    Saya setuju dengan apa yang diperkatakan.Saya boleh dikatakan mengalami masalah gugup yang terok.Jantung berdebar2,rasa nk termuntah dan kaki menggigil.Yang paling teruk sekali saya hilang selera makan dan x boleh tido kerana memikirkan kesilapan yang telah saya buat akibat gugup.Seperti kegagalan saya dalam ujuan jpj baru2 ini.saya rasa saya gagal sebab gugup yang terlampau.Sekarang saya tak tahu macam mana nak menghadapi ujian jpj kali kedua.

    • Hairul Hissam says:

      Alhamdulillah cik aza dah tahu cara menyelesaiannya. Semoga tips ini membantu cik aza mengurangkan rasa gemuruh… :D .

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.