
Pernah kena kutuk? Mesti tension kan. Kebetulan saya terbaca artikel dari seorang blogger yang meluahkan rasa kesal kerana dikutuk. Tension betul akak tu. Saya juga menerima email dari pekerja yang tension. Katanya rakan sekerjanya suka mengutuk dia. Yang pastinya ramai yang tension kena kutuk. Kerana dalam kehidupan ini, memang tidak boleh lari dari bertemu dengan mereka yang suka mengutuk.
Tak sabar nak tahu petua atau tipsnya. Simple je. Sebelum itu anda perlu fahami, kutukan tidak akan memberi apa-apa kesan kepada anda jika anda tidak mula memikirkannya. Tipsnya begini. Angaplah kutukan ini seperti langau atau lalat. Ia masuk dan berlegar-legar dalam fikiran anda. Merosakkan motivasi diri anda, menghancurkan keyakinan diri anda dan merampas keceriaan hidup anda. Jadi sebelum ia masuk, cepat-cepat bunuh ia. Pukul dengan penyapu cepat-cepat bagi langau tu mati. Atau ketuk dengan tukul bagi ia hancur. Atau pijak dengan kaki gajah, bagi ia lenyap dari muka bumi. he.he.he.
Guna imiginasi anda dalam menghalau langau-langau ini dari berkeliaran di minda anda. Terfikir je kutukan tersebut, hapuskan cepat-cepat. Terfikir je muka orang yang mengutuk tu, padamkan cepat-cepat dari minda anda. Teringat je gaya mereka mengutuk, halang cepat-cepat dari masuk ke dalam fikiran anda. Percayalah, jika anda tidak mula memikirkannya, ia tidak memberi apa-apa kesan pada diri anda. Utamakan keceriaan hidup kerana perkara yang lebih penting ialah keceriaan dan motivasi diri.
Mungkin anda risau apabila orang lain mendengar atau membaca kutukan mereka. Percayalah, tiada siapa yang akan mengingatinya. Tak caya. Cuba tanya pada diri anda. Sepanjang hidup anda mendengar orang mengutuk sana dan sini. Adakah anda mengingatinya? Tidak bukan. Begitu juga dengan orang lain. Tiada siapa akan ingat. Semua orang sibuk memikirkan hal-hal berkaitan diri mereka. Sibuk dengan masalah dan kehidupan diri mereka sendiri. Tiada masa nak memikir dan mengingati semua ini. Kalau mereka memberi komen, sekadar menjaga hati kawan mereka sahaja. So tak perlu risau.

Sekiranya anda seorang yang suka kutuk mengutuk pula. Saya tidak salahkan anda. Mungkin anda dibesarkan oleh ibu bapa atau keluarga yang suka mengutuk. Atau dibesarkan di dalam persekitaran dan kawan-kawan yang suka mengutuk. Inilah yang membentuk sikap anda. Namun ia hanya akan menyebabkan banyak masalah dan kecelakaan pada kehidupan anda. Sebabnya, Allah s.wt. telah berfirman di dalam Al Quran “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji”.
Memang celaka dan bertambah celakalah hidup kita jika asyik mengutuk sana dan sini. Pernah anda terfikir mengapa hidup anda penuh dengan masalah dan tekanan. Salah satu puncanya ialah bala dari mulut kita. Itulah bala dari perbuatan kita sendiri. Mengapa bersusah payah memerah otak mengutuk sana dan sini. Yang akhirnya membawa bala dan kecelakaan pada diri kita sendiri. Kecelakaan ini, mungkin nanti bila anda kahwin, bila ada anak atau bila dah tua. Oleh itu, berubahlah dan berhati-hatilah ketika bercakap. Itupun kalau tidak mahu hidup lebih celaka.
Saya sendiri suka ke blog yang memberi semangat, nasihat dan peringatan. Sebabnya, itulah yang diperlukan di dalam kehidupan kita. Kalau ada blog yang suka mengutuk sana sini. Saya kurang suka membaca. Lebih baik baca benda lain. Jika tidak, ia hanya akan membentuk pemikiran negatif dalam diri kita secara bawah sedar. Nanti mulalah kita asyik berfikiran negatif yang hanya memberi tekanan pada diri sendiri. Ya, fikiran negatif hanya akan lebih menyakitkan hati sendiri.
Ok sampai di sini celoteh untuk minggu ini. Maafkan saya jika ada tersalah kata di dalam artikel atau blog ini. Ia sekadar memberi peringatan buat diri saya sendiri dan sesama kita. Jangan lupa ya, kalau TAK mahu kecelakaan dalam hidup ini, berlajarlah bercakap baik atau diam.

















yep, cara mengatasi tu lagi penting, tp kekadang malu juga kalau dikutuk dan kita x mampu menghandle nya
Benar tu en. Juan. Cara menangani amat penting dan jangan biarkan kutukan tu mengganggu keceriaan hidup kita
Salam Hairul,
Baca artikel ni, saya macam nak share satu kata-kata motivasi yang pernah saya dengar; ‘ANDA BERTANGGONG JAWAB MEMBAHAGIAKAN DIRI ANDA dan JANGAN BIARKAN ORANG LAIN MEROSAKKAN HARI-HARI ANDA’. Terma kasih Hairul.
Wsalam cik mahani. Best la kata-kata tu. “Jgn biarkan org lain merosakkan hari-hari anda” tq ya
assalamualaikum..
saya bersetuju dengan pendapat dan cadangan hairul. cuma nak tambah sikit… itulah sikap manusia yang hatinya lebih ditumpukan kepada makhluk bukan kepada khaliq (pencipta). Kalau hati kita lebih memikirkan Allah, kita tiada masa untuk memikirkan kelemahan orang lain. Carilah ilmu yang menghukum diri kita iaitu ilmu tasauf..Kita akan nampak aib seniri..Jadi hati kita akan sentiasa sibuk membetulkan diri sendiri, bukan sibuk menjatuh hukum kepada org lain. Saya cadangkan rakan-rakan membaca buku bertajuk Hidup Sesudah Mati karya Ben Ariffin. Tak rugi beli buku tu!
Wsalam. tima kasih atas nasihat cik Izzati. Benar tu. Dari kita asyik mencari kelemahan org lain dan menghukum, lebih baik kita memperbaiki diri sendiri yg serba kekurangan dan beramal.
p/s: kena cari nie buku Hidup Sesudah Mati. tq cik Izzati
slalunya orang yang suka kutuk2 ni..sebab dia xde keyakinan diri..
pastu ada perkara yang dia cemburukan sangat..tu yang dia dok kutuk2 tu..ehehe
Benar tu cik Chi, biasanya masalah ini berpunca dari penyakit hati.
cemburu, iri hati, dengki dan sebagainya…. semoga kita dijauhkan
p/s: satu lagi.. mungkin ada sesuatu yg dia tak dapat atau permintaannya ditolak…
yeszaa..chii setuju. sebagai contoh..kalo hasrat laki untuk pikat seorang awek tidak berjaya..dia kena reject..memang nanti dia akan kutuk kaw2 punya. dia akan kata gadis ni poyo la, perasan cantik la. sedangkan diri da kena reject..dia xleh nak terima kenyataan =)
Mmg ada sesetengah lelaki spt tu cik chi. Yg penting jangan biarkan kutukan mereka merosakkan motivasi dan keceriaan diri kita..
jika kutukan membina takpa, ini kutukan benda negatif, kadang2 perasaan kita pun rasa marah,sedih dan macam2 lagi.. sabar sajalah.. moga kita diberi ketabahan olehNya.
Benar tu Mr z. kalo kutukan membina, dapat juga kita memperbaiki diri…
…
Tips yang baik.
Sy juga pernah dikutuk.
Malah entri blog sy dulu pernah diperkecilkan (tapi tak apalah)
Pengutuk == langau. hehehe
Setiap orang ada cara, gaya dan pandangan tersendiri..
tak patutlah kita memperkecilkan org lain kerana tidak sefahaman dgn kita..
biarlah mereka, yg penting kita terus kehadapan kan en nizam
Betul tu hairul.
Sy selallu fikir positif dan kedepan.
Pedulikan kutukan orang lain utk terus berjaya.
Sbb diri sendiri yg mampu majukan diri sendiri
wuaa lebih bersemangat
Yap. sape lagi nak memajukan kita kalo tak diri sendiri kan..
terus terang.. fikiran positif sangat membantu kita kehadapan…
semoga terus berjaya bro Nizam….
Kutuk dengan sindir aku rasa sindir lebih pedih..kutuk biasanya ckp depan2..kalau sindir kita pun was2…sama ada dia sindir kita ke tak…apa2 pun wat dek je…kalau fikir sgt hati susah kepala sakit.
Ada benar kata en Azman.. Sindiran ini buat kita terpingga-pinga mencari jawapannya..
so spt kata en azman.. buat dek je.. tak payah nak fikir-fikir.. buang masa je menyakitkan hati sendiri
em…tak suka kutuk orang..
kutuk mengutuk nie spt kita mencari bala untuk diri kita sendiri…
sbg blogger kutukan dah menjadi rencah jika apa yg kita tulis tidak dipersetujui oleh pembaca @ blogger…tips dia mudah, pedulikan kritikan, kutukan @ komen yang tak membina tu – just teruskan hidup spti biasa, enjoy…
Benar tu en. Neo.. tips dan cara berkesan sebenarnya mmg mudah iaitu jangan pedulikan…lebih baik fikir benda lain yg menyeronokkan dan teruskan hidup spt biasa.. tq ya
Kalau kutukan dilakukan depan orang lain boleh jatuh air muka dan tidak boleh dibiarkan nanti kepala dipijak pula
Benar tu bro.. maruah dan harga diri perlu dijaga. Jgn dibiarkan diinjak-injak oleh org lain. Kalo sampai menjatuhkan maruah… tak boleh dibiarkan tu
Kawe suka tengok Cristiano Ronaldo bila main bola. Makin di KUTUK, makin menjadi mainan nya.. lama-lama org pon give-up nak kutuk dia. Pengajarannya.. respond dengan positif terhadap kritikan yg diterima, insya-allah.. everything will be ok
Mmg indah hidup ini jika kita berfikiran positif . Yg penting kita terus memperbaiki diri sendiri kan bro
tambah dosa aje kutuk-kutuk nih..
betul kata bro
aku selalu kena hentam dengan blogger otai .kadangkadang, x otai pun kutuk aku
tu tandanya blog bro dapat perhatian ramai blogger tu …
…..
yg penting kita terus berusaha kehadapan en. kyrul
masalah orang kita adalah suka sangat amik kutukan orang secara negatif sahaja.
tengok pada mood org jugak cik lizz.. bila mood kita kurang baik. kita akan mudah sakit hati..
dan setiap org ada sensitif tersendiri, bila kena pada sensitiviti mereka..
mereka akan mudah tension..sebenarnya semua org sama sahaja
p/s: mmg ramai yg pandai bercakap dan mengutuk.. tapi bila kena hal sensitif pada dirinya.. tahu plak dia bengang.. Oleh itu cara menegur tu penting agar tidak menyakitkan hati org lain. Perlu tegur, tapi dgn cara yg berhekmah
saya org perli..tapi buat dek jer..
diam dan amik perhatin apa yg dia ckp heee..klu mjwab satu mslh plk huhu..
byk istifar jer..saya kena kutuk tak tapi kena perli mmg perit depan org2 yg saya kenali..
Mmg bagus cara cik suri tu. byk beristigfar. InsyaAllah tenang sikit perasaan kita..
2 la psl…sy pn sm…ad kwn sy ni kutuk sy kaw2 pnye dpn mmber lain dsebbkn slh phm..sdg kn sy da mnta maaf da kt dia sbb tak sengaja xletak phone call slps sy bergayut ngan member sorg lg ni..so mmber sorg lg ni pn dgr la dia mengata…lps 2 dia nk mrh sbb mmber y sorg ni mrh dia…dia plak mrh sy sbb sy la pnyebab org ni mrh dia…sy pn xfhm kenapa…y xleh blah 2 dia siap tnya pe y sy dengki sgt ngan dia n xpuas ati…sdgkn sy xda ape2 pn nk didgki kn dgn dia…pening2…ce komen ckit cane sy nk bdpn ngan org mcm ni…..wlau pn kita sdr kita pn lebih krg..tpi at least kita da insaf…=)
Saya pun pening membaca..
….
Cuma kita kena ingat.. kita berhadapan dgn manusia yg beremosi.
so bawa berbincang selepas emosinya reda…
sy kalau org buat mcm tu… mula2 bleh la diam… tp kalau dia punya mulut x reti nak diam gak… bom la jwb nya… bru tetutup mulut tu… hehe… org y x paham bahasa ni… susah… tegur salah… x tegur salah… so, diamkan je dlu.. kalau x sedar2 jgk… kena besuara jugak.. supaya mulut org tu terkunci… hihi…
hahaha..saat nak menghilangkan tu lah kita terfikir akan kutukan tu…mcmana tu?
Oh .. petua nie lebih kpd halang dari ia masuk ke dalam minda kita…
Jika tak masuk.. tak perlulah nak hilangkan lagi kan..
try la cik adele
kalu masa study dulu, kutuk-mgutuk ni sebagai satu bahan hiburan sesama kawan2. oleh itu, jgn ambik serius sgt kalu ia tak menjejaskan kehidupan seharian kita. Tapi sebaiknya si pengutuk tu perlu lihat keadaan sekeliling sblm nak kutuk org supaya ia tak menjatuhkan air muka sahabat tersebut.
Berhati-hati cik mekar… sebab ada hadis mengatakan dua perkara yg mengelincirkan anak adam ke dalam neraka iaitu mulut dan kemaluan. So syaitan dan iblis akan attack dua perkara nie. Mereka akan buat kita rasa seronok melakukan dua perkara yg dicegah ini.
Hehehehe
Mana2 kita pi sure akan kena kutuk kan!
bEe senang je kalau kena mcm ni. bEe jwb balik “sbb aku lawa korg jaki”
Then buat bodo je kuikuikuikui…
Sbnrnya dlm kehidupan kita tidak lari dari mendpt pujian palsu, pujian bertingkat, pujian ikhlas ataupun kutukan….. Anggap shj semua itu adalah lumrah alam. Kita pun kena juga fikir, kalau kita kena kutuk sbnrnya, kita juga pnh mengutuk…. Sesama beringat
benar tu cik bee.. kutukan satu ujian.. pujian juga satu ujian…
bersama-samalah kita sabar menghadapi ujian di dunia ini kan cik bee.
ustazah saya pernah didik saya supaya menididk hati dgn kena kutuk,maksud nya biar lah kita kena kutuk ke hina ke,klu di hina dgn manusia itu ada lah salah satu tanda2 derajat kita dk di naikkan Allah…maka banyak2 lah bersabar..mcm kesah seorang sahabat Nabi SAW kena kena puji ,tapi tapi Nabi marah sahabat nya dan kata nabi amik lah selipar pukol di muka mu kerana pujian hanya untok Allah,bukan untok manusia.
Mmg benar kata cik rohaya.. banyak hadis yang melarang memuji yg membawa kepada riak atau syirik kecil yg merupakan dosa besar dan perosak amalan. Begitu juga banyak hadis menyuruh kita menjaga mulut dari mencaci mengeji dan mengumpat. Semoga kita sentiasa memperingatkan satu sama lain
Terlalu banyak pkir negatif, sampai bila pun kita tak dapat buat apa-apa. Kita jugak yang rugi. Saya senang je, skali org buat hal, sampai sudah saya akan buat tak tahu seolah-olah org tu x lagi wujud dlm dunia saya. Ha Ha
Benar tu. Fikiran negetif hanya merugikan diri sendiri. Lebih untung jangan memikirkannya.
orang yang mengutuk tidak sedar kesannya terhadap kwn2 orng lain…mungkin orng yang dikutuk akan mengalami strees dan sanggup bunuh diri…Ia boleh meninggalkan impak yang besar dan dalam kepada orang yg dkutuk sehingga seseorang itu membesar…
Benar tu En Rujhan…. kesan emosi amat teruk pada org yg kena kutuk.. sebab itu islam melarang kutuk mengutuk nie..
memang benar kerana Allah s.w.t ada berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia,janganlah kamu mengutuk makhluk lain,kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.”hee
tima kasih atas peringatan tersebut en. Rujhan…
bagus tip bro kali ni, tapi alhamdulillah setakat ni takde yang mengutuk tapi tak tau lah kat belakang, apa pun tak perlu nak memikir sangat kutukan orang kalau kita tak buat salah.
Benar tu bro, jgn difikirkan sangat. Bukan kita buat salah kan
Satu muhasabah untuk diri sendiri..terima kasih atas tips yang diberikan..
tima kasih kembali… rajin2lah kita muhasabah diri kita yg serba kekurangan
Assalamualaikum….
bagus sgt perkongsian ni…. susah jumpa org kaki kutuk ni… semua org nak d kutuknya even kawan sendiri… depan kita, kutuk orang len… depan org tu, kutuk kita plak… mcm mna la ada manusia mcm ni yerrr??? kpd y kaki kutuk ni… klu nak kutuk, agak2 la… terkutuk org y salah kang, x pasal2 dapat HADIAH istimewa… x merana diri mcm tu??? pikir la sblm ckp… xda org y sempurna kat dunia ni… kalau diri tu dah 100% komfom sempurna, nak kutuk2 org, x pa la… hoho…. sy pun slalu jumpa org y mcm ni… pelik jgk napa la dia ni x reti nak berhenti kan… hr tu sy minta tolong wat sesuatu… dah la x nak buat.. suh org len buat… siap kutuk plak… padahal keje bersama… nasib main kutuk blakang2… kalau depan2 dia buat… sah tebal kot bibir dia… huhu… gerammmm….
wsalam… tu laa.. dah jadi hobi tegarnya… dah menjadi keseronokkan bagi mereka. Tapi mereka tak sedar, bala dan kesengsaraan menanti mereka.