Senarai makanan yang bahaya kesihatan. Amat menakutkan

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB

Kini masyarakat kita telah mula peka terhadap kesihatan dan makanan yang bahaya pada kesihatan. Memang menakutkan apabila membaca bermacam-macam keburukan makanan yang dimakan setiap hari. Ditambah lagi pelbagai penyakit yang dihidapi oleh golongan muda membuatkan kita lebih berwaspada.

Namun tahukah anda, kita telah menggunakan pelbagai makanan yang merbahaya pada kesihatan semenjak dulu lagi. Antara makanan tersebut seperti dibawah:

1. Ayam yang disuntik dengan hormon pembesaran
2. Kebanyakkan daging lembu telah ditambah dengan bahan pengawet dan pewarna
3. Ikan yang mengandugi PCB, sisa pencemaran dan air pengawet.
4. Beras yang di diputihkan dengan bahan kimia.
5. Buah import telah di sembur dengan air pengawet 5-7 kali agar tahan berbulan-bulan.
6. Roti mengandungi bahan kimia pelembut
7. Hampir kesemua makanan yang di bungkus mengandugi bahan pengawet.
8. Daun Teh yang kita minum mengandungi sisa racun serangga
9. Hidangan fast food mengandungi tahap trans fat yang tinggi
10. Kimia pada plastik boleh menyerap ke dalam makanan
11. Dan banyak lagi.

Semua ini bahaya kesihatan terutamanya pada organ-organ tubuh dan sistem peranakan kita.

Boleh ke macam nie -> Dengar je ayam yang disuntik bahaya kesihatan, terus tidak memakan ayam? atau dengar je beras diputihkan dengan bahan kimia, terus tidak makan nasi? Kalau semua bahaya, nak makan apa ya. Akhirnya mati kelaparan..he.he.he :P

Sebenarnya tubuh kita mempunyai sistem imun dan organ-organ yang berperanan membersihkan dan memulihkan kesihatan kita pada keadaan asal. Inilah menjadikan kita masih lagi sihat walaupun telah consume atau memakan makanan ini. Namun pemakanan yang berlebihan barulah boleh menjejaskan kesihatan kita dan merosakkan organ-organ di dalam tubuh kita.

Sama seperti sebuah mesin pembersihan di indah water. Ia berfungsi dengan baik jika kotoran yang masuk pada tahap terkawal. Tetapi jika kotoran yang dimasukkan pada kuantiti banyak dan berlebihan, sudah pasti mesin pembersihan tersebut akan overload dan rosak kerana tidak dapat menampung jumlah kotoran yang tinggi. Sama jugalah pada organ-organ di dalam tubuh kita.

Dan tahap bahaya sesuatu makanan ada tinggi dan rendah. Elakkan memakan makanan yang bahaya tahap tinggi.
.

senaman kesihatan

.

Cara Terbaik Menjaga Kesihatan Kita

Oleh itu cara terbaik menjaga kesihatan ialah memakan dengan sederhana dan tidak berlebihan. Ini semua sebenarnya telah diajar di dalam agama islam. Kita dilarang makan berlebihan, berhenti makan sebelum kenyang , mengisi 1/3 perut dengan makanan, 1/3 perut dengan air dan 1/3 perut dengan udara. Berapa ramaikah kita mengamalkannya. Inilah sebenarnya salah satu punca ramai menghidapi penyakit.

Salah satu cara lagi meningkatkan kesihatan ialah dengan senaman. Senaman juga amat penting dalam meningkatkan kualiti organ dan sistem imun kita. Dengan senaman kita dapat mengeluarkan toksik-toksik di dalam badan melalui peluh. Ia juga mampu menguatkan otot, organ-organ dan kelenjar di dalam badan. Oleh itu lakukan sedikit senaman setiap hari bagi menguatkan sistem imun anda.

Kehidupan yang ceria juga sebenarnya meningkatkan kesihatan anda. Ia membantu peredaran darah dan pernafasan berfungsi dengan lebih baik. Elakan dari tekanan, kerana ia hanya menyebabkan ketegangan otot dan ketahanan sistem imun kita menurun. Dan seterusnya menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai penyakit. Sebenarnya fikiran positif sangat membantu menceriakan hidup kita. Namun lebih ramai memilih untuk berfikiran negative. Nak tahu sebabnya. Itulah kerja syaitan-syaitan yang menghasut di sekeliling kita. Dari zaman Nabi Adam sehingga sekarang tidak mati-mati. Oleh itu berhati-hatilah dengan fikiran negatif.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah buku yang menarik dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Saya memang rajin membaca buku mereka. Salah satu bukunya ialah “Ketuhar Gelombang Mikro Resepi Kanser” Tahukah anda microwave atau gelombang mikro dari Ketuhar ini mampu menjadikan makanan anda bertoksik. Ini akan menambah lagi toksik ke dalam tubuh anda. Saya amat menyarankan anda untuk menggelakkan dari menggunakannya.

bahaya microwave

Anda boleh mendapatkan buku ini dari kedai buku seperti Popular dan Badan. Ia kini mula diedarkan oleh kedai-kedai buku. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Anda dialu-alukan berkongsi dengan rakan-rakan anda melalui button share dibawah. Semoga lebih ramai mengetahui cara terbaik menjaga kesihatan mereka.

LIKE
Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Hanya boleh share url link artikel atau menggunakan button2 yang disediakan ya. tqvm :D
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.








Posted on 25 Jan 2011 - Visited 35048 times, 35 so far today    8 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Komen & Pertanyaan Anda:

 

8 Responses to "Senarai makanan yang bahaya kesihatan. Amat menakutkan"

  1. mekar says:

    Saya baru lepas buat artikel pasal pemakanan roti dalam blog saya. Iaitu roti putih kurang baik utk kesihatan berbanding roti gandum,. Byk komen masuk kata tak mampu pula nak beli roti gandum sbb ia lebih mahal.huhu

    • Hairul Hissam says:

      Saya pun baru baca artikel tersebut..
      memang bagus artikel yg cik mekar tulis tu…
      lepas ini kena la saya tukar beli roti gandum pula.. :D ..

      Roti gandum lebih sihat dari roti putih..
      namun dalam pembuatan roti gandum mereka tetap
      juga letak bahan pelembut yg tidak elok pada kesihatan…
      Oleh itu lebih baik makan dgn cara bersederhana.. tq ya :D

  2. mamaji says:

    Kalau ayam/daging bahaya boleh ganti gan ikan atau telur, nasi yg kite makan tu hari2 camane pulak nak ganti gan ape agaknya – ubi kayu kot. pas ni hairul bolehlah tolong bg resipi berasaskan ubi kayu. Tq hairul dpt share info ni, ramai yg tak sedar bahayanya makanan zaman moden ni.

    • Hairul Hissam says:

      wah. bagus tips yg mamaji berikan. :D
      teringin pulak nak makan ubi kayu rebus cicah sambal..
      sekali sekala makan memang sedap…

  3. sejenjang says:

    saya katakan saya amat bertuah berada dalam lingkungan blog ini.atikel semuanya menarik dan memberi manfaat dalam kehidupan.sungguh ikhlas tulisan anda.saya berharap hubungan saya di sini akan berterusan sampai kapan.dengan izin anda. Moga Allah menambahkan pahala anda di dunia dan di akhirat.salam.

    • Hairul Hissam says:

      tima kasih kembali En. Sejenjang :D ..
      Saya turut gembira dan bersyukur sekiranya tulisan saya memberi manfaat bersama…
      semoga en. berjaya di dunia dan di akhirat..

  4. hazita says:

    salam en. hairul, boleh x bgtau sumber tu dapat dari mana? saya ada wat asignment pasal pemakanan yg meliputi pelbagai aspek.. so..sy kena letak reference kat situ.. tq.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam. Kebanyakkan dari pembacaan buku dan majalah persatuan pengguna pulau pinang.. tapi tak ingat buku yg mana.. :D

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.