Resepi Kek Apa yang Anda Mahukan? Dari Kedai Kek Makcik Saya


Dah lama juga bapak saudara saya ajak buat pakej kek dengan kedai kek dia. Dari raya tahun lepas. Semasa majlis pertunangan adik saya awal tahun nie, dia tanya lagi. Serba salah pula dibuatnya. Masalahnya kedai roti dan kek dia jauh sangat la. Mau satu jam lebih nak ke sana. Kalau dekat, dah lama saya buat.

So nak buat survey dulu. Kalau ramai yang berminat barulah bersemangat nak ke sana. Nak minta pendapat pembaca blog ini. Agak-agak resepi kek apa yang anda mahukan. Agak-agak apa yang anda mahu belajar dari kedai keknya. Apa yang berbaloi anda dapatkan dari pakej kek kedai roti makcik saya. Kalau jadi buat pakej kek ini pun selepas beberapa projek yang akan saya buat terlebih dahulu.

Kedai roti dan keknya terletak di bandar tengara kulai. Tak silap saya, nama kedainya ialah kedai Roti Mas. Katanya kedainya cukup popular disana. Dia yang katalah. Betul la tu kot. :P Tapi yang pakar buat kek ialah isterinya atau emak saudara saya iaitu Makcik Ida. Makcik ida memang pakar dalam buat kek dan roti ini. Merata tempat dia belajar sebelum membuka kedai roti dan kek ini.
.

Kedai roti dan kek memang dah lama. Umur bapak saudara saya pun dah dekat 60 tahun, kalau saya tak silap. Alhamdulillah, dia berminat untuk mencurahkan ilmu kedai keknya melalui pakej kek nanti. Mereka pun memang tidak lokek ilmu dari dulu. Menurutnya ramai pekerja mereka yang dah pandai diajar, berpindah bekerja dihotel. Penat-penat ajar, dah pandai, berhenti kerja pula. hu.hu.hu.

Tapi jika jadi buat pakej kek ini, segala pertanyaan mestilah dirujuk pada saya. Bukan kedai mereka. Mereka tak de masa nak layan anda. Mereka memang sibuk. Tapi kalau nak tanya atau confirmkan betul ke pakej nie dari kedai dia. Itu boleh. Jangan risau kerana saya akan ambil video kedainya dan orangnya. Itupun kalau jadik dan ramai yang berminat.

Ok. Kalau anda berminat dengan pakejnya, klik button LIKE. Dan berilah pendapat anda. Resepi kek apa yang anda mahukan dan apa yang anda nak belajar dari kedai kek. Kalau ramai berminat, barulah bersemangat nak buat pakej ini. Boleh email saya di kincin85@hotmail.com



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 27 Apr 2012 - Visited 14312 times, 15 so far today    60 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

60 Responses to "Resepi Kek Apa yang Anda Mahukan? Dari Kedai Kek Makcik Saya"

  1. azian says:

    assalam…saya nak resepi kek carrot yg sedap.Boleh beri tip -tip untuk dapatkan kek yg cantik dan gebu dan panduan-panduan lain yang berguna
    dalam pembuatan kek.

  2. k.nani says:

    best juga kalu belajar buat kek nie….

  3. cik tom says:

    menarik..pasti ramai yg berminat nk belajar buat kek..ciktom br nk bcuti n tgk detail pakej cakoi n donut dr hairul..hee

  4. azriey amrie says:

    salam… sy suka cheese cake.. dan fav sy mestilah strawberry… ada lg 1, sy suka sgt egg tart (portugis egg tart klau xsilap namanya).. kt happy angel ada jual.. mmg terbaik… kulitnya yg rangup (bkn rapuh dan muak bila dimakan).. mmg sdp lah….

    • Hairul Hissam says:

      Mmg ramai sukakan cheese cake.. Tentu lebih terjamin halalnya kalau buat sendiri kan.. Tima kasih di atas permintaan tu cik azriey.. :D

      • azriey amrie says:

        yelah kedai kek byk dimonopoli oleh kaum cina… klau dpt sediakan servis penghantaran, lg bagus… tempahan utk pertunangan, perkahwinan contohnya, dgn servis penghantaran, pasti berbeza dgn kdai kek lain…

  5. chii says:

    chii prefer coklat moist,cheese kek ngan tiramisu. yummy2 punya kek.

  6. titan says:

    tak gemar makan kek. hehe..

  7. azura says:

    kebetulan……saya mmg minat pasal kek dan roti nie.

  8. suriani says:

    saya nak belajar buat cinnamon roll,danish coklat n apa2 roti dan kek sampai boleh bukak kedai hehehe,tapi saya ni takde konfident la bila buat mkn jadi tapi bila nak publish kat org takut tak jadi lak, kreatif pun tidak;c

    • Hairul Hissam says:

      Ohh.. suka yg roll… roll.. ya.. :D . InsyaAllah hasilnya sehebat kedai kek nanti. .. Kalau cake nya cantik tentu datang confident utk jual dan display nanti kan…cik suriani…

  9. ude says:

    wah bestnya klu dpt belajar wat kek… mmg dr dulu tercari2 tempat utk belajar wat kek ni…bagus klu ade pakej wat kek ni…

    • Hairul Hissam says:

      InsyaAllah akan memudahkan cik ude belajar membuat kek sehebat kedai kek.. tak payah lagi penat-penat pergi kelas kan. Insyaallah akan diajar dengan teliti sekali spt pakej saya sebelum ini.. tqvm ya… :D

  10. Hani says:

    Aneka cheese cake,
    Aneka Coklat kek seperti, (moist cake, bostan cake, indulgance, coklat larva)
    Basic sponge cake pun perlu…
    emm pe lagi yerk…
    Toping cake pun kene masukkan..

    • Hairul Hissam says:

      Mmg ramai suka cheese cake dan coklat cake kan cik hani.. :D … InsyaAllah decorasi kek akan dimasukkan sekali… tima kasih atas permintaan tersebut cik hani…

  11. geenana aris says:

    Asslaam sifoo hairul
    Mmmmhhh..mmg tak sabar nk dptkan the perfect tip dr sifoo hairul nih..
    smg kita sama2 dpt manfaat ilmu ini dan sifoo akan bertambah pahala hendaknya
    wassalam

    Jumpa lagi ..
    TQ

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam Cik geenana aris.. Oh.. tips kek ini dari sifu kedai kek makcik/pakcik saya.. Dihotel dulu, saya lebih banyak buat bun dan roti. Kek ini, bila ada free je tolong member satu kitchen :D

  12. suri says:

    slm htr org pi tunag byk pula dpt kek dri pihak llki heee

  13. suri says:

    semoga perniagaan akan maju selalu..klu byk org tempah mesti sedap tu ;)

    • Hairul Hissam says:

      Mmg sedap kek-kek dari kedai makcik saya. Masa raya balik kampung.. dia bawak.. perghhh.. sedap tak terkata.. :D

  14. mak lagenda says:

    Hurmmm..kalau ditanya pada mak, semestilah coklat cake yg pelbagai rasa coklat dan teknik membuatnya, cheesecake dan kek lapis betawi yg remeh nak membuatnya tuh.

    Moga berjaya dgn apa yg diusahakan ye hairul..:)

  15. nizamghazi says:

    Hairul..
    Saya tahu hairul seorang yang sangat pandai memasak,
    pandai buat kek dan sebagainya. Malah pandai buat bisnes

    As a fren, saya nak bagi pendapat bahawa theme blog ini mungkin perlukan sedikit perubahan kepada design theme yang lebih sesuai dengan niche blog ni.

    Mungkin sesuatu kejayaan yang lebih besar akan berlaku.

    - my personal option (freelance web designer) :)

    • Hairul Hissam says:

      Oh.. saya tidaklah hebat sangat bro nizam. tapimampulah menghasilkan produk yng berkualiti… :D
      tima kasih atas pandangan theme tu.. buat sementara ini, saya lebih suka theme yg direct to artikel.. mungkin akan difikirkan semula nanti..tqvm ya..

      • nizamghazi says:

        Eh gurau je Hairul.
        Saja test market dekat sini since blog ni famous dengan resepi2.
        Tapi kalau berminat ON je Hairul.
        Mana entri baru?

        Mesti busy dengan bisnes on9 yang lain ni kan.

        • Hairul Hissam says:

          Sekrg nie busy sikit bro nizam sbb nak siapkan produk terbaru sebelum PRU 13 :D
          Masa tu mmg ada tapi fikiran tu tertumpu pada projek skrg..tqvm ya..
          rasanya minggu depan nak tulis tips pasal bisnes pula la… :D

  16. Norazman says:

    Kek pandan chiffon atau chocolate strawberry atau blueberry.

  17. tehr says:

    aku selamanya suka kek keladi je
    yang lain memang tak geram sangat

  18. nik says:

    salam, saya nak tanya jika ada resepi cara nak buat snek ikan bilis(yang macam di jual kat sebelah siam/rantau panjang/bukit kayu hitam tu?
    harap boleh kongsikan…
    tq…

  19. yati says:

    aslmkm. nak blaja sangat kek lapis sarawak dan kek buah kukus. kek buah dah try buat 3x. bila potong berderai2 buahnya .

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam cik yati…tima kasih diatas permintaan tu.. kek buah nie mmg kena ada teknik yg betul.. jika tidak buahnya mendap dan keknya berderai… InsyaAllah akan cuba diusahakan.. :D

  20. fiezaradzi says:

    cantik kek.. lau saya suka kek coklat.. huhu..

  21. noriza says:

    aslm saya sukakan kek yang ringkas dan mudah dibuat.kalau dapat kurang manis n kurang kolestrol lagi bagus

  22. Mekar says:

    Salam Hairul.

    Awal2 dulu slps berenti kerja, sya selalu pegi kelas masak2 kat area KL. Byk juga resepi masakan yg sya perolehi.
    Skrg ni kalu tnya saya,sya teringin nak tahu dan belajar cara nak buat kek rainbow yg berlapis2 dan bertingkat2 tu. Nampak mcm mencabar nak buat tu…

    pst : Hairul tak de plan nak buat e-book set nasi beriyani/ set nasi minyak or apa2 set nasi.? Kalau ada, sya pasti support nnti. Semoga sukses ya

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam cik mekar,

      Oh kek rainbow.. Nanti saya berbincang dengan kedai kek makcik saya. Tima kasih cik mekar atas cadangan tu… :D

  23. fiona says:

    Salam. Rasanya sy berminat utk memiliki resepi kek itu dgn pelbagai jenis kek yg bole dihasilkn. Memandangkn ank sy suka mkn kek. Klau bole ajar skali cara nk buat toping yg betul. Tq

  24. mael says:

    Salam Hairul…saya berminat untuk belajar buat kek dengan asas yang betul..saya cadangkan agar pakej ini bermula dari pengenalan kepada bahan mentah,peralatan yang diperlukan.teknik asas yang diperlukan serta cara penyediaan dan memasak kek tersebut dengan tips yang membantu untuk menghasilkan sebuah kek yang hampir sama dihasilkan oleh seorang chef profesional…selamat menyediakan pakej dvd ebook pakej kek tersebut

    • Hairul Hissam says:

      Terima kasih diatas cadangan tersebut.. InsyaAllah nanti saya berbincang dengan makcik saya.. tima kasih ya.. :D

  25. Su says:

    Hi bro.Saya nak resepi dan belajar kek paling simple dan laris jualannya shj.Kiranya boleh proses secara banyak dan x mahal(mampu beli).Lagi satu kek lapis sarawak yang paling mudah(basic) untuk persediaan tempahan hari raya nanti.Tksh.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.