
.
Hidangan coklat (chocolate) memang digemari ramai. Terumatanya kanak-kanak. Inilah makanan kegemaran mereka. Rasanya yang manis dan lemak amat menyelerakan. Pada kali ini saya ingin berkongsi resepi coklat (chocolate) yang paling mudah dibuat iaitu Chocolate Ganache. Resepi ini saya pelajari semasa bekerja di hotel. dan sangat mudah dibuat.
Kebiasaan chocolate ganache dicairkan dan di tuang ke atas kek. Ini menjadikan kek kelihatan lebih menarik dan menyelerakan. Namun ia boleh dipelbagaikan dan menjadikan apa jua hidangan lebih menyelerakan. Sebelum saya tunjukkan kepelbagaian hidangan dari chocolate ganache. Apa kata kita belajar membuatnya terlebih dahulu
Bahan-Bahan Diperlukan

.
Tiga bahan sahaja yang diperlukan iaitu
1 kg Chocolate Masakan atau dark chocolate
100gm Butter
600 ml Whipping Cream
.
.
LANGKAH 1:

.
Langkah 1: Hiris atau potong kecil-kecil coklat masakan tersebut agar mudah dicairkan nanti. Manakala butter, sekiranya baru keluar dari peti ais, potong ia menjadi lebih kecil. Namun lebih baik biarkan butter cair/lembut dengan sendirinya di luar peti ais sebelum digunakan.
.
.
LANGKAH 2:

.
Langkah 2: Masukkan 600ml whipping cream ke dalam periuk, hidupkan api dengan api yang sederhana. Dan masak sehingga mendidih. Ia akan mendidih seperti gambar di sebelah kanan. Jangan ke mana-mana kerana ia cepat mendidih. Cecair whipping cream boleh membuak-buak sehingga keluar dari periuk jika lambat tutup apinya.
.
.
LANGKAH 3:

.
Langkah 3: Setelah api dimatikan. Tuangkan kesemua 1kg coklat masakan yang dihiris atau dipotong tadi ke dalam periuk yang berisi cecair whipping cream yang telah dimasak. Seterusnya kacau sehingga kesemua coklat masakan cair. Anda boleh gunakan sudu. Namun lebih baik atau lebih halus jika kacau menggunakan whisk seperti gambar dibawah

.
LANGKAH 4:

.
Langkah 4: Setelah coklatnya cair, masukkan 100gm butter dan kacau menggunakan sudu atau whisk. Kacau sehingga butter cair dan sebati. Disebelah kanan ialah hasilnya. Inilah coklat ganache yang dihasilkan dengan cara yang amat mudah.

.
KEPELBAGAIAN HIDANGAN CHOCOLATE GANACHE
.
Mudah bukan menyediakan chocolate ganache. Anda tidak perlu menggunakan double boiler. Terus masak di atas api. Dan ia disiapkan dengan masa yang amat singkat. Apa yang menarik, anda boleh mempelbagaikan hidangan coklat ganache ini mengikut kreativiti dan citarasa anda. Dibawah ini saya pecahkan kepada tidak cara untuk mempelbagaikan hidangan coklat ganache.
.
.
Cara Pertama: Ketika Cair

.
Ketika coklat masih cair, anda boleh menuangkannya di atas kek, di atas bun, di atas biskut, di atas kuih raya atau di atas apa sahaja makanan yang bersesuaian. Contohnya anda membeli bun kismis dan kurang digemari oleh anak-anak anda. Anda boleh tuang ke atasnya coklat ganach ini. Gerenti habis dimakan oleh anak anda.
Cara yang betul, bun atau kek perlu diletak di atas grill sebelum dituangkan coklat ganache ke atasnya. Ini memudahkan anda mengalihkan bun atau kek tersebut setelah siap.
.
.
Cara Kedua: Ketika Sejuk Diluar Peti Ais

.
Sekiranya disimpan di luar peti ais, ia boleh tahan 2-3 hari. Dan ia akan menjadi lembut seperti marjerin atau jem. Memang amat sesuai disapukan di atas roti atau biskut. Sudah tentu ia menceriakan sarapan pagi keluarga anda.
Jika anda pandai menggunakan piping. Anda boleh membuat decoration yang menarik menggunakan coklat ganache ini seperti gambar dibawah
.

.
.
Cara Ketiga: Ketika Sejuk Di Dalam Peti Ais

.
JIka simpan di dalam peti ais, ia boleh tahan 2-3 minggu. Dan ia akan lebih keras. Tapi tidaklah keras seperti batu. Ia menjadikan ia mudah dibentuk dengan tangan. Anda boleh membulat-bulatkannya dan di sumbat ke dalam pau, ke dalam bun, ke dalam cakoi, ke dalam karipap, ke dalam apa sahaja. .Pernah makan karipap coklat? he.he.he. Kalo saya jual resepi karipap coklat atau ebook aneka karipap.. Tentu laku..
.
Jika anda ingin mencairkan semula coklat ini, anda perlu gunakan double boiler atau letakkan sahaja di dalam bekas air panas..
Namun apabila masak, coklat ini akan cair. Dan sekiranya tepung yang membungkus atau meliputi coklat tidak tebal, ia akan meleleh keluar. So pastikan tepung tebal diluar. Atau boleh juga mengaulkan coklat ganache dengan tepung sebelum disumbatkan ke dalam bun atau sebagainya.
Mungkin anda mempunyai pelbagai idea untuk mempelbagaikan lagi hidangan coklat ganache ini. Tentu lebih seronok dengan idea atau kreativiti sendiri.
Jika anda menyukai resepi ini, klik la button like dan kongsi dengan rakan-rakan menggunakan button share dibawah. Kalau ramai suka, barulah bersemangat nak kongsi lagi resepi-resepi special yang lain
.
NANTI DULU, jangan lupa resepi best percuma dari saya
.


















Whipping cream boleh dibeli dengan mudah di hypermarket. Salah satu contoh whipping cream seperti gambar dibawah
lain-lain jenama boleh ke?
Boleh.. no problem cik darina…
satu lagi….
anda boleh mengubah resepinya..
jika mahu lebih cair, tambahkan lagi whipping creamnya..
jika nak lebih pekat, tambahkan lagi coklat masakannya..
sebab kita perlu memperbaiki resepi ialah setiap bahan dari kilang yang berbeza mempunyai kualiti yang berbeza. Contohnya whipping cream dari kilang A mempunyai kepekatan yang tidak sama dengan whipping cream dari kilang B.
Ble x guna resepi utk ‘chocolate on the spoon’ sbg gift? Lps keraskan dlm peti sejuk, choc jd cair sgt ke?
Kurang sesuai la cik Azian… ia akan lembut seperti jem dan boleh melekat-lekat pada plastik……. tq ya
emm, kalau coklat masakan 2 digantikan dgn coklat biasa cam cadbury ke apa, boleh x?
Tidak boleh… coklat masakan mudah dibeli dihypermarket…
mcm sedap jer
mmg sedap.. lagi2 buat jem coklat… menjilat jari..
kalau whipping cream kurang dari sukatan di beri tu mcmana jadinya ?
Boleh.. tiada masalah..
lebih pekat hasilnya…
nampak sedap dan senang dibuat!
Yap cik sasa. mmg sedap dan mmg senang
senang nak faham step2 nye & insyaallah akan try resepi ni
Selamat mencuba cik Nora.. semoga berjaya
simply the best…saya pasti akan cuba…
saya nak tanya…coklat ni boleh letak atas kek tu kan??lepas tu die keras kan?
Benar tu cik Pcha.. coklat ganache yg diletakkan di atas kek.. memang sedap…
selamat mencuba
sye ske bce blog encik hairul ni…byak info yg bleh sye dpat…best sgat…nti sye cube starter kit taufufah tu..;-)
tq cik Sayz.. semoga blog ini menceriakan lagi hari cik sayz…
tq juga kerana berminat dgn pakej taufufah saya..
Insyaalah.. sayz mesti suka nanti..
saya suka resepi ni krn saya suka semua yang berasaskan coklat..tq en.hairul..
tima kasih kembali cik nuri…
saya pun memang pengemar coklat…
sebenarnya koko dan coklat mengandungi sedikit kafein semulajadi..
yang menyebabkan ketagihan.. namun kandungan kafeinnya rendah…
mmg sgt mudh dan semue family sye suke!!! thanks!!
saya tumpang gembira.. keluarga cik atiqah sukakanya.
memang sedap terutama dijadikan jem disapu pada roti….tq
Apo ni tk ado resepi ni
aku boring ni den nk tes nk buat coklat
pandai
Test.. jgn tak test en Khirul….
..
semoga berjaya…..
salam.. whipping cream blh ganti bhana lain tak? susu pekat ke susu kotak ker???
Wsalam..
untuk resepi diatas, tidak boleh guna susu kotak..
kena cari whipping cream.. kat hypermarket atau kedai jual bahan kek dan roti ada jual..
dark chocolate ke milk chocolate?
dark chocolate sensei…..
..
ala beli je coklat masakan kat hypermarket tu…
salam…
ada tak resepi coklat yang x guna coklat masakan, shortening dan whipped cream/ fresh cream? Al maklumlah zaman sekarang barang2 bukan dibuat oleh orang Islam yang confirm x tau apa itu halal,haram . Jangan marah ya…
Wsalam….
Memang benar tu cik mawar, kebanyakkan barang ini diperbuat oleh bukan Islam..
setakat ini kita hanya bergantung pada logo halal sahaja.
Mungkin cik mawar boleh usahakan buka kilang coklat dan shortening…
kalo saya ada rezeki, saya pun nak produce benda2 nie…..
p/s: agak2 dalam peti ais cik mawar, brp byk ye bahan2 diperbuat oleh org islam
Betul Hairul. contohnya Tepung dan mentega merupakan bahan kegunaan harian rakyat malaysia. Kalu tengok pada sykt yg buat bahan2 ni rasanya mereka bukan muslim. Kita cuma bergantung pada logo halal. Sya pun harap cik mawar usaha kan utk buka kilang coklat & shotning sendiri. Sya akan memberi sokongan dgn membelinya :-p
Shortening, felda ada buat. Makcik saya bagitaw… tapi saya lupa nama brandnya… Marina ke ape… Semoga lebih ramai orang islam membuat sendiri bahan2 ini.
salam hai abang apa khabar.Sedapnya hingga menjilat jari saya melihat coklat buatan abang
wsalam.. saya baik je
…
Cubalah buat en. Fakhri.. memang sedap…
salam.bgus resipi en hairul hisham.tanz sbb share.
agak2 untuk resipi kat atas tu brape kos smua ye?
saye berminat nk bljar.;)
wsalam.. oh tak pernah pula saya mengiranya…
dalam pakej taufufah saya ada teknik pengiraan kos dan break even point….
semoga berjaya wat coklat ganache ye cik adib…
salam..
saya berminat nak dapatkan e book cara membuat soya dan taufufah, bagaimana cara nak mendapatkannya dan bagaimana cara bayarannya, boleh saya dapatkan hp no untuk menghubungi en hairul, sekian terimakasih
Tima kasih kerana berminat cik sanisa..
Sebenarnya cara pembelian semua ada di dalam laman web http://www.rahsiataufufah.com
maklumatnya ada di laman web ini: http://www.rahsiataufufah.com/beli70.html
hp saya: 013-7757915
kalau x bubuh whpngcream xpe x? n satu lagi…mcm mana nak tau coklat tuu ok ke x lagi untk dgunakan?
Untuk hasil yg sedap.. gunakan whipping cream…
biasanya coklat masakan nie tahan lama…
tapi kalo rosak, bau dan rasanya berlainan…
kenapa msti masukkan butter..?
ia menjadikan ganache lebih licin, cantik dan berkilat….
ouh…tima kasih for ur information..
U welcome…..
Kalau letak gula,ok ke?
Tak perlu cik sue sebab memang dah manis.. tq ya..
saya nak buat untuk filling apom dot2…thanks ya resepi…
Selamat mencuba cik Zura
Terimakasih kerana berkongsi resepi chocolate ganache. Boleh saya cuba nnt….
Selamat mencuba cik hafizah
klu nak tahan lama xleh ka….cth nak sapu pada roti mesti nak lama tahan
Ia mmg tahan laman dalam 2-3 hari diluar peti ais..
..
tambahkan madu juga menjadikan ia lebih tahan lama dan lebih berkilat…
selamat mencuba cik gee..
En Hairul…whipping cream dgn heavy cream sama ker..sy keliru la
Heavy cream nie lebih lemak dibandingkan dgn whipping cream…. mana2 boleh digunakan…
Dihotel dulu saya gunakan yg spt gambar kat atas sekali tu…
Salam en.Hairul …
Terima Kasih atas perkongsian resepi2 yang mudah di buat dan sedap ini.
Saya dah cuba beberapa resepi en.Hairul , Kek batik lazat , tepung goreng rangup , dan yang terbaru saya cuba resepi coklat ganache ini . ianya mudah dan bahan2nya mudah pun mudah di dapat .Selain sebagai sapuan diatas roti sandwich , saya juga cuba sebagai inti karipap sandwich goreng , sedap juga . Karipap sandwich goreng ini selain inti coklat , juga boleh intinya mayonis telur .
Terima kasih sekali lagi atas resepi2 mudah ini .
Wsalam. mmg sedap coklat ganache nie terutama utk sapuan di atas roti sandwich…
hebat cik asiah nie.. mempelbagaikan lagi dgn hidangannya.. tentu sedap kan
Terima kasih, lama dah cari resipi ni…anak2 mesti suka…ada tak resipi whipped potatoes mcm kat kfc tu…
tima kasih kembali.. selamat mencuba ya
salam ukhuwah…
saya pernah buat coklat ganache ni..
saya salut pada kek pisang…
sedap..erm…
saya letak madu sedikit utk nampak lebih berkilat,,,
Wsalam cik ana.. wah tentus sedap ngan resepi pisang bersalut coklat.. yummy.. :
memang benar cik ana… madu menjadikan coklat ganache berkilat dan tahan lebih lama tq ya…
nak tanya..kalau nk guna utk filling apam poladot sesuai letak coklat yg cair atau yg dh keras?
Lebih elok buat toping diatasnya slps ia masak.. tapi nanti jadiklah apam polkatopping… he.he.he
sedapnyer cOklat !! /….
Mmg sedap
Sy diajar oleh tokei bakeri untuk buatkan chocolate fondue yang jimat dan cair untuk pancuran chocolate fountain. Rupanya yg diajar tu chocolate ganache lah ye! Baru la mak tahu nihaa..
2 soalan:
1) Sy terbeli “milk chocolate”. Klo isi whipped cream (jenama anchor tu), lebih makin terasa susu la yek?
2) Resepi yg En Hairul ajarkan, 1kg choco + 600ml whipped cream, sedangkan tokey tu ajarkan 1kg choco + 250ml whipped cream shj. Pd pndangan En Hairul la kan.. camne nak alter bg sedap kita salut satay strawberry dlm chocolate ganache ni? Sy sukakan rasa chocolate yg terasa lemak dan terasa pahit2 sedikit chocolate nya.
TQ
Oh… ada nama lain rupanya…
. baru saya taw…
biasanya milk chocolate utk chocolate homemade dan buat coating…
Kalo nak salut buah strawberi.. tak perlulan buat chocolate ganache..
just cairkan milk chocolate guna double boiler dgn teknik yg betul… pastu salut sahaja strawberi tu..
Salam… Alhamdulillah… macam best dan sedap coklat tu… nanti sy nk cuba lah..
Terima kaseh encik hairul, saya ambik yg haq saja ya ^_^
Wsalam Yuseri… InsyaAllah sedap dan menyelerakan… selamat mencuba..
Blog ni mmg best ler..pasal coklat ni akak nak tanya..
akak terbeli coklat compound Salborne (tak tu eja betul ke idak) dgn whipped cream..boleh ke akak wat ganache untuk toping coklat cake?
Untuk resepi nie kena guna coklat masakan atau dark chocolate compound cik su..
kalo akak dah terbeli milk chocolate compund… gunakan je la.. tapi hasilnya lebih cair… boleh juga kurangkan whipped cream. selamat mencuba..
kalau saya gunakan coklat masakan milk chocolate boleh tak? biasa yg saya beli coklat masakan ada 2 jenis dark chocolate n milk chocolate?
Resepi diatas untuk dark coklat… kalo dah terbeli .. boleh juga buat.. tapi kurangkan whipping krimnya…
klu guna choc ganeche utk wat choc biasa leh x,utk inti dlm choc
BOleh cik nurul untuk filling dalam coklat.. tapi elok lebih sedikit whipping creamnya untuk ia lebih cair…
salam memang sedap nampak nya bmi saya akan bertambah lah
Makan sekali sekala, ok la Cik zealazala…
whaaaaa..bestnye… mak sy teringin nk blaja..da tahu da secret die..hahaha! coklat da standby ni.. xsbr nk buat! yeah! XD
Yeahh.. mak ngan anak boleh la buat nanti ya.. semoga berjaya cik Junior…
sesuai tk klu nk masukn dlm acuan choclate
oh tidak sesuai la cik feyda…
terima kasih kongsi resepi.kalau x guna dark choc tu boleh tak?guna coklat masakan yg biasa jer..ada beza tak rasanya ataupun xkan menjadi tanpa dark choc??
Oh.. mana-mana boleh guna cik hanyin..
samada coklat masakan atau dark coklat… tetap sedap
klu nk bg perasa kt coklat kene mix ngn ganache. ganache ni boleh buat filling untuk coklat x?
Coklat ganache lebih lembut..
boleh juga dijadikan filling coklat homemade….
dan ia lembut lagi.. tambah lagi whipping cream…
Assalamualaikum en hairul
saya minat la cara encik tunjukkan resepi masakan encik ada buat penjualan buku masakan
wsalam cik fiza.. terima kasih kerana sudi membaca blog ini..
Oh.. video ebaook masakan saya semua ada di sidebar kanan blog ini.. tqvm ya
choc ganache nie tuk kek berapa kg ea..
beberapa2 kg pun boleh cik wawa…
salam en hairul..bl dh cairkan choc nie seelok2nya bl bleh tuang kat kek…kena tgu choc tu sejuk dlu ker @ leh terus tuang..
Tuangkan semasa ia masih cair. Biasanya semasa sedikit panas… selamat mencuba cik wawa.
lg 1 en hairul,bleh x sy gantikan dark choc dgn white choc dgn menggunakan resepi yg sme…
saya pun tak pernah cuba utk white coklat…
tapi White choclate lebih lembut cik wawa… Mungkin sukatan whipping cream kena kurangkan..
kena try and test
en hairul, coklat ganache ni boleh buat sbg coklat dip ke?
lain tu cik haja
oooo..ye eh..kalu coklat fondue tu kite leh wat sndiri x?
boleh celup pada coklat homemade je.. kalo nak belajar lawati laman web http://www.buatcoklat.may.my
salam cik..saya nak tau cara2 buat chocolate frosting yang mudah dan ringkas untuk di jadikan hiasan ataupun toping di atas cupcake
wsalam cik shakilla… artikel nie hanya untuk chocolate ganache sahaja……
hi,,salam en,hairol..saya memang x pandai bt kek sebelum ini,br nk belajar la ni..saya nak tahu macam mana nak dapatkan whipping cream? adakah ada di jual yg bentuk segera atau kita kena buat sendiri whipping cream tu..saya teringin nak buat birthday kek untuk anak perempuan saya kek coklat bersalut coklat ganache resepi en.hairol..pls help me..tq ye…kueh seri muka sy dh try ermm..sedapnyer..
wsalam…. whiping cream ini boleh di beli di kedai bakery… tapi skrg di kebanyakkan hypermarket ada jual whipping cream.. tapi pastikan ada tanda halal
terima kasih dgn maklummat anda..sy akan segera ke kedai bakery ptg ni..terima kasih
Semoga berjaya ya
mcm mne ea nk wt coklat berbentuk2…
artikel ini hanya untuk coklat ganache.. sahaja
salam en.hairul….coklat nie bleh x salut kat biskut almond london???
sesuai wat cair atau pekat skit….
tq
Oh.. mmg tidak sesuai…
Assalamualaikum,kalo kita guna coklat compound lagi sedap kot daripada coklat masakan..
Sudah tentu dan harganya pun lebih mahalkan..
Oooo jadi boleh jugak guna coklat compound…tq
ya boleh…
…
Yap.. sebenarnya boleh..
masa dihotel dulu saya gunakan coklat yg tiada label…..
so bila buat thread nie.. ramai tanya pasal coklat compound dan bila saya try.. ok.. lebih kurang sama jee……
guna serbuk koko ganti cooking choc bleh x?
setahu saya tidak boleh lah cik norliza..
klau tak guna whipping cream dan gantikan dengan creamwell boleh ker??
Rasanya tak boleh la cik nana…..
klau kta jual hasil jualan mesti untung…btul x
Betul tu.. confirm untung cik firhana…
klau aiskrim goreng….kita bekukan dlm petisejuk selama 2jam…tetapi ia cair ….bagaimna kah cra.untuk buat aiskrim itu tidak cair
aiskrim goreng.. memang kena terus goreng selepas dikeluarkan dari peti ais… lepas goreng kena terus makan…
x..duduk dlm peti ais pun ddia dah cair sikit.???
kalo duduk dalam peti ais bahagian beku pun dah cair.. tu maknanya kena beli peti ais baru tu…
oooo…..tq
tqvm kembali
ade x whipping cream yg halal?jenama ap?
Whipping cream yg saya tunjukkan diatas.. ada logo halal. Jgn risau kerana pihak jakim ada teknologi utk kesan dna babi
..
p/s: kalo kita tak percayakan jakim, nak percayakan sape lagi… tak kan nak percaya citer-citer yg disebarkan yg kita tak tahu asal usul kebenarannya..
Assalamualaikum … apa beza antara coklat + susu cair dgn coklat + whipping cream? akak tgk lebih kurang sama je. ke ada kelainan yg akak tak nampak?
Saya tak pernah pula cuba susu cair. Sebab kat hotel dulu mmg guna whipping cream
Yang +susu ni akak belajar masa g kelas membaking. Yang +whipping cream tu, tgk kat tenet. Jimat skit guna susu, murah … =)
Tima kasih di atas info nie.. lepas nie boleh lah saya cuba guna susu pula… kalo sama rasanya tentu lebih jimat kan..