Resepi butter prawn. Resepi mudah paling sedap.

butter prawn

Nak cuba buat resepi butter prawn tak?. Mudah je membuatnya, jika tahu caranya. Jom try resepi saya. Resepi saya ini agak berbeza kerana telah diubah suai mengikut citarasa saya. Anda juga boleh mengubah suai lagi mengikut citarasa anda. Ya, boleh diubahsuai. Tiada siapa nak marah :D.

Terus terang, saya tidak pernah membuatnya semasa bekerja di cold kitchen dan pastri kichen dulu. Saya baru memcubanya pada awal 2010. itupun di atas permintaan rakan kerja sepejabat. Mereka juga minta saya buat video atau panduannya. Macam-macam la diaorang nie. Dah lebih setahun berhenti kerja, baru tergerak nak membuat panduannya. 😀

Kisahnya begini. Pada mulanya, seorang chinese memberi resepi tersebut untuk saya cuba. Lepas saya tunjuk gambar butter prawn saya. Excited betul seorang akak melayu melihatnya. Dia pun mencubanya. Tapi malangnya hasilnya kurang menjadi. Sebenarnya resepi asalnya agak leceh sikit dan boleh menyebabkan kesilapan. So saya ringkaskan dan permudahkan agar sesiapa sahaja boleh membuatnya dengan baik. Resepi ini lebih mudah.


Resepi Butter Prawn

.
bahan bahan


.

Bahan-bahan Resepi Butter Prawn

4 biji Kuning Telur
100 gm butter (unsalt atau salt)
1 Sudu Serbuk Kunyit

500gm Udang Harimau (Dibuang kepala)

4 Ulas Bawang Putih
6-10 biji Cili Padi
3 Dahan Daun Kari

1. Sudu Serbuk Kari (Optional)
5 sudu Susu Cair
Garam dan Gula Secukup Rasa

Sebelum kita mula membuat resepi butter prawn. Elok sediakan bahan-bahan dibawah:

* 500gm udang harimau dibasuh dan dibuang kepala dan satu ekor tajam.
(Jangan buang semua ekor pula ya, hanya satu ekor tajam dibelakangnya)
* Pecahkan 4 biji telur dan ambil kuningnya sahaja. Boleh asingkan guna tangan.
* Seterusnya pukul kuning telur sedikit sahaja. Jangan pukul banyak nanti hasilnya hancur.
* Tumbuk lumat bawang putih dengan cili padi dengan lesung. Boleh juga cincang sahaja.
* Asingkan daun kari dari dahannya. Kita guna daun sahaja.
* Serbuk kari optional untuk menambah kelazatan masakan ini. Memang lebih sedap.
Tapi kalau tanpa serbuk kari, lebih cantik bahagian dalam butter prawn.
.


Cara Membuat Resepi Butter Prawn

.
cara tuang

Langkah 1: Panaskan kuali bersih dan masukkan 100gm butter. Guna api sederhana. Setelah kesemua butter cair, tuang kuning telur ke dalam butter cair. Tuang pada jarak tinggi dan tuang sedikit-sedikit secara berterusan. Semasa menuang tangan kanan mengacau butter cair terus menerus tanpa henti. Setelah kesemua kuning telur dituang barulah berhenti mengacau. (Kacau seperti membuat putaran. Elok guna senduk kuah)
.

tapis dan angkat

Langkah 2: Masukkan 1 sudu serbuk kunyit ke dalam kuali. Dan kacau sama rata. Selepas telur tersebut berwarna kuning keemasan, matikan api dan angkat menggunakan penapis besi. Kita cuma ambil telurnya sahaja. Lebihan butter cair tidak lagi digunakan. Saya ingatkan, angkat telurnya sebelum butter cair tu membuak-buak keluar ya.
.

tumis

Langkah 3: Panaskan kuali baru dan masukkan 4 sudu minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan 1 sudu serbuk kari daging dan sedikit air paip. Masak sehingga naik minyak seperti dalam gambar di atas. Seterusnya masukkan 5 sudu susu cair. Kalau nak resepi butter prawnnya basah, tambahkan lagi susu cairnya.
.

gaul bahan

Langkah 4: Sekarang masukkan udang harimau, daun kari dan separuh kuning telur yang dimasak pada langkah satu tadi. Gunakan separuh kuning telur sahaja sebab separuh lagi akan digunakan untuk menghias hidangan ini nanti. Seterusnya kacau sehinga sama rata. Nak cepat masak, besarkanlah apinya. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa. Setelah udang harimaunya masak, bolehlah dihidangkan. Hampir siap resepi mudah ini.
.

hidangan siap

Langkah 5: Langkah terakhir, letakkan butter prawn ke atas pinggan. Kemudian taburkan separuh lagi kuning telur ke atasnya. Boleh juga hiasi hidangan dengan bunga cili. Saya ada buat video bunga cili sebelum ini. Elok tinggalkan sebentar dalam setengah jam sebelum dimakan. Agar rempahnya menyerap ke dalam udang.

Siap, mudah bukan. Cubalah. Tentu sedap dengan air tangan sendiri.

.



Email Rakan Email Rakan   
Anda Di Alu-Alukan

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda sukakannya.
2. Anda boleh kongsi artikel dgn klik button share di atas atau share url link
3. Untuk button "Email Rakan", anda boleh email kepada diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian forward kepada rakan anda.
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Jom Sertai Fanpage Blog Ini
Anda akan dapat resepi percuma dan artikel terbaru.
Hanya klik button Like Page dibawah:


Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja



Jom Belajar Bisnes Bun, Pau Dan Pizza, Klik Disini >>>>



Jom Belajar Bisnes Kek & Deco, Klik Disini >>>>



Jom Belajar Bisnes Putu Piring, Bambu dan Mayam. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Air, Dadih dan Dessert Hotel. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Roti Canai Dan Murtabak. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Aneka Cakoi dan Donut. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Aneka Taufufah dan Air soya. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Buat Website dan Grafik. Klik Disini >>>


Ruangan Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Slalu tringin nk buat…tpi tkut nk cube sebelum ni, tkut x sdap..hehe..insya Allah nti sye nk cube buat ikut resepi ni…

  2. sy sukeeee sgt butter prawn..
    tp kedai makan melayu jarang lak de wat
    sebelum ini, egat nk try wat sendiri, tapi mcm xyakin
    ini dah ade guide yg complete bulehla cube nnt..huhu..

  3. klu udangnye dibuang semua kulinya ok ke??
    coz hb sy lbh suka klu udangnye terus dimkn, mls nak kopekla katekan..
    n 1 more, klu susu tu tukar santan leh ke? mn lg better?
    tlg bg pendapat ckit..

    • Boleh juga dibuang kulit udangnya.
      Tentu rempahnya lebih mudah menyerap ke dalam isi udang.
      cuma nanti hasilnya kecik-kecik udangnya :D.

      Mula-mula ingat nak bagi resepi guna santan.
      tapi saya rasa, lebih sedap guna susu cair.
      Mmg boleh diubahsuai resepi ini mengikut citarasa kita… 😀

  4. emm..mesti sedap resepi ni..tq for sharing this recipe..

  5. rosilawati sheila

    mnyak butter lebihan goreng tlur tdi tk bleh guna untuk seterusnye ke?

    • Kalau guna semula lebihan butter cair…. nanti tumis bawang putih, ia cepat hitam atau hangit la…. nanti rasa dan warnanya kurang menarik…. tapi kalo nak pakai juga pun boleh cik rosilawati 😀

  6. as salam….

    thanks ya utk resepinya. suka makan tp tak tau buat…so lepas ni boleh la cuba.
    cuma nak bertanya sikit, dlm langkah 5 di atas ada menyebut..”tinggalkan dalam setengah jam sebelum dimakan, agar rempahnya menyerap ke dalam udang”.
    adakah ini bermaksud yang selepas udang ditumis dgn rempah kari tersebut, dibiarkan selama 1/2 jam dan kemudian baru dihidangkan ke, atau bagaimana…maaf kurang faham.
    terima kasih sekali lagi.

    • Wsalam.. lepas nie boleh makan buatan sendiri ya cik suzaimah..
      Oh yg langkah 5 tu.. mana2 boleh…. lepas udang siap dimasak atau siap dihidangkan, tinggalkan sebentar sebelum dimakan…
      Kalo terus makan.. isi udang kurang rasa rempahnya la.. 😀

  7. nampak sedap jer bro

  8. Salam, kalau kita guna bekas roti jala(untuk masukkan adunan roti jala) utk telur tuu agak2 boleh jadi ker tidak?

    • Wsalam.. boleh juga guna bekas roti jala jika ada…. yg penting ia dituang sedikit2 secara berterusan. dan jangan lupa senduk dikacau terus menerus sehingga habis dituang ya.. selamat mencuba cik noor…

  9. tuk..tuk..
    mana tuan rumah saya lapar nak mtk skit leh hee..bukan sy nak mkn tapi anak nak heeee…

    resepi mudah main lebur je ni kata org melaka main campak2 dlm kuali heeee

    • he.he.he.. terasa mcm kat sebelah je rumah kita je… :D…
      Kalo anak2 cik suri tgk.. mesti dia kata .. nak mama..nak mama…

      p/s: kebanyakan masakan melayu.. mmg campak2 je…..

  10. sy mmg suka mkn butter prawn tp ramai yg kt susah nak buat..
    nnt nak cubalah…
    insyaallah menjadi…

  11. sedapnya….sy pernah cuba buat menu ni masa bulan puasa yg lepas..tp tak sehebat yg dlm gmbr ni 😀

  12. tq bg resepi yg mudah n sedap..InsyaAllah sy akan cuba buat nti..sedapnyeee

  13. pehh, mesti sedap nih..

  14. Salam Hairul,
    Ni memang menu favorit keluarga. Pernah buat tapi tak menjadi telurnya. Dalam gambarcara yang Hairul tunjukkan diatas, Hairul menggunakan sendok kuah semasa mengacau telor dikuali; adakah ini satu kemestian atau bolih guna sebarang sudip (seperti yang Hairul gunakan untuk menumis bahan2 lain untuk masak udangnya?)
    Harap dapat tips2 yang diperlukan? Terima kasih Hairul.

    • Wsalam cik mahani. Yap, guna senduk kuah lebih mudah mengacaunya dengan lebih baik. Kacau spt buat putaran.. Oh .. elok saya masukkan dalam artikel diatas.. tq ya… 😀

  15. alap bana reso ni(bahasa bajau-sedap betul rasanya) chef..nanti saya cuba untuk hidangan keluarga. Dapatkan komen kelayak ramai baru bole dimasak direstoran. termia kasih & bagilah lagi resepi yang power2 & terhangat dipasaran

    • Benar tu en ramdan.. dapatkan komen ikhlas dari rakan dulu baru boleh jual..
      takut tekak kita je yg sedap.. selamat mencuba..

  16. Hmmm..mmg nampak mahal & sedap….mesti cuba nie..terima kasih sebb sudi berkongsi resepi…kalu ada yang best2 lagi jangan lupa kongsi ya…

  17. lapar plk bro..harni khamis …nak makan ape yer?? bri klu masak tu bt panggang blh tak?adakah rasa udang tu akan lari??

    • Kalau pangang sampai hangus.. mmg lari homerun udangnya…… :D…..
      Try la dulu cik suri.. baru taw lari ke tak .. gurau je ye…

  18. selalu try tp x mjadi sebelum ini :D,tp sya try lgi ikut resepi awk bg ni plak,tq 😀

  19. Salam hairul.
    Seronoknya sya tengok kamu memasak ni.

    Bab resepi ni saya pun pernah cuba. tapi kenapa ya susah benar nak jadi bab kacau telur tu. tak sama macam kita makan kat kedai seafood. Yang saya buat, telurnya jadi seperti telur hancur. Fail terus..huhu…. Mungkin sya tak tarik tinggi adunan telur tu (spti gambar di atas)

    • Wsalam.cik mekar….
      Kalau tak mahu telurnya hancur…. boleh cuba tips dibawah:
      1. jgn pukul telur byk sgt.. nanti urat2 halus dalam telur tu hancur .
      2. semasa menuang tu pastikan senduk tak berhenti mengacau
      3. butter cair dah benar2 panas…
      4. Guna telur baru
      5. Tuang tinggi.
      semoga membantu cik mekar… 😀

      • Oh.. patut la tak pernah mjadi. rupanya 5 tips ni saya tak pernah ikuti. Yg no 1 tu maksudnya “jangan pukul LAMA sgt ke atau qtt telur yg byk?”.hehe, terima kasih hairul atas tips tu :-)

  20. Memang terangkat resepi tu. Nak tanya, baru-baru ni makan butter crab kat kedai siam, dia punya butter n egg tu halusss jer n kering cikit. Ingat nak buat versi prawn plak. Cam na yer nak bagi kering cam tu????

  21. sedapnyee..kena g beli udang la nampak gayanya ni…thanx

  22. tq Hairul 4 the resepi tu…dah lama saya cari…cara u ni mcm senang, nnti saya cuba…

  23. nampak lazat.. sedap ke bro? siap ada butter lagi.. kena cuba ni..

  24. wah nampak sedap!terliur tengok..hehee…
    nanti nak cuba jugaklah…cuma ciktom xleh makan sgt udang…alergik seafood..hee..
    bgs siap ajar bergmbr lg..

  25. Wuaaa.. seleranya tgok masakan butter prawn.
    Udang harimau tu. nyum2..
    Pandai hairul memasak.
    Cara2 memasak pun ditunjukkan sekali.
    Honestly, sy x pndai memasak. 😉
    Tahu nak makan je ;p

  26. salam,
    boleh tau, ia sepatutnya garing atau basah2 gitu??

    • Biasa cik ha…. ia dijual garing atau kering…
      namun ada juga yg masak basah. terpulang pada citarasa cik ha…
      selamat mencuba ya 😀

  27. Waaaahhhh…siap ada step by step tuuu..Thanks sudi share resipi kat sini…

  28. Boleh buat video tak

  29. wee sdapnyer.. balik rumah nnt nak try msakla.. skrg kat hostel.. cme blh tgk gmba je la ..

  30. wah nmpk sedap!

    Tp knp perlu tuang kuning telur dgn jarak yg tinggi ye?
    Ada apa2 petua org tua?

    • Tuang tinggi nie untuk memberi tekanan pada kuning telur yg masuk ke dalam butter cair panas..
      bila tekanan kuat.. lebih halus kuning telur floss nye…
      eh.. nak petua apa nie cik bee…. kalo petua tambahan resepi.. ini dia…

      1. jgn pukul telur byk sgt.. nanti urat2 halus dalam telur tu hancur .
      2. semasa menuang tu pastikan senduk tak berhenti mengacau
      3. butter cair dah benar2 panas…
      4. Guna telur baru
      5. Tuang tinggi.
      semoga membantu cik bee.. 😀

  31. sya da lama berminat nk wt butter prawn ny tp slalunyaresipi yg sy dpt berbelit2. tp yg ny sy tertarik sebab bhn yg simple n caranya agk mudh. cuma sy xfhm yg bab kacau tlor tu. jgn kacau semua? ker sy yg xphm arahan?? hehe…
    minx explain =)

    • Mudah je cik eila.. masa tuang telur kuning tu…. kacau dengan senduk pada butter cair tanpa henti.. kacau spt buat bulatan…
      Selamat mencuba… 😀

  32. terima kasih…..nampak sedap betul untuk dicuba

  33. ok memang best nanti cuba lah buat terima kasih ye ..

  34. chii jrang mkn udang..nnt gatal..tp klo di gntikan ngan ayam..errr..bleh kan.

    pastu apa sebab tuang kuning telur tu dengan jarak yg tinggi eh. ada sebab2nya ya?

    pape pun..resepi ni nmpak sgt menyelerakan

    • Kalo allergic makan udang boleh gantikan ngan ayam…
      tapi elok goreng separuh masuk dulu ayamnye cik chii..
      Ohh.. jarak yg tinggi tu untuk bagi floss nye lebih halus….
      selamat mencuba ya.. 😀

  35. Kawe suka benar butter prawn nie. Kalu pegi seafood restaurant tak pernah miss order. Tak tahu lak ada blogger yg pakar pulak masak makanan nie.. Boleh order online ker?

    • He.he.he.. daripada bro order online.. baik bro makan kat seafood restauran..
      panas dan freshh…

      simple je buat dia bro.. try la. insyaAllah jadik tu.. 😀

  36. Tq for the recipe.. Nak confirm je ni…. resepi ni guna 3 dahan daun kari atau 3 tangkai daun kari… confuse ni….

  37. best..nak try..tq

  38. tqvm beri resepi ni hairul..dah lama nak cuba…last year ada makan ‘butter prawn’ ni masa dinnner…sedap pulak…tgk resepi hairul mcm mudah jer..nk cubalah..

  39. Salam Encik Khairul

    Akak nak tanya boleh tak nak copy paste resipi butter prawns ni? nampak sedap nak cubalah tapi bukan sekarang jafi akak nak simpan dulu resepinya

    Nat

  40. Best. Buat sempena hari raya aidiladha. makan dengan nasi beriani dan ayam masak merah… hingga menjilat jar..
    Thank you atas resepi ni

    • Wah mesti bertambah meriah hari raya haji bersama hidangan butter prawn nie..
      perghh.. siap ngan nasi beriani.. tentu menyelerakan…. tq cik Imah…

  41. Sudah 3 Kali saya masak butter prawn (wet) tidak menjadi sebelum ini…tapi nmpk butter prawn kering resepi ni mcm senang tp kena Cuba dulu…takut sama nasib time masak wet butter prawn dulu..

    • Cubalah resepi cara saya pula cik Aiza..
      cara saya lebih mudah dan insyaAllah menjadi
      sebab dah ramai yg buat menjadi.. selamat mencuba… :D.

  42. tkasih sudi kongsi resepi ini, saya dah cuba, memang sedap, saya terlupa susu cair tapi dah sedap, kalau ada susu cair tu lagi sedap, nak try lagi sampai puas makan, anak2 sangat suka..

  43. Senangnya resepi yang En. Hairul kongsi bersama, sy akan cubanya, rasa memang sedap…
    Terima kasih, insyaAllah lepas ni nanti sy beri komen masakan sy sendiri.

  44. sya mesti cuba nampak pun sedap n yang tadi tentang resipi kek batik tu saya la x leh buka

  45. hari minggu lpas saya cuba resepi ni, sedap cuma telurnya krg cantik, husband biasalah nak mmuji pyh sungguh,kdg2 frust gak. Tapi yg pasti dia makan tambah n habis siap tanya lagi mana dpt resepi ni, i pun ckp ingat apa x pandai ke? terus diam. Apa 2 pun TQ untuk Hairul

    • Tahniah puan kerna berjaya buat butter prawn..Org laki nie puji dalam hati je..he.he.he….
      tak pe la puan… insyaAllah pahala masakkan org makan nie besar.. tq kembali…

  46. alhamdulillah..mmg sedap…da try semalam…terbaik!! 1st time wat terus jadik..happy betul…lepas la anak tekak ni dari mengidamkan butterprawn tu..just nk try teknik utk menghaluskan lagi serdak dia tu..syukran jazilan chef!!

    • Tahniah buat Rayyan. Mudah kan membuatnya. Oooo floss tu.. kalo tuang tinggi dan sikit2, insyaAllah lebih halus egg floss nya… tqvm. 😀

  47. Dah lama tau resepi ni, tapi belum pernah cuba, nampak mudah. Agak2 selain dpd nasi, sedap makan dgn apa ye…? Mcmmana makan dgn sup cendawan berkrim dan roti garlic yg di bakar sekejap..? Rasanya lebih sedap jgn dibuang kulit udang dan ditutup sekejap semasa memasak….cadangan saja…tq sbb ikhlas ajarkan resepi ni..

    • Cara ini lebih mudah.. ramai yg dah berjaya membuatnya…
      Mmg seronok bidang masakan ini, kita boleh mempelbagaikan hidangan kita mengikut kehendak kita..
      selamat mencuba cik Rahimah.. 😀

  48. Ni resepi paling detail pernah saya jumpa. Terima kasih, insya allah akan dicuba!

  49. Memang menarik best resipi butter prawn nak praktik nanti

  50. sdp2..arini sy pn wat butterprawn

  51. slm khairul nape saya buat telur yg di goreng x jadi rangup mcm kt kedai,tapi lembik je bla dh sejuk?

  52. Salam tuan,

    Mohon izin ambil resepi butter prawn yang sedap ini.

    Terima kasih

  53. salam. tqvm entah mcmana termasuk ke site ni. memang dah rezki nakdpt resepi ni ya. saya memang penggemar butter prawn, dulu2 selalu order. tapi tak pernah ada kat restora melayu. ralat jugak, sbb tak pandai buat sendiri. now, insyaallah akan di cuba. cuma nak tanya; hanya sesuai guna udang harimau aje ke? atau boleh guna apa2 udang, Ya. t.kasih.

    • Mmg sgt beruntung cik siti memasuki blog ini. he.he.he..
      Sebenarnya boleh guna apa sahaja.. nak guna ayam goreng pun boleh.. 😀

  54. Tried the recipe …appears fmly like it :comment …boleh buat lagi lain kali! Alhamdullilah…

  55. saya nk sgt mcuba resipi nasi dagang@kuahnye…ade x kt sini?

  56. memang menarik resipi butter prawn ni..makan kat hotel punye la mahal…kali ni insya-Allah nak cuba buat sendiri…terima kasih kerana berkongsi resipi…

  57. Looks really good. Something to try for sure. Just shared it with my list of FB friends.

  58. Saya Sudah mencuba sangat sedap keluarga semua amat Suka Dan amat Senang membuat Nya tqvm

  59. resepi yang paling saya nantikan dan teringin nak cuba.Terima kasih atas perkongsian ini,insyaallah akan dicuba

  60. assalamualaikum, tk Hairul utk resepi ini. sya suka sbab mudah mbuatnya dan mejadi kegemaran kluarga.

  61. wow… walla…. resepi nie mmang sedap dan mudah disediakan…
    saya dah try & memang menjadi… even anak-anak mintak buat lagi…
    thanks so much for the recipes…

    • tima kasih kembali krn sudi mencuba Puan Ina… resepi ini nampak ringkas tapi insyaAllah sedap. Syukurlah keluarga Puan Ina sukakannya… 😀

  62. tak sabarnya nak cuba,,,,harap 2 menjadi seperti yang ada dalam gambar ni…mesti best,,tq sebap sudi share resepi ni,,

  63. Hm…ni first time nk buat ni..for my anniversary tonite..hopefully menjadi..pray 4 me..heee..tq Hairul.com

  64. Penah keje kat hotel,
    ade chef wat kat sana… sedap..
    harap resipi chef hairul punbesh…
    Cume rupe telur chef hairul tak cantik cket….
    Kasar

    • Di hotel mmg saya tak pernah buat butter prawn sebab saya kerja di cold kitchen dan pastry kitchen… rakan sekerja di office dulu yg minta buatkan mengikut resepinya.. 😀

  65. ader jugak dpt resepi lain tpi yang ini nmpk lg mudah sebab tunjuk demo sekali.. tkasih cik hairul..

  66. nak cubalah sebab nampak mudah siap dengan demo skli.. tkasih cik hairul..

  67. saya pernah buat ni 2x…tp x menjadi serabai telur 2..huhu… so smpai skrang saya x pernah wt lg.. bila tgk resepi ni rasa cm senang je nk wt… thnks…nnt saya try wt guna resepi ni..

  68. terasa nak makan butter prawn..jumpa plak resepi nie, nampak mudah dan cepat..boleh la cuba nanti

    • Kena try tu en. kayrul.. mmg mudah kerana telah saya modified dan permudahkan.. selamat mencuba ya.. 😀

  69. kene cube nih,,,bcoz Xpnah buat…..

  70. macam mana nak bagi telur tu rangup sikit?tq

    • Boleh goreng lagi telurnya dalam minyak hingga ia ranggup. cubalah 😀

      • oohhh..maknanya lepas angkat dari kuali bleh goreng balik dlm minyak masak jer ker…sbb klu makan kat restoran lebih rangup..tu yg nk tau mcm mane nk buat..nway thanks hairul

        • Ya betul.. cubalah…

          p/s: di hotel dulu mmg saya tak pernah buat butter prawn.. panduan nie atas permintaan rakan sekerja saya dulu yg memberi resepinya. Dan saya modified resepinya… tqvm ya.. 😀

  71. As salam hairul..
    Terliur tngk resepi nya,everyweek dinner mst butter prwn..tp x th nk bt,ni tngk resepi ni nk try lh..nk tnya mmg sma orng bt butter prwn ada gn curty pwdr..kalu x letak sdp x..ada resepi butter chickn x..dh lm nk bt tp x th..trskn berkongsi ilmu..

  72. wah…nk try ptg nila..slalu mkn kt luar je, xtau nk buat cmner, ni dh ada resepi, best2..nyum2

    • Boleh berbuka puasa dgn resepi ini 😀

      • sy dah buat semalam..rasanya sedapp sama seperti yg sy mkn kt seafood restaurant cume telornya xbrapa menjadi (x bersawang sgt)..heh..maybe maybe xtinggi sgt tgn msa sy tuang telur tu..hehehhe..anyway thanx a lot ya 4 da recipe…

  73. Hari ni nak try wat udg ni.Dah lama teringin nak buat sendiri ni baru jumpa resepi dia.thanx hairul

  74. mlm td baru jer hby tya pandai x masak butter prawn…x sgka arini ternampak resepi chef yg senang n mudah di ikut sbb ada gambar n step by step yg jelas…he3….sat gi balik terus cheq nak try nooooo…..

    • Wah bersemengat betul Puan Shima..
      semoga berjaya buat butter prawn..
      tentu suami cik shima tersenyum bangga 😀

  75. halamak… mudahnya
    mmg dah lama teringin nk makan kat restoran.. jumpa lak resipi chef ni
    buat sendirik lagi best..

  76. As slm hairul…udang dlm resepi ni x perlu d goreng garing dulu ke? Akak follow your step by step ni…serbuk jadi tapi udang x leh nak garing due to rempah tu..pls help .tq

  77. resipi warisan dari arwah ibu saye….mmg favourite kami.sukatan guna tin oat pun masih di simpan.

  78. wah..menarik warna masakan resepi butter prawn nie..nak cuba nanti sebagai juadah berbuka puasa nanti..

  79. mekasih chef, moga chef berbahagia kerana tak lokek ilmu. moga kami(saya) boleh memasak.

  80. Salam En Hairul

    Saya Ashid dari BERNAMA, tujuan saya menghantar pesanan ini adalah kerana ingin mendapatkan contact no dari En Hairul. Tujuan saya mendapatkan contact no En Hairul adalah untuk menjemput kesemua blogger yang aktif dalam bidang masakan ke acara-acara yang dikelolakan oleh pihak BERNAMA. Sekiranya En Hairul ingin mendapatkan kepastian bolehlah hubungi saya:
    ASHID RUSTAM
    Marketing Executive
    BERNAMA
    03-26962157/013-3497309

  81. Pernah dulu satu ketika, bapa saudara datang ke rumah kak Riza. Kak Riza masak udang, tp tak ingat masak apa. Dia kata, kenapa tak masak butter prawn, macam kat hotel. Kak Riza ni manalah tau, orang kampung…sedih sekejap waktu tu. Sekarang baru jumpa resepi Hairul. Nampaknya kena belajar buat, nanti bapa saudara tu datang lagi rumah, bolehlah dia makan butter prawn masakan kampung asal dari hotel Hairul…

    • Oh.. butter prawn tu bukan asal hotel kerana saya di pastry kitchen dan cold kitchen.. Tu resepi yg kawan saya bagi dan minta saya cuba.

      Tentu bapa saudara cik riza sukakannya nanti.. 😀

  82. baru je masak butter prawn ni. First time cuba alhamdulillah menjadi. Anak2 puji sedap. Thanks sudi kongsi resepi..

  83. tq for the resepi.dah lama teringin nak cuba.ni resepi yg kering pnye ye?ada resepi yang butter prawn stail basah pnya..mcm ada kuah gitu..??

  84. Sedap dn tq kongsi resepi.nak wak berbuka lh ptg ni….

  85. Norhizan bt Mohd Ali

    Encik Hairul macam mana kalau saya hendak floss telur itu lebih halus dan browniss warnanya..

    • Kalau nak brown, masak lama sikit jeee. 😀 Kalau nak halus, mungkin kena tuang lebih tinggi dan guna kuning telur yg segar. dan butter kena benar2 panas.. .

  86. tq..utk resepi nie,,,

  87. Adui….sedapnya! Kalau try & tak jadi pun tatap x rugi masak sbb udang mesti sedap juga…. 😀 Mesti mo try ni! TQ sbb share…

    • Betul juga tu.. apa jua masakan udang, gerenti cepat habis.. kena pula udang yg bersaiz beso.. 😀

  88. Nampak senang..bahan pun senang dapat..kene try nih..

  89. Salam En. Hairul. Saya org melaka n ade makan di umbai udang butter basah nie. Kedai tu letak oat n rase oat tu manis n sedap. Saye pernah cube wat resepi En. Hairul nie n tmbahkn oat, tp rase oat rupenye xmanis n nmpk mcm nestum. En. Hairul ade resepi udang butter basah oat yg boleh dikongsikan?

  90. Tq VM until resepi ni

  91. sedap dan mudah….boleh pasti cuba buat lps ni…..

  92. thankss… bole cuba ni

  93. Sedap pula tengok udang butter ni..mudah pula tu nak buat..

error: Content is protected !!