Panduan Cara Mengecat Cat Rumah Utk Hari Raya

rumah

Sebelum kita ke panduan mengecat cat rumah. Saya nak tunjuk dulu satu testimonial pakej www.rahsiaputu.com yang dilancarkan pada bulan ini. Testimonialnya ini dari en Shah Mansor yang merupakan bekas pembeli pakej taufufah saya. Dan syukur, saya telah menjumpai orang yang boleh supply buluh dan alat mengukus putu bambu dan piring secara pos ke rumah pembeli. Semuanya ada dimuatkan di dalam pakej www.rahsiaputu.com

testimonial

Kembali kepada tajuk artikel ini iaitu cara mengecat cat rumah. Tentu ramai dah bersiap sedia untuk mengecat rumah sempena hari raya puasa nie. Yelah, mesti nak rumah kelihatan menyerlah dan bargaya kan. Kalau boleh, bersinar-sinar kan. Baru syok beraya sakan. heee. Cuma letih sikit la mengecat rumah ni. So elok cat sebelum puasa. Jom kita ke panduan mengecat cat rumah yang mudah ini.
.

Persediaan Sebelum Mengecat Rumah

cara mengecat rumah

Ok. Sebelum mengecat, pastikan dinding tersebut bersih dan licin. So gosoklah sikit dengan kain untuk menghilangkan debu atau kotoran pada dinding. Manakala untuk bahagian dinding yang timbul atau berbonjol, kena ratakan dulu dengan scrapper. Untuk gambar di sebelah kanan sekali itu ialah filler untuk menutup lubang-lubang pada dinding jika ada. Caranya mudah je. Tampal je adunan filler tu ke dalam lubang dan biarkan kering semalaman.
.

Peralatan Panduan Mengecat Cat Rumah

panduan mengecat rumah

Peralatan mengecat ialah roller, brush, bekas cat dan alas plastik atau surat khabar. Gambar cat di sebelah kiri tu ialah Sealer dan gambar di sebelah kanan ialah cat jenis Acrylic. Untuk permulaan, elok cat dengan sealer terlebih dahulu. Sealer ini seperti gam antara cat acrylic dengan dinding untuk cat tahan lebih lama. Sealer perlu disapu terlebih dahulu sebelum cat acrylic disapukan.

.

Cara Mengecat Cat Rumah

panduan cat rumah

Kita mulakan dengan menyapukan sealer pada dinding rumah. Elok sapukan pada bahagian tepi-tepi dinding terlebih dahulu menggunakan brush. Untuk bahagian bawah lantai, elok tampal dengan masking tape untuk mengelak kotoran pada lantai. Setelah siap, barulah sapukan dengan roller pada kesemua bahagian dinding seperti gambar di sebelah kanan. Untuk bahagian atas yang tinggi tu, elok gunakan tangga.
.
cara cat rumah

Selepas sealer siap disapukan, barulah kita mengecat menggunakan cat jenis matex (kapur) atau cat jenis Acrylic. Elok gunakan cat jenis acrylic kerana ia lebih tahan lama dan menjadikan dinding anda mudah dicuci. Dah untuk dalam rumah, pilih cat jenis indoor. Manakala untuk luar rumah yang terdedah dengan matahari dan hujan, pilih cat jenis outdoor. Ok cara mengecatnya sama sahaja seperti mengecat sealer sebelum ini.
.
catrumah
Inilah hasilnya. Rumah saya yang telah siap dicat dengan sealer dan acrylic. Penat juga sebenarnya mengecat rumah nie. Kena tolak ke atas. Kena tolak ke bawah sambil menekannya. Kena buat berulang kali pulak tu sehingga siap. Memang letih. Tapi bila dah siap, rasa seronok pula tengok rumah kelihatan menyerlah dan menawan. Hilang rasa penatnya.
.

Pembersihan Lantai Selepas Mengecat

Biasanya lepas siap cat, pasti ada tompokan kecil cat pada lantai rumah. Jika tompokan cat tersebut belum kering, gosok sahaja dengan kain basah dan ia akan hilang. Tapi bila cat telah kering, elok tolak dengan scrapper yang dialas dengan kain untuk menanggalkannya. Semoga artikel panduan mengecat rumah ini memberi manfaat kepada anda. Elok juga klik button share dibawah untuk rakan-rakan anda belajar cara mengecat rumah dengan lebih mudah. 😀



Email Rakan Email Rakan   
Anda Di Alu-Alukan

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda sukakannya.
2. Anda boleh kongsi artikel dgn klik button share di atas atau share url link
3. Untuk button "Email Rakan", anda boleh email kepada diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian forward kepada rakan anda.
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Jom Sertai Fanpage Blog Ini
Anda akan dapat resepi percuma dan artikel terbaru.
Hanya klik button Like Page dibawah:


Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja



Jom Belajar Bisnes Bun, Pau Dan Pizza, Klik Disini >>>>



Jom Belajar Bisnes Kek & Deco, Klik Disini >>>>



Jom Belajar Bisnes Putu Piring, Bambu dan Mayam. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Air, Dadih dan Dessert Hotel. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Roti Canai Dan Murtabak. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Aneka Cakoi dan Donut. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Aneka Taufufah dan Air soya. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Buat Website dan Grafik. Klik Disini >>>


Ruangan Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. wah sudah beraya awal rumah kawan kita ini heee

  2. Perlu buat coating tak?

  3. Tips yang sangat berguna… Lepas ni bolehlah kita mengecat rumah secara beramai-ramai…

  4. wah dah siap cat rumah yer..makin berseri la sekarang :)

  5. tugas terakhir tu yang malas nak buat
    bersihkan lantai
    haha

  6. paling tak suka ngecat maleh betui hehe

  7. perkongsian ini benar2 baguslah bro..

  8. baru terfikir nak mengecat rumah,bro plak dah sediakan panduan mengecat ni,memang terbaik la,mari lah mari kita mengecat rumah..hehe

  9. Hehe..memang seronk kan produk kita dapat kepuasan di hati pembeli..emm bab mengecat ni memang malas..malas bila nak kemaskan..hehe

    • Betul tu bro.. Bila ada pembeli yg sudi beri testimonial, rasa lega hati… Risau juga kalau-kalau buat produk syok sendiri. heee. Pembeli tu pun bekas pembeli pakej taufufah saya.

      biasanya saya lepas cat.. saya tinggal dulu.. bila otak dan tenaga dah fresh semula, baru kemas… 😀

      • Emm saya biasa wak kerja kemas selalu..bila tinggal dulu, makin lambat lah nak simpan..haha..emm tu lah kan..kalau syok sendiri memang sakit jiwa dan raga..haha..semoga bro maju selalu…aminnnn

        • kena pula ada anak2.. tinggal sekejap, habis diaorg buat lukisan.. heee..
          terima kasih bro hafizul.. 😀

  10. uish.. dah nak beraya kita nih. bulan puasa kan letih plak nak mengecat rumah nih.

  11. Assalamualaikum.. Saya memang nak cat rumah tak lama lagi. Nak hari raya. Mungkin nak jual rumah saya

  12. kena merajinkan diri sendiri nie…

  13. Cara bro laksanakan adalah yang terbaik. Hasilnya lebih kemas.

  14. Lengkap bro ! Dah boleh ikut ni. Hehehe

  15. untungnya kwn saya ini dah ada rumah sendri :) hasil usaha sndri pula tu.skr ini semua dinding rumah dah di catlah yer?

  16. bagus panduan nih ^_^

  17. walaupun penat tapi puas hati dgn kerja sendiri kan

  18. semua benda ada dalam rumah ini :)

  19. Patutlah cat rumah ambe tak berapa nak cantik, sbb tak letak sealer dulu…huhu

    thanks bro berkongsi…ambe main redah jer cat sebiji rumah masa masuk rumah dulu…hehehe

    dah ade panduan ni, lehlah cat baru…

    • Kalau nak cantik guna cat jenis arcylic dan cat dua kali utk cat arcylick tu.. tapi mahal sikit la.. heee.
      selamat mengecat bro.. 😀

  20. Macam2 kena ada untuk mengecat ye, pernah mengecat rumah mak dulu, habis bersepah satu rumah. Lantai pun kena cat. hahhaah!! Nak dekat Raya ni ramai la orang tukar warna cat rumah kan. Apa-apa pun entri ni boleh dihadikan rujukan nanti.

    • kalau guna surat khabar sbg alas, biasanya mmg bersepah.
      cuba guna alas plastik, kurang sikit bersepahnya.. 😀

  21. ni tgk gaya kaedah professional yg buat ni Hairul, hehhe, saya kalau cat, terus cat jer, hehehe

  22. salam ramadhan..
    sudah bersiap sedia nampak gaya ni..

    kemasa dalam rumah cantik

  23. best je nak raya . semangat.heh

  24. Tips yg berguna.. Baru ade mood nk mengecat walaupn dh abis raya. Klu boleh share cara nk cat grill pn bagus jgk.

  25. makasih untuk infonya ,agar kita lebih baik untuk mengecat yang bagus

  26. razman zainal abidin

    As salam..info yg sgt2 berguna..saya memang bercadang nak mengecat rumah ni..boleh bagitahu tak cat kaler ape yang sesuai untuk rumah yang kecik mcm rumah flat..

  27. tumpang tanya… lpas cat sealer tu nk tunggu brapa lama sbelum cat acrilic? ke lpas sealer terus cat acrilic je?

  28. sealer tu sbgai under coat kn?
    dan acrylic tu cat color2 utk indoor or outdoor kn?

  29. asslm tuan saya nk mntak pencerahan kenapa setiap kali saya sapu cat pada dinding dan selepas kerin dinding sya akan keluar kulat..
    sekian terima kasih tuan..

    • Kalau di luar rumah, elok guna cat out door yg tahan kulat… sebab bahagian luar mudah kena hujan dan menyebabkan berkulat…

  30. MV pun baru mengecat rumah sendiri hari ni, memang sukar juga bila buat sendiri kan, tapi puas hati la…

error: Content is protected !!