Nak Kurus Dan Sihat Sambil Menonton TV. Ini Rahsianyeee.



.
Sebelum citer tips kurus nie, saya nak citer sikit pasal putu piring. Perggghhh. Sedap betul makan putu piring inti kacang merah. Seriousss sedappp. Kalo tak caya, try le buat sendiri. he.he.he. Tapi kena la tunggu pakej putu piring siap :P . Sabar yeee. Sekarang nie, saya tengah modified resepinya agar lebih gebu, lembut dan sedap dari yang kat kedai.

Saya kena pastikan ia terbaik dan mampu membantu pembeli menjana pendapatan. Macam pakej bun dan pau, ramai dah start buat bisnes bun. Seronok betul, dapat membantu pembeli menambah pendapatan. Macam abang dalam testimonial bawah nie, boleh buat bisnes bun sambil bekerja lagi. Memang hebat Abang Atan nie. Jom baca testimonial beliau nie.


.

Cara Nak Kurus dan Sihat Sambil Menonton TV

Kembali kepada tajuk artikel ini, semua orang nak kurus dan sihat kan. Kalau dapat kurus dan sihat sambil menonton TV, lagi best kan. kan. kan. Sebenarnya aktiviti menonton tv ini kurang menyihatkan. Yelah, duduk berjam2 tanpa sebarang pergerakan badan. Apa kata kita menonton tv sambil mengerakkan badan. Yap, menonton tv sambil berjoging. Salah satu caranya menggunakan alat senaman treadmill macam kat bawah nie.
.

ruang tamu

.
Alat senaman tu saya letak diruang tamu. Boleh kata setiap petang, saya akan berjoging sambil menonton TV. Berpeluh-peluh badan dibuatnya. Tapi tak terasa penatnya, malah seronok menonton tv. Hasilnya, badan terasa lebih sihat dan bertenaga. Kalau dulu, jalan jauh sikit dah rasa kepenatan. Sekarang tidak lagi.

Saya beli model yang basic sahaja dari jenama Takasima. Cuma perlu set program atau adjust kelajuan. Nak lari laju, tambahkan kelajuannya. Paling laju pernah cuba ialah 10.0km/h. Semput dan cuak juga dibuatnya :D . Selain itu, alat senaman ini boleh check kadar degupan jantung kita. Itu juga satu motivasi untuk kita berusaha mencapai degupan jantung yang ideal.
.
bersenam

Biasanya saya akan lari di atas treadmill dengan kelajuan 8.0 km/h. Memang berpeluh-peluh badan dibuatnya. InsyaAllah badan akan lebih sihat dan mudah untuk tidur malam. Alat senaman treadmill ini juga boleh dilipat sekiranya tidak digunakan. Ini menjimatkan ruang di dalam rumah kita. Memang berbaloi memilikinya.

Selain dari alat ini, anda boleh juga guna tali skipping. Sambil menonton tv, sambil melompat dengan tali skipping. Tentu lebih menyihatkan. Kalau anda jenis yang kurang bersenam, elok sangat praktikkan tips ini. Nanti badan akan lebih kurus dan lebih sihat, insyaAllah. Tapi kenalah konsisten.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 05 Nov 2012 - Visited 9518 times, 35 so far today    47 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

47 Responses to "Nak Kurus Dan Sihat Sambil Menonton TV. Ini Rahsianyeee."

  1. akubiomed says:

    Memang tempat yang strategik meletakkan treadmill ini dikawasan ruang tamu.

  2. beckhr00y says:

    makin sihat dan cergas lepas ni

  3. azriey amrie says:

    salam En Hairul… mmg seronok kalau dpt beli alat ni… lg seronok kalau En Hairul bg pd pemenang kuiz En Hairul akan dtg… hehehehe

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam cik azriey… idea yg menarik tu.. tapi cik azriey kenalah jadik sponsor.. heee.. spt biasa lepas launch produk baru akan ada kuiz.. InsyaAllah hadiahnya lebih menarik nanti.. :D

  4. fiezaradzi says:

    mmg teringin pun nak beli benda ni. huhu.. tapi lokasi kena carik betul2.. jgn beli pastu simpan sudah..

  5. nik says:

    menarik tu, sambil bersenam boleh tonton tv.
    sambil dengar berita pun boleh sihat kan…
    teruskan usaha….

    • Hairul Hissam says:

      Bertambah seronok en nik. sambil menonton sambil bersenam..
      agak2 boring cerita tu.. tambah kelajuan.. tak lah mengantuk. hee :D

  6. titan says:

    haha..ini yang aku selalu wat. bawa treadmill depan tv. bukak tv..apa lagi..sejam dua pun takpe. haha..

    • Hairul Hissam says:

      kena pulak citer james bond yg tengah kejar mengejar… terasa mcm kita pulak yg sedang mengejar dgn gaya james bond. hee :D

  7. Denaihati says:

    terbaik idea ni. kalau tak jarang2 nak buat, lama2 terus tinggal

    • Hairul Hissam says:

      kalau letak kat bilik… mesti akan jarang digunakan.
      satu lagi.. kalau org datang rumah.. boleh ajak diaorg berjoging sekali.. :D

  8. donnyien says:

    memang best kalau ada treadmill ni, tak perlu pergi jauh bersenam

  9. Ssambil menyelam minum air. Sambil treadmill boleh tengok tv sekali..

  10. cik tom says:

    mmg kurus jwnya kl tgk tv smbl bersenam…hehe

  11. Nadot says:

    teringin juge…tapi kalau dah mmg middle name ‘malas’, mmg terbongkang depan tv je la wpun sedar diri obese…hehe

  12. Memang elok sangatlah. sambil tengok TV sambil membakar lemak.

  13. ohcikgu says:

    fuhh..takde duit nak beli treadmill tu la..

  14. ciknor says:

    waahh, menarik nih. tak tepikir plak.
    tahniah le kepada en pilot tu, moga terus maju jaya.

  15. suri says:

    saya klu seminggu sekali mesti naik basikal sb suami keje luar heee..dpt bersenam pagi2..

  16. Mekar says:

    uih..bestnya ada treadmill dpn tv. Bagus..bagus.. teruskan usaha mu itu. Kat kediaman sya ni, pihak pengurusan ada menyediakan dewan khas utk bersenam. semua peralatan lengkap. masuk percuma. Haritu rajin juga pegi. skrg ni muncul mood “kurang rajin” pula..huhu.

    • Hairul Hissam says:

      Mmg syok duduk condo, bermacam2 kemudahan anda. Mungkin cik mekar boleh ajak jiran2 ke sana.. Baru datang moodnya…. :D

  17. mahadzir says:

    resepi putu buluh dah berapa peratus siap dan bila agaknya jangka siap

  18. terbaik kwsn parking alat2 ni

  19. terbaik..kalau sambil-sambil tengok tv memang tak rasa la lama atas treadmill tu.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.