Cara mudah mengatasi masalah susah tidur atau insomnia tanpa ubat tidur.


sukar tidur

.
Pernah mengalami masalah susah tidur. Masuk tidur pukul 11.00 malam. Namun sampai pukul 3 pagi, masih belum dapat melelapkan mata. Memang menyiksakan. Lebih malang lagi jika keesokkan harinya, waktu bekerja. Dah masuk pejabat dengan muka letih lesu. Mulalah terlelap di pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan. hu.hu.hu.

Sebenarnya masalah sukar tidur banyak berpunca dari kecelaruan fungsi otak anda. Orang yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai daya ingatan yang lebih lemah. JIka anda menghadapi masalah ini, amat bijak merawatnya dari sekarang. Tapi jangan guna ubat tidur kerana ianya akan menjejaskan kesihatan anda.

Dibawah ini saya berkongsi beberapa tips yang boleh membantu anda.

1. Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Samada siang atau malam, elakkan dari berfikir ketika baring. Kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir.

2. Jadikan malam anda, waktu beristirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam.
.

bayi tidur

.
3. Elakkan minum air berkafein pada waktu malam. Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. Dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur

4. Elakkan tidur selepas asar dan pada waktu magrib. Sebenarnya pada waktu ini, tubuh anda perlu aktif. Jika tidak, tenaga di dalam badan akan dibawa ke otak dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam.

5. Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.

6. Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluarga anda juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena pada waktu malam.

7. Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.

8. Tips terakhir. Cuba try cara ini. Satu jam sebelum tidur, cuba katakan pada diri anda secara berulang-ulang. “Aku nak tidur nyenyak malam ini dengan mimpi indah”. Kata pada diri anda berulang-ulang. Ia akan menimbulkan keinginan dalaman pada diri anda untuk tidur. Seterusnya membantu anda untuk tidur nyenyak.

9. Berzikir juga amat bagus mengelakkan anda dari terus berfikir tanpa henti. Cuba amalkan pada waktu malam sebelum masuk ke bilik tidur. Dan jangan lupa membaca ayat alquran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat kursi. InsyaAllah ia sangat membantu.
.

Tips Terbaik Atasi Masalah Susah Tidur atau Insomnia

susah tidur

Semoga tips ini membantu. D



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 06 Jun 2011 - Visited 83429 times, 52 so far today    61 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

61 Responses to "Cara mudah mengatasi masalah susah tidur atau insomnia tanpa ubat tidur."

  1. Ustaz Zul says:

    perkongsian tip yang menarik, mungkin boleh tambah satu lagi kot :D jangan lupa baca doa

  2. mekar says:

    Semua tips ini bagus utk dikongsikan kpd sesiapa yg ada masalah tidur.
    Saya kalau susah nak tidur, mesti buat-buat baca buku/majalah, atau tgk pamplet cosway, avon, tuppawear, ikea. Sure boleh tido lps tu. Satu lagi, kalu tertidur masa ptg..alamat susahla nk lelap masa malam. oleh itu, elakkan dr tidur siang.

    • Hairul Hissam says:

      memang benar tu cik mekar, kalo tertido waktu petang.. memang payah la nak tidur..
      tima kasih juga atas tips tambahan membaca akhbar tu.. memang praktikal.. :D

  3. MDHAFiZ.NET says:

    saya memang selalu mengalami masalah ini. Mungkin tips no 1 itu berkesan. Saya sudaj praktikkannya. Sbb sebelum tidur biasanya saya akan berfikir tentang hal pagi td…dan esok hari… :)

    • Hairul Hissam says:

      Mmg ramai diantara kita suka berfikir masa baring En. Hafiz.
      Itulah salah satu punca sukar tidur. semoga tips ini membantu :D

  4. ultrafulus says:

    jgn2 main2 kurang tidur ni..sbb ada terbaca leh sebabkan kanser..tak tahu sejauh mana kebenarannya….tapi kalau ada sesiapa hadapi masalah ni..cubalah pegi berubat..

    • Hairul Hissam says:

      tq en. Ultrafulus atas info tu :D . Ada juga kemungkinan tu. Kanser ini berpunca dari sel abnormal dalam tubuh kita sendiri. Biasanya kelenjar dalam tubuh kita akan menhasilkan T cell untuk membunuh sel abnormal nie.. Tapi apabila ia rosak atau bermasalah. Itulah sebenarnya mendatangkan kanser kerna sel abnormal tidak dihapuskan dan bertukar menjadi kanser. Kurang tidur, pemakanan tidak sihat, tekanan semuanya boleh menjejaskan dan merosakkan organ dan kelenjar dalam tubuh kita.

  5. hazizah says:

    entah lah sy salah seorang yg mmg payah nak tidur malam kalau tsak benar sakit…payahnya..terguling2 tak tidur gak last2 jam 3 pagi pun bangun buat kerja rumah…mmg kdg2 payah betul nak tidur tersiksa rasanya..sampai bawah mata dah naik gelap……

    • Hairul Hissam says:

      teruk jugak tu cik hazizah. Cuba try tips2 yg diberikan di dalam artikel diatas.
      JIka tidak berjaya juga, cuba setiap hari dengar atau baca surah al – baqarah dari awal hingga akhir berulang2.. ada kemungkinan juga gangguan makhlus halus….. semoga ia membantu.

      • mekar says:

        ish..tension juga kan kalu payah nak lelap ni.
        Hairul- tak pun kita buat solat tahjut tgh2 malam tu. untung2 boleh dpt ganjaran dr Allah swt

        • Hairul Hissam says:

          mmg tension cik mekar.. lagi2 kalo esok ada hal nak kena bangun awal..mau nervous dibuatnya..

          bagus gak idea solat tahjud tu.. dapat gak pahala daripada terbaring je di atas katil..tapi setahu saya solat tahajud kena tidur sebentar..tak dapat solat tahajud, solat sunat pun ok.. :D

  6. sayacomel says:

    em..patutla memanjang tak leh tido malam..

  7. anna zam says:

    Assalam..sejak brbelas tahun sy mmg sukar nk tido..masuk tido jm 4am – 430am..jam 6am sdh trjaga..
    Stiap hari rutin yg sama..
    Siang pn xtido..
    Kdg2 2 @ 3hari sy boleh xtido..
    Naseb x mengalami sakit kepala @ sbgainyer..

    • Hairul Hissam says:

      Teruk juga tu Cik anna sampai 2-3 hari tak boleh tido…..
      semoga masalah cik anna dapat diatasi segera.. amin… :D

  8. liz says:

    good tips

  9. ciksembang says:

    sy pernah rasa tak boleh tidur. amat siksa. sehingga bila dah baik pun, saya masih rasa trauma nya. Itulah nikmat Allah yang baru ditarik sedikit

  10. belognisa says:

    dulu masa sekolah bila buka buku sejarah mesti rasa mngantok.huhu. jadi kawan saya praktikkan kalau susah nak tido, ambik buku sejarah adik baca masa baring..tak sampai 5 minit dah lena..huhuhu

  11. watie says:

    Alhamdulillah, sejak lebih 2 thn sy amalkan tips no.9 ni, dah takde lagi masalah susah tidur, bkn setakat boleh menambah pahala malah memudahkan kita terlelap, insyaAllah :)
    kpd encik hairul, terima kasih kerana sudi berkongsi tips2 dan resepi2 yg bermanfaat utk semua :)

    • Hairul Hissam says:

      Syukurlah cik watie dah dapat tidur malam.. Kebanyakan masalah susah tidur disebabkan kita byk memikir… kalo siang terlalu byk memikir., memberi kesan juga pada waktu malam juga dan akhirnya susah tidur. Memang bagus di amalkan berzikir disamping menambah pahala, membantu kita kurang berfikir dan meningkatkan tumpuan… tq :D

  12. jadin anak gintak says:

    Semua tips tu bagus2 belaka tapi yg mengenai zikir tu yg susah..saya yang kafir ni bagaimana nak berzikir?

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih kembali kerana sudi membaca….
      oh.. untuk tips 9 tu untuk org islam je…
      kalo bukan islam.. cubalah tips no 8.. semoga bermanfaat.. :D

  13. MB says:

    hurm sume neh dh cube,,tpi x bole jgk ler >..<
    adeh:(
    de care laen?plizz

    • Hairul Hissam says:

      Kesiannyeee MB :D .. yg penting kena buat dgn betul dan konsisten…
      berbulan2 kita susah tidur.. takkan semalam buat terus baik kot.. :P
      Tips no 9 tu .. ramai yg telah berjaya dengannya.. so cuba amalkan ya… tq..

  14. maz says:

    aslm hairul.tq dgn tip td.akak amalkn poin 8 n 9 tu.kalau bleh niat atau doa utk esok agar bangun dlm keadaan sht,positif dn di mudahkn segala urusan sepanjang hari.bayangkn hanya yg baik2 aje kita dpt capai.ameen…

    • Hairul Hissam says:

      Alhamdulillah, baguslah ia membantu akak Maz tidur dgn lena… InsyaAllah teknik tu menjadikan tidur kita lebih berkualiti. :D

  15. Pinky Yell says:

    Assalamualaikum,

    Bereskan semua pada waktu siang. Bilamata mengantuk, segeralah masuk tidur iut pun sebaiknya setelah selesai melakukan solat Isyak. InsyaAllah cepat terlena…Kalau ditahan=-tahan itu yang menyebabkan susah nak tidur…..pengalaman saya sendiri

    • Hairul Hissam says:

      Satu tips yang baik dari ajaran Islam. Jangan melengah2kan solat Insyak dan solat dgn khusyuk. InsyaAllah ia sangat membantu kita tidur dgn nyenyak. :D

  16. Heriyandi says:

    Knpa aq ssah bnget tdur,klo mao tidur siang susah,pdhal bdan udah cape,truz klo mlam sya bsa tidur jam 3 shubuh/pagi,sdangkan bngun lbih awal jam 6 pagi,,apkh sya trkna insomnia,

    • Hairul Hissam says:

      badan kita letih tetapi otak kita masih ligat dan aktif.. itu punca mslh susah tido..
      antara solusinya, pada waktu siang kurangkan berfikir…… minda perlu direhatkan dari siang lagi.. :D

  17. fatinsyaz says:

    Salam. Terima kasih dengan perkongsian ni. Saya tengah terjaga sekarang sebab tak boleh tidur. Tadi jam 2 pagi dan sekarang sudah 4 pagi. ^^

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam… mmg susah juga nak tidur semula bila dah terjaga..
      cuma pandangan saya, bila terjaga.. kurangkan berfikir itu dan ini… :D

  18. ahmad says:

    Penyakit ensominia ni boleh sembuh ke x?

  19. ahmad says:

    Macam mana nk mengatasi masalah tidur siang….masa siang tu jadi mengantuk sangat pastu mlmnyer x tido….?

    • Hairul Hissam says:

      Cuba cari aktiviti di luar rumah yang menyeronokkan untuk mengelak tidur siang.. semoga berjaya ya… :D

  20. pauline says:

    informasi yg bernas dan sesuai utk sya buat karangan pengajian am 2. trma kasih..

  21. ahmad says:

    Waktu siang blh tidur braper jam….?

    • Hairul Hissam says:

      Itu kena tanya ngan doktor En Ahmad. :D
      tapi ikut sunnah nabi sebelum zuhur, tidurlah sekejap.. berapa lama.. tak tahu pula :D

  22. ahmad says:

    Nk tanyer encik ahmad tu macam mana?

  23. Sy og,sya seorg suri rmai,sy ni ssh sngt nk tdo,siang 2 wat kje umh n main dgn ank2,bla dh pnat sy nk tdo la siang 2,tp x bleh tdo smpi la ke mlm pn sme jgk x bleh tdo,kdng 2 1 hr tdo dlm 2 @ 3 jam je,sy nk tau knp bleh jdi mcm 2?

    • Hairul Hissam says:

      Saya pun tak pasti puan :D ….
      Mungkin boleh perbanyakkan mendengar surah-surah Alquran secara berterusan. Cubalah :D

  24. FIEE says:

    SETIAP MALAM SAYA MENBACA AYAT KURSI SELAWAT SURAH QUL NAMUN KEAADAAN SAYA TETAP SAMA SAYA TETAP MENGHADAPI MASALAH TIDUR KADANG2 SAYA BERASA KECEWA TAPI SAYA KUATKAN DIRI UNTUK BEKERJA BAGI MENAMPUNG KOS KEHIDUPAN NAMUN APA YANG BOLEH KATAKAN MASALAH INI MENGANGGU KEHIDUPAN HARIAN SAYA SEHINNGAKAN SAYA BERASA AMAT BERPUTUS ASA DALAM MENGATASI DAN MENGHADAPI KEHIDUPAN HARIAN SAYA DAN SAYA BERHARAP SUATU MASA SAYA DAPAT MENGATASI MASALAH INI DAN JUGAK SAYA INGIN KEHIDUPAN NORMAL SEPERTI DULU

    • Hairul Hissam says:

      Ada satu cara yg lebih baik. Selepas insyak baca ayat Al Fatihah berulang2 sehingga ke bilik tidur. Baca ulang2 byk kali. InsyaAllah sgt membantu.. :D

      • FIEE says:

        alhamdullillah masalah tidur saya beransur sembuh,,,,,saya sangat bersyukur kepada allah…dan terima kasih kepada en.hairul hisham diatas petua2 yg diberikan…kepada teman2 yg menghadapi masalah tido jangan putus asa kerana ALLAH maha mendengar sesungguh mintalaaa berdoalah kpada allah sesungguhnya allah maha mendengar……amin

        • Hairul Hissam says:

          Baguslah masalah tidur cik fiee beransur sembuh. Mmg bagus membaca al-fatihah berulang kali. Betul tu, apa jua masalah banyak berdoa dan jangan perutus asa dalam berusaha. InsyaAllah ,Allah akan membantu kita :D

  25. Ranti says:

    saya tak boleh tido 2 tahun agak2 apa boleh saya lakukan?

  26. hamba allah says:

    ibu saya selalu susah nak tidur malam dan setiap kali nak tidur dia mesti rasa pendek nafas(sesak nafas). kadang2 semasa tidur tetiba tersedak. ibu saya akan meninggikan bantal.

  27. riza says:

    Pertama sekali nak komen, comelnya baby tidur tu…gebu..senang hati tengok dia.. nak print tak boleh…Apa yang Hairul kata 9 tips tu memang telah terbukti betul.. Kak Riza dah mengalami dan guna kesemua tips tu. Tuhan jadikan malam ni memang untuk beristirehat, jadi kita kena ‘set mental’ kita, hal kerja jangan terbawa-bawa ke rumah. Suami pun pernah sebut, nak telefon kawan hal kerja, jangan waktu malam. Sekarang kerja-kerja sekolah kak Riza tak bawa balik rumah lagi, ‘strictly no school work at home, especially at night’…tapi kalau dah terpaksa, sekali-sekala tak pa. Kak Riza nak tambah satu tip lagi, keadaan bilik tidur kena ‘conducive’ iaitu sesuai untuk tidur..tutup lampu, senyap, suhu tak panas dan tak sejuk sangat, lepas tu amalkan tip ke-9 tu, dan dalam hati kita maafkan semua orang yang telah berinteraksi dengan kita pada siang hari, InsyaAllah boleh tidur…

    • Hairul Hissam says:

      Kalau kak riza nak print, tekan kat keyboard, Ctrl dan P serentak.. Nanti menu print akan keluar.

      Tepat sekali kata kak riza pasal memaafkan org lain. Dgn memaafkan org lain, hati kita akan lebih tenang dan minda kita akan lebih relax. Barulah dapat tidur yg berkualiti. :D

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.