Mungkin ada diantara anda yang masih tidak mengetahui cara menggunakan cash deposit machine – CDM (mesin deposit tunai). Mesin ini memudahkan anda memasukkan wang ke dalam akaun bank pihak lain dengan mudah pada bila-bila masa. Tambahan lagi, anda tidak perlu mempunyai sebarang akaun di bank tersebut untuk mendeposit wang tunai ini.
Untuk memudahkan anda menggunakan mesin deposit tunai ini, saya telah menyediakan tutorial bergambar langkah demi langkah cara menggunakannya. Gambar-gambar tersebut diambil oleh saya sendiri di bank berkenaan pada pukul 4 pagi pada tahun 2008. Nasib baik pada masa tu tiada security guard. Namun pada ketika itu ada juga orang keluar masuk bank tersebut. Risau jugak melihat diaorang menjeling-jeling ke arah saya
. So kalo gambar tutorial nie senget-senget sikit, saya mohon maaf. Kerana masa ambil gambar tu, risau-risau dengan orang di sebelah.
Walaupun tutorial dibawah untuk bank Maybank namun anda boleh menggunakan tutorial ini untuk mana-mana bank seperti CIMB kerana ianya sama sahaja. Semoga tutorial Ini memudahkan anda membuat pembayaran untuk pembelian mana-mana produk di internet atau di lokasi yang jauh
-
Tutorial Menggunakan Cash Machine Deposit
-
Langkah 1
Datang ke Cawangan Maybank atau CIMB Berdekatan

-
Langkah 2
Pergi Ke tempat Machine Cash Deposit

-
Langkah 3
Tekan apa-apa butang nombor pada mesin
untuk mengaktifkan mesin

-
Langkah 4
Skrin dibawah akan muncul, Tekan: Bahasa Malaysia

-
Langkah 5
Tekan: Ya

-
Langkah 6
Tekan: Deposit Tunai

-
Langkah 7
1. Masukkan No Akaun Maybank saya
151128083293
Untuk CIMB bank:
01260000161100
Pastikan No Akaun dimasukkan dengan betul
2. Tekan: Ya

-
Langkah 8
1. Pastikan Nama yang tertera
Mohd Hairul Bin Hissam
2. Kotak Wang akan terbuka,
Masukkan wang kertas ke dalam Kotak Wang
(Mesin tidak menerima wang kertas RM1 atau RM5)
Kedudukan Wang yang dimasukkan mesti seperti di skrin


-
Langkah 9
Tekan: Teruskan

-
Langkah 10
1. Pastikan Amaun Jumlah RM betul di skrin
2. Tekan: Ya
(Jika mesin mengeluarkan balik wang anda,
sila ambil semula dan tekan “Tambah Wang”
dan masukkan semula wang anda)

-
Langkah 11
Resit
Ambil dan simpan Resit Daripada Mesin ATM.

-
Mudah bukan, yang penting tidak perlu rasa risau atau takut untuk mencuba. Ia satu pengalaman yang berharga bagi anda. Sama seperti orang lain, mesti ada kali pertama untuk mencuba menggunakan sesuatu.
p/s: kalo suka artikel ini klik la button like dibawah atau share la dengan kawan-kawan melalui button share dibawah. thanks…


















memang first time nak deposit duit ade rasa takut-takut.. yelar, takut tersalah bank in kan duit..
Biasa la tu redfar
. saya pown kalo masukkan no akaun, 2-3 gak check…
tapi seterusnya kita boleh double check dengan nama penerima..
sy nak order barang melalui melalui pghantaram tapi caranye same ker ke
Yap, caranya sama sahaja, Shini perlu masukkan duit ke dalam akaun penjual
melalui mesin deposit dan kemudian maklumkan kpd penjual dan berikan
bukti pembayaran (ambil gambar resit dan emailkannya).
Tapi kalo beli produk saya menggunakan Cash Mesin Deposit CIMB tak perlu
berikan bukti pembayaran, kerna saya dapat mengesan dgn mudah melalui
masa pembayaran.
duit RM 5 x bole terime kat mesin ATM ke?? kalo mcm tu,mcm mane sy nak bayar brg yg berharga RM 54??
Yap Ezzam, duit RM1 dan RM5 tidak diterima setakat nie.
Cash Deposit Machine memang tak terima
Tapi ATM machine boleh, melalui Pindahan atau Transfer
tapi mesti ada kad atm di bank berkenaan.
satu soalan dr saya,jika customer beli produk kte mlalui internet customer akn bank in dlm akaun yg kita bg…cth kalu 5 customer beli dn bank in dlm akaun kita,mcm ne nk tau bukti custmer bank in ke x?kalu kte cek dlm akaun pn kte xtau sape yg bank in…slain dr bkti resit yg cstomer tnjuk bleh ke kte tau cara lain..
tq atas soalan yg bagus tu..
Untuk maybank memang bermasalah..
karana dalam online banking hanya show tarikh pembayaran sahaja…
setahu saya hanya resit sahaja sebagai bukti pembayaran…
Saya lebih menggalakkan customer sye guna CIMB deposit machine..
dgn cara .. kalo guna CIMB deposit tak perlu beri resit atau bukti pembayaran…
Alhamdulillah ramai yg guna CIMB..
Dengan CIMB online, ia akan show masa pembayaran..
disini kita dapat bezakan pembayaran untuk setiap pembeli…
dan amat mudah untuk trace siapa yg menipu…
blh cik hairul tnjuk cara nk cek dlm cimb online….trma ksh cik hairul..hehe
InsyaAllah, nanti saya buat. tq kembali..
bagos kan zaman sekarang…kene lah berjaga-jaga…nak2 zaman milennium sekarang kan…..hehe…
Yap.. tak kira pembeli atau penjual.. ke dua-dua perlu lebih berhati-hati dalam urusniaga di internet nie..
dari pengalaman saya setakat ini hanya seorang sahaja pembeli yg cuba menipu…
baguslah blog nie..mcm2 pengetahuan yg nmpak remeh tapi ramai yang tak tahu ada dkat blog nie…tahniah kepada pemilik blog nie…bley tak tolong wat tutorial tentang cara nak check pembayaran cimb bank melalui online..thanks
tq cheq noor, semoga blog nie memberi manfaat kat cheq noor…
sebelum nie memang ada plan nak wat tutorial daftar CIMB online dan menggunakannya..
cuma belum ada kesempatan
nk tanya, kalo yg bayaran tunai tu apa beza dgn deposit tunai??
saya kurang paham husin,
….
bayaran tunai yg dimaksudkan untuk pembelian online ker?
kalau untuk pembelian online semua nya sama
yang penting wang dimasukkan ke dalam akaun penjual.
yg dekat langkah 6 tu…
apa beza nye?
Oh, saya baru paham
..
bayaran tunai tersebut untuk bayaran bil kepada telekom, bil air dan sebagainya..
tq kerna bertanya
assalamualaikum…klu kte x der akaun maybank or CIMB bank….then nk bank in secara cash deposit..kat org yg ader maybank..boleh kn?
Wsalam nad…
Cash mesin deposit memang membolehkan mereka yg tiada akaun di bank berkenaan
memasukkan wang tuan ke dalam akaun bank penerima di bank berkenaan.
nad hanya perlu bawa wang tunai dan nombor akaun bank penerima sahaja..
semoga info ini membantu.. tq..
heyy i’ve been to cimb cash deposit machine but it’s different from maybank one O.o the name is not shown!! i takut gila tau tak XDD can you make a thorough tutorial for cimb one??
Kalo nak buat lagi Sammy.. terpaksa la saya bangun 5 pagi lagi…
..
sebenarnya caranya lebih kurang sama sahaja.. yg penting kita kena relak dan baca instruction kat skrin.. should be Ok…
InsyaAllah dalam next week.. saya akan buat cara daftar CIMB online step by step dengan video.. free je…
saya nak tnya..boleh x saya mengunakan bank lain (selain maybank) untk bankin kan duit ke acc maybank??cthnya,sya perlu memasukkan duit ke acc maybank org lain tetepi saya menggunakan bank cimb utk bankinkan duit itu..boleh x???
salam En. Alip…. kalo guna cash deposit machine, hanya boleh bank in cash ke dalam akaun bank berkenaan sahaja.
Kalo dari bank cimb ke maybank, boleh guna ATM machine dimenu pindahan interbank….
namun hanya sesetengah ATM machine sahaja ada menu tu…
harap jawan ini membantu.. tq ya…
kalau guna ATM boleh masuk Maybank punya account?
Yap… dalam ATM ada menu pindahan atau transfer..
disini kita boleh pindahkan wang dari akaun maybank kita ke akaun maybank pihak lain..
dan ada juga menu pindahan interbank membolehkan pindahan ke bank lain seperti dari maybank ke cimb ……
Assalamualaikum… ^__^
Abg Hairul,smasa memasukkan duit itu,1 per 1 kah ataupun sekaligus???
Mnta maaf klau mengeluarkan soalan yg ganjil sikit… Pengalaman pertama..
Wsalam, Oh tak mengapa..
…
semua orang bermula dari tak tahu….
Yap, boleh masukkan sekali gus semua wangnya..
nanti mesin tu akan kirakan…
pastikan jumlah yg dikira oleh mesin betul sebelum tekan YA….
harap membantu
Owh… Trima Kasih…
1 lg soalan saya… Memandangkan Cash Machine deposit x menerima duit RM5/1… Katakan saya membuat byrn hasil dri pembelian dr internet berjumlah RM45.50… Cmna nak buat pembayaran????
tima kasih kembali cik Aquila…
kalo RM45.50, cik tidak pilihan kecuali kena pergi ke kuanter pembayaran pihak bank.
so kena ambil nombor giliran dan membuat pembayaran melalui kuanter.
semoga info ini membantu…
So xperlu ada kad or akaun kat maybank or any kaitan dgn MAYBANK?? Hnya perlu mengisi borang..??
Yap, tak perlu memilki kat atm atau akaun di maybank ..
…
Cara yg sama juga kalau kat cash Machine deposit CIMB??
Lebih kurang sama cik Aquila.
Namun arahannya ada sedikit berbeza..
Jangan risau.. just follow instruction di skrin mesin deposit..
Trima Kasih Abang…
no problem.. small matter je
kalau cimb bank pun xperlu kad lah ! tuh ?
Yapp memang benar Ceh hua
untuk mesin cash deposit, tidak perlu kad atm
bgus la ko ajar mcmtu kaya la ko nti!!!!
sekadar berkongsi info berguna en. joe.
saya nk tnya, kalau lupa pasword kad atm cimb bleh buat paswod baru kan..apa yg perlu buat ye..contohnya kena fotostat kad pengnaln ke..
saya pernah juga terlupa password ATM.
cuma perlu pergi kaunter pihak bank dan bawa kad pengenalan sahaja.
tak perlu photostat apa2… nanti diarg uruskan.. tq..
saya nak tanyer..sory soalan noob.. ATM bank in dengan cash deposit apa bezanya?..sbb saya nak beli barang dari lelong.com.my tapi beliau hanya menerima ATM bank in maybank nya..
Its ok.. insyaAllah saya membantu
. Mesin ATM dan Mesin cash deposit berbeza. Mesin atm yg biasa kita cucuk kad atm keluar duit. Mesin deposit yang ada kotak untuk memasukkan wang tunai tu. Dengan masin ATM, en. haziq boleh membuat transfer dari akaun bank maybank en. haziq ke akaun maybank penjual. Manakala dengan mesin deposit, en haziq boleh terus masukkan wang tunai ke dalam akaun penjual.
Elok tanya penjual tersebut dengan lebih detail. Dalam bisnes saya, kalo wang dah masuk ke akaun bank saya walaupun apa cara, no problem
Ooo….baru sya faham. tq untuk info ini..
tq kembali en haziq…
tp bole ke dr cash deposit maybank transfer ke bank laen cthnye bank islam ke???
Mesin deposit memang tiada pindahan ke bank lain..
tapi kalo mesin ATM, sesetengah mesin ATM sediakan kemudahan pindahan ke bank lain.
tapi mesti ada kad atm bank terlebih dahulu..
Assalammualaikum ,
Saya nak beli barang secara online , tetapi perlu buat bayaran melalui maybank dan cimb . Sedangkan saya tak ada akaun di bank tersebut ..
So , boleh ke saya bayar melalui Mesin cash deposit CIMB ?
walaupun tiada akaun di bank tersebut ?
atau ada cara lain untuk saya buat pembayaran..?
harap abg hairul boleh membantu , terima kasih .
Untuk Cash mesin deposit, cik najwa memang tidak perlu ada kad atm dibank berkenaan.
hanya perlu bawa wang tunai dan no akaun bank penerima. Semua bank sama… tq ya
oh…. sangat simple rupanya… maklumlah first time…
thanks abg hairul..
Biasa la cik najwa.. semua org bermula dari tak tahu..
yg penting jgn malu mencari jawapan…tq ya
kalau dari atm maybank bank in ke CIMB bank boleh ke???
Kalau cash mesin deposit hanya untuk bank berkenaan sahaja…
salam.nk tanye sket bro.i’m student.pakai cimb kad.kalu kite nk g oversea(south korea) kmudian kite nk pakai kad tersebut di mana2 atm MEPS kt sane,cmne setting tu eh..lg satu,kad bank tu,terlupa plak password sbb first time guna.juz bwa ic kt kaunter bole settle kn..
wsalam.. maksud en. bukhari kad atm cimb malaysia nak digunakan di mesin atm korea ke? Not sure lah. better tanya hotline cimb. berkenaan dgn password tu, yap bawa IC sahaja. tapi makesure scan ibu jari boleh dibaca…
sy stdent , mc x tw ni . ble tak kte bank in kat agro bank?? coz sy xda akaun maybank n CIMB bank~ plezz tlg ye~
Mesin Cash Deposit tidak memerlukan kad atm atau akaun bank di bank berkenaan, cuma perlu bawak duit dan nombor akaun bank penerima saya.. dan follow step2 diatas.. Cuba baca semula artikel diatas….tq ya.
mcm mn nk trnsfer duit dr mybnk snpore ke m’sia?ad cas dknkn x?blhh tlng jlaskkn
sory.. komen en. zakki masuk ke spam…
Boleh guna TT transfer. Elok pergi ke cawangan maybank dan minta borang TT transfer untuk pindahan wang ke negera lain…..
kalo maybank ke maybank di negara lain, cajnya lebih murah…
Sy ada membuat pembayaran melalui maybank cash deposit ttpi dia nk minta bukti bayaran melalui scanner.dia minta smua detail sy di resit bayaran sbgai bukti.klu x,dia x dpt bg brg yg dbeli.sy dh ambil gambar resit payment sy tu tp dia mau resit n detail sya.blhkh sy pg ke mesin cash deposit tu sekali lagi n minta detail.sy xthu mcamana nk buat..tdkkh buat pembayaran 2kali klu cmtu?help me immediately..
Teruknya penjual tu tinnie… kalo saya, duit masuk je.. dah kira ok…..
cuma ada kemungkinan wang tidak diterima oleh pihak penjual…
saya pernah dengar juga kes deposit wang tunai tapi wang tak masuk ke akaun…
atas masalah line connection mesin deposit..
Elok cik telefon hotlink maybank untuk maklumat yg lebih tepat…. nie no: 1-300-88-6688
asskom bang hairul sy nk ty , leh ke kita nk tukar password lm ke baru kat mechine atm ty
Elok En. Wan call service center CIMB untuk membantu en wan.. jgn risau mereka mesra pengguna..
nie hotlink mereka: 1 300 880 900
Langkah 7 tu kena letak nombor akaun orang yang kita nak masukkan ke?
Lagkah 8 pulak kena nama tuan punye akaun atau yang masukkan duit?
Ya betul.. langkah 7.. masukkan nombor akaun org yg kita nak bayar…
benar.. langkah 8 ialah nama pemilik akaun yg kita masukkan pada langkah 7….
semoga membantu..
Macam-mana nak tahu yang ATM tu ada pindahan interbank?
Kena check kat menu2 dalam ATM, cik aida..
salam..saya nak tanya sikit ni,saya guna akaun bank islam,bolehkah kalau saya buat transfer money dari akaun saya ke akaun bank lain melalui mesin atm?..Cth maybank
Wsalam, Ia bergantung pada mesin ATM. Jika di dalam mesin ATM tersebut ada menu pindahan antara bank. Boleh lah.
The first thing i want to say thanks you
, u’re very helpful me .
small matter la cik molly
… feel free share my article with your friend….
saya nk tny klo nk bank in kt bank public bank…
steps die same je k lain???
Cara setiap bank lebih kurang sama sahaja.
tapi ada sikit beza dari segi susunan arahan.
Jangan risau, cik liana hanya perlu ikut arahan di screen. Mudah sahaja
saye nk buat acc bank maybank…umur saye 14 thun…boleh x daftar acc bank dengan sendiri…
saya kurang pasti.. elok tanya terus ke pihak maybank..
salam ..saya nk tnya..saya dh msukkn duit dlm akaun kan . . (maybank)
xp dya kta xleyh kuaqkan duit yg saya bgi 2..kenapa ekk?
kena tunggu ke? bwu leyh mek duit 2
Wsalam… saya kurang pasti en. sharul, elok tanya dengan pihak bank…
hmm..oke-2
kan saya nk bank in duit guna csh deposit kan (mybank)
saya ikowt la urutan/step2 yg diberikan..msuk no akaun..n tertera la nama akaun tersebut..n saya msukkn duit…dh hbes msuk duit..resit kuaq kan.ade tertera no akaun 2..kiranya kita dh msukkan duit dlm akaun 2 kan..
Benar tu… Resit tu sebagai bukti pembayaran kita en. sharul..
terima kasih
tima kasih kembali..
terima kasih kerana membuat tutor untuk cara-cara menggunakan atm cash deposit..
dah lah tak biasa pergi bank..takut-takut salah masukkan duit lak..
teriam kasih sekali lagi..
Semoga membantu en. fariz guna machine deposit..
mmg betul tu.. kalo tak biasa.. cuak juga nanti
yang lankah ketiga tu..
boleh tekan apa-apa no. sekalipon ke..??
dan cara-cara ini terdapat di semua bank maybank ke..??
harap reply..
Yap.. kalo machine belum aktfi.. tekan aje apa2 sahaja..
tapi kalo machine dah aktif.. tekan ikut arahannya..
kalau harganya RM 330 cam na plak…boleh ka guna RM50=6keping dan RM10=3keping skali…
Boleh en Nazih, tiada masalah
ok,thank..
tq kembali
duitnye masukkan semua sekali atau kena masukkan satu per satu…
Boleh dimasukkan semua sekali en Nazih.. nanti mesin tu akan kirakan….
ok,tq…
Salam abg hairul ..saye nk tanye sikit, kat step 10 tu saye kurang paham..yg 0 = RM 0 dan seterusnye tu ape ..? tlg jelaskan sikit ..hehe maklum la ..first time ~
Wsalam cik rose.. ooo itu jumlah wang kertas yg kita masukkan….
RM10 x 3 = RM30 …. saya masukkan tiga keping wang kertas rm10…
owhh mcm 2.. baru sye phm ..thank q abg hairul ..abg hairul banyak membantu~
tq kembali cik Rose
….
cash machine deposit CIMB lain.
so tak tau nak bank in.
Yap lain sikit.. namun caranya sama sahaja.. cuma ikuti arahan pada skrin je.
Mudah je.. yg penting jgn mengelabah.. baca betul2 arahan kat screen tu dan klik button pilihannya..
Bleh ke klu deposit duit gne mesin maybank untuk akaun affinbank?
klu boleh camne cara die ek?
Mesin deposit utk bank berkenaan sahaja..
kalo affin bank .. kenalah pergi ke mesin deposit affinbank..
saya ingin tau gimana cara transfer uang dengan menggunakan atm cirrus.. thank u
Utk bank indonesia ke.. saya kurang pastilah En Hendra.. Elok tanya pegawai bank disana…
habis apa pula akan berlaku kalau kat resit tu tulis ‘cash jam’?
means duit kita burn macam tu je ke?atau tetap akan ditransfer?
Itu kena check dengan pegawai bank.
hello, macam mana jika tersalah hantar duit tersebut ke akaun orang lain? boleh tak saya mendapatkan duit saya semula?
Masa masukkan nombor akaun tu.. nanti keluar nama pemilik akaunnya.. so kena pastikan namanya betul la… semoga membantu en. Zulhilmi
kalau nak cash deposit ke luar negara punya akaun macam mane ya ?
boleh guna cdm ini ?
Oh tak boleh guna CDM En LIm..
utk pembayaran ke luar negara, boleh ke kaunter bank dan isikan borang TT transfer.
Utk lebih detail, dapatkan panduan dari pihak bank. Mana2 bank pun boleh
kalau tak de akaun dan kad kredit pun takpe kan ?
aku sangat risau sebab dah suruh kawan kat luar negara beli benda …
Terima kasih sebab jawab pertanyaan aku !
setahu saya tidak perlu..
apa2 pun, elok call dulu pihak bank.
manalah tahu ada perubahan…
tak silap ia dipanggil telegraph transfer
aku dah pegi bank tanya , katakan boleh tapi nak isikan satu borang TF . Terima kasih banyak – banyak !
Bagus lah mcm tu En Lim…
kalau CDM tk terima duit RM 1 dan RM 5 so kena gi bayar kt kaunter biasa lah ?
Yap. Betul tu en azry..
Owhh~ thanks sharing
Tau tak cmne nak check duit melalui online..i mean maybank punya.Cz bila buat bisnes kita tak tau sape yg da bank in..sape yg belum.Cmne nak check online? TQ
tq kembali.. check duit ada saya sediakan video tutorialnya… cuba cari kat sidebar kanan…tqvm
Askum , saya baruu berumur 14tahun , boleh kah saya mengunakan deposit mechine ?
Wsalam en Zarul.. mesin deposit boleh digunakan oleh sesiap sahaja dan tiada had umur…
wow . terima kasih bnyak2 . nice tutorial . langkah ketiga tuh mcm mne ?
tq kembali..
cmne nk byr brg yg bharga RM26 guna cimb/maybank ?
law kte bg RM20 dye bg balance x..hoho tulun2
Kalau RM26, kena pergi ke kuanter bank utk pembayaran…
Salam,sy nak taw mcmney kte nak bankin money untuk ke bank luar negara..
Contohnya:sy nak beli brg online dr indonesia then mcmney sy nak bankin kan dwet kat acc dia?then perlu ke sy tukar mata wang m’sia ke mata wang indonesia?
skrg nie, cara mudah guna western union di http://www.westernunion.com.my
insyaAllah jika ada kelapangan saya akan buat tutorialnya…tqvm ya..
bolehkah saya transfer cash money melalui cash deposit machine cimb bank ke maybank?
setahu saya tidak boleh..
tapi kalo cik ada kad atm cimb, boleh gunakan atm cimb untuk pindahan ke bank lain..
ok..thanks yaa…
tq kembali…
salam..sy nk tye,bley x tranfer duit dri HSBC ke maybank/cimb??
n kalau ada bagaimna caranya??
Hsbc nie lain sikit…. dulu saya ada akaun disana.. hanya bole keluarkan duit di atm bank berkenaan sahaja. elok tanya dgn pegawai hsbc..
nak transfer duit guna cimb memang sama cam transfer duit pakai maybank ye? tak perlu guna kad atm @ ada akaun cimb?
Utk deposit wang menggunakan mesin deposit utk mana2 akaun bank tidak perlu ada kad atm. Tapi deposit mestilah ke akaun bank berkenaan. Cara menggunakan mesin deposit tak jauh berbeza antara setiap mesin. Yg penting ikut arahan di screen.. tq
oh..ok.. thanks ye..
gelabah giler….1st time bank in…mcm nak pengsan je…depan mesin tuh…..thx admin …hairul…kalau ko x ajar aku…pengsan dah aku depan mesin tuh……..True Story..
Tima kasih kembali… First time memang begitu.. tapi lepas tu .. mudah je kan…
Assalamualaikum… En.Hairul boleh tunjukkan saya cara nak transfer duit dalam akaun kita terus masuk ke akaun orang lain..i’mean tanpa perlu keluarkan duit … antara akaun kita dengan akaun berkenaan… terima kasih
saya ada buat tutorial videonya di http://hairul.com/blog/video-tutorial-cara-daftar-dan-guna-cimb-maybank2u-online-banking/
tu secara online banking. kalo tanpa online banking pun boleh guna ATM machine. Tapi en kena ada kad ATM bank berkenaan. Dalam menu, ia dibahagian Pindahan atau Transfer. Biasan ATM machine di office bank je ada. Caranya mudah je, follow instruction di dalamnya..
as’kum..sy nk tye,klu deposit tunai kt mesin atm maybank stesen minyak blh ke?
Wsalam.. kalo stesyen minyak tersebut menyediakan mesin deposit, bolehlah gunakan…
ape sy tgk mesin atm stesen mnyak sme je,x de tulis kat tepi utk cash deposit pn?
1 lg nk tye,mesin cah deposit mmg ade di cawangan maybank shaja ke? blh ke klu nk deposit di cawangan pda hri minggu?
Itu mesin ATM tu.. Ada setengah stesyen minyak sediakan mesin cash deposit.. tapi kebanyakkan hanya sediakan ATM sahaja. Kat cawangan memang dibuka 24 jam, isnin-ahad…