Berhati-hati memilih kawan seperti kes Nur Amalina Che Bakri


rakan

.

Baru-baru ini kecoh kes Nur Amalina Che Bakri dengan gaya pemakaian yang seksi. Sampai keluar berita TV3 tu. Perghh, popular juga anak Che bakri nie. Ramai juga yang menghentam dan mengkritik adik Nur Amalina. Tapi di sini, saya bukan nak komen pasal adik nur amalina ini. Tetapi lebih kepada menasihati diri saya dan anda tentang bahaya rakan-rakan yang boleh mempengaruhi diri anda atau anak anda.

Jangan kata Nur Amalina Che Bakri, anda sendiri boleh berubah kepada yang lebih teruk jika tidak memahami puncanya. Salah satu puncanya ialah kawan atau rakan kita. Rakan-rakan sangat kuat mempengaruhi dan mengubah diri kita. Kawan-kawan mampu merosakkan diri kita. Oleh itu, amat bijak mendidik diri kita dan anak kita untuk memilih kawan yang baik. Kerana kesilapan memilih rakan, bukan sahaja menyusahkan diri kita. Malah menyusahkan keluarga kita, saudara mara kita dan masyarakat kita.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita dengan sabdanya “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Sangat jelas, Agama Islam menyuruh kita mencari rakan yang baik. Kerana sudah pasti rakan yang baik memberi kebaikan pada diri kita. Begitu juga dengan sebaliknya. Oleh itu kita bertanggungjawab mendidik diri kita dan anak kita untuk memilih dan bergaul dengan rakan yang baik. Kita juga bertanggungjawab membawa diri kita dan keluarga kita ke persekitaran dan rakan-rakan yang lebih baik.

Satu perkara lagi ialah perbualan dengan rakan-rakan menjadikan makanan minda yang mempengaruhi diri kita dibawah sedar. Sebagai contoh, anda berkawan dengan orang main nombor ekor. Hari-hari bercerita pasal nombor ekor. Tanpa anda sedari, perbualan tersebut menjadi makanan minda yang memperngaruhi diri anda. Lambat laun, anda pula terjebak bermain nombor ekor. Sebaliknya jika hari-hari anda bercerita tentang keburukan main judi. Haramnya judi. Balasan main judi. InsyaAllah, lama kelamaan rakan anda akan berubah berhenti bermain judi.

Oleh ttu berhati-hati dalam pergaulan dan memilih rakan. Kesilapan memilih rakan bukan sahaja menyusah diri anda malah menyusahkan keluarga anda, saudara mara anda dan ramai lagi. Oleh itu sayangilah diri dan keluarga anda dengan memilih rakan yang baik.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 06 Jan 2012 - Visited 18954 times, 2 so far today    43 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

43 Responses to "Berhati-hati memilih kawan seperti kes Nur Amalina Che Bakri"

  1. super mak says:

    setuju sgt2… kwn dgn setan jd setan lah kita..

  2. suzie says:

    sangat2 bersetuju dgn pendapat saudara…tersilap berkawan boleh merana seumur hidup. terlalu banyak kisah yg boleh kita jadikan iktibar dan panduan yg saban hari dimuatkan di dada akhbar.
    jika ingin menjadi bijak pandai bergaullah dgn para bijak pandai dan jika ingin berjaya berkawanlah dgn org2 yg berjaya…pasti kebijaksanaan/kepandaian dan kejayaan kawan2 kita itu akan sedikit sebanyak terbias juga kepada kita dan begitulah sebaliknya…

    • Hairul Hissam says:

      Terima kasih atas nasihat cik suzie..
      Spt kata cik suzie, jika kita bergaul dgn pelajar rajin dan bijak..
      insyaAllah kita lebih bersemangat mengikut jejak langkah mereka… tq ya.. :D

  3. suri says:

    salam.
    jgn salah pilih kwn silp bulan kita kwn secara suka2 blh terjebak tanp kita sedari huhu..
    klu cri kwn suka mmbaca pasti kita akn ikut sama sekli..sebaliknya cari kwb yg burk kita silap bulan blh terikut perwatakan seperti itu heeee

    • Hairul Hissam says:

      wsalam..
      mmg benar tu.. kalo kita bergaul dgn mereka suka mengumpat..
      dan mengutuk.. nanti kita pun akan terikut sama….
      semoga kita berhati-hati memilih kawan… :D

  4. mahani says:

    Salam Hairul, terima kasih atas perkongsian pandangan dan nasihatnya. Semoga dapat sama2 dijadikan penyuloh kehidupan, Amin….

  5. chii says:

    chii setuju..kawan ni sebenarnya ibarat cermin bg diri kita..kalo kita berkawan ngan org baik..insya Allah..baik lah jadinya..kalo x..yg sebaliknya berlaku..

  6. amy says:

    Saya setuju dengan pendapat saudara Hairul,memang pengaruh kawan boleh merubah corak kehidupan kita seharian.

    • Hairul Hissam says:

      Pengaruh rakan mmg sgt kuat…
      yg risaunya anak-anak remaja yg mudah sgt terpengaruh dgn rakan dan media…
      semoga sentiasa memperingatkan keluarga kita.. tqvm… :D

  7. ohcikgu says:

    biasalah tu. dah pandai..pandai gak dia menjawabnya..

  8. Azli Jamil says:

    Sometimes friends who are “Bad” could teach us more.
    Kita semua ada akal, just because a friend wants to do something bad, doesn’t mean we would follow.
    Wallahualam

  9. Laduni says:

    Sangat setuju dengan Saudara Hairul, pengaruh rakan sangat kuat dalam membentuk peribadi anak-anak..

  10. cik tom says:

    betul tue hairul..kena pandai pilih kawan..kdg2 famili dah didik sebaiknya..bila pergi belajar..silap pilih kwn..tue yg jadinya culture shock…

    • Hairul Hissam says:

      Betul tu cik tom…. mmg sayang sekali jika family dah didik baik2….
      akhirnya tersilap memilih kawan yg merosakkan.. semoga keluarga kita dijauhkan :D

  11. salam.. saya setuju dengan entri ni..

  12. Mekar says:

    Salam.

    Terus terang cakap saya ni memang tak ramai kawan(tambahan lepas berkahwin dan berenti kerja). Ini bukan bermakna sya sombong tp sya memang “memilih” apabial berkawan. Tapi lain halnya bila berkawan dalam blog..hehe Sebab kita saling tak kenalkan cik hairul ?

  13. adele says:

    kesian tgok kat mak dia je..bermati-matian nak ttup aib anak sedangkan anak tu takde pun nak jaga aib mak..hmmm

  14. Oh! budu says:

    kalau nak berkawan, baik cari cam nik nur madihah ke, siti fatimah ke.. dan satu lagi, aku pun nak mengingatkan diriku dan semua, bahawa iman yang amat kuat diperlukan kalau nak belajar oversea.. dan sentiasalah berada berjemaah dalam melakukan sesuatu.. insyaAllah.. everything gonna be ok!

    • Hairul Hissam says:

      Di Oversea mmg byk dugaan…. dgn rakan2, media dan bermcm lagi…
      Spt kata en Budu, sentiasa berjemaah dgn rakan muslim…
      tapi lebih selamat belajar dlm negara je.. :D

  15. razlnr says:

    Rasanya tak salah berkawan dengan sapa sapa pun, umpama perpatah tak hilang bisa ular kalau menyusup keakarnya ( lebih kurang cam tu lah bunyinya) cuma kita sendiri yang perlu pandai berfikir… sebab kawan dengan anak tok imam pun belum tentu jadi baik…

  16. hatiputera says:

    Dalam dunia zaman sekarang nie,,,banyak kawan makan kawan.berhati-hatilah memilih kawan.

  17. Idir says:

    kalau ‘jatidiri’ kita kukuh..insya Allah takkan mudah dipengaruhi orang..belajar overseas or di Malaysia saja belum menjamin kita semua tak mudah terpesong..

  18. Orang Kampung says:

    setuju sangat la. Orang dulu – dulu selalu kata, orang jahil pun kalau kawan dengan orang alim akan jadi macam pak lebai. Kalau kawan dengan pecuri ayam, kalau tak curi ayam pun mungking tumpang semagkok sup ayam. So tepuk dada tanya selera la.

  19. riza says:

    Hari ni kak riza ‘kehilangan’ seorang sahabat..sebab dia tukar sekolah, naik pangkat. Sedih sebab ingat susah nak cari ‘pengganti’ macam dia. Dari mula kawan dengan dia, kak riza dapat rasa dia ‘ikhlas’ berkawan. Tadi, bila salam ‘Selamat Tinggal’, dia sebut yang dia pun rasa macam tu dengan kak riza…Masa kak riza pergi haji tahun lepas, dia kata dia mimpi kak riza ‘senyum’ kat dia…tak tau apa maknanya…

    • Hairul Hissam says:

      Simpati ngan kak riza.. Bersabar kak riza… InsyaAllah, jika hati kita baik.. pasti rakan yg baik akan mendampingi kita…

      • riza says:

        InsyaAllah, ‘Patah Tumbuh, Hilang Berganti’. Sahabat yang bertaut hati kerana Allah, itulah sahabat yang sejati. Kadang-kadang kawan kita, hanya manis di mulut, di depan kita, tapi di depan orang lain…lain dikatanya tentang kita. Betul juga kata Hairul, kalau kita nak orang baik dengan kita, mestilah kita ‘baikkan’ hati kita dulu. Seperti kata ‘motto’ satu saluran tv tu, ‘Segalanya Bermula di…Sini’.

        • Hairul Hissam says:

          Itu yg bahaya kalau dapat kawan manis mulut didepan kita tapi sebaliknya dibelakang kita. Biasanya kalau org jenis suka menceritakan keaiban org lain di depan kita, nanti dibelakang kita dia cerita keaiban kita pula. Sebab dah jadi hobi dia.. Itu yg bahaya dapat kawan macam ini. Bagus motto tu. he.he.he

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.