Berminat Tak? Aneka Putu Piring & Bambu – Style Homemade dan Komersial


Ramai juga bertanyakan produk terbaru saya melalui email, komen blog, sms dan hp. Kebanyakkan dari bekas pembeli pakej saya. Mungkin ada yang menjangkakan pakej kek. Yap memang ada dalam perancangan. Tapi rasanya elok ditangguhkan dulu. Lagipun bukan mudah nak buat video yang terperinci di tempat orang dibandingkan di rumah sendiri.

Macam mana kalau saya buat dulu pakej putu piring & putu bambu. Ia bukan sekadar putu piring yang biasa dijual tu. Tetapi dipelbagaikan dengan aneka citarasa dan skill dari hotel. Pergghh.. bunyi nyee macam best jeee. Memang best pun. :P . InsyaAllah, sangat berbaloi seperti pakej-pakej saya sebelum ini.
.

Baru je terfikir pakej putu piring ini. Itupun selepas mengenali seorang bekas peniaga putu piring. Saya kenali abang nie di kediaman baru saya di Kulai. Memang baik betul abang nie. Abang tu pun suka sangat ilmu ini diajar kepada orang lain. Jika tidak, ilmu ini akan hilang begitu sahaja nanti. Bersemangat abang tu. Yelah ada habuan untuk abang tu nanti :D

Sebelum saya start buat pakej ini, saya nak buat survey dulu. Ramai tak berminat untuk memilikinya. Kalau anda berminat, klik button Like. Jika ramai yang klik Like, bolehlah saya start buat. Tapi saya perlukan masa untuk mempelbagaikan putu piringnya dan modified agar ia boleh dibuat di rumah tanpa menggunakan alat khasnya. Doakan usaha saya berjaya. Jom klik like, jika berminat.
.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 28 Oct 2012 - Visited 11819 times, 35 so far today    58 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

58 Responses to "Berminat Tak? Aneka Putu Piring & Bambu – Style Homemade dan Komersial"

  1. hanim says:

    Like buat la cd nie

  2. cik tom says:

    ciktom rs bagus…tgk bisnes putu bambu ni pun mmg laku kt mn2 jual pun..kuih putu bambu ni mmg fevret ciktom n famili :)

  3. Peja says:

    Wah, saya suke putu piring!

  4. akubiomed says:

    Tak ramai yang mampu membuatnya. Saya pandai makan sahaja. :-)

  5. zan says:

    teruskan En. Hairi..don,t give up

  6. azriey amrie says:

    nmpak mudah, tp klau xpandai buat, xjadi juga… Buatlah En Hairul.. Insya Allah, mesti ramai yg minat…..

  7. Wah! payah nak cari ni kalau di KK. Kalau kawe boleh buat nie.. alangkah senangnya..

    • Hairul Hissam says:

      Kalau dapat buat sendiri.. mmg kenyang makan putu piring.. Boleh dipelbagaikan lagi…. InsyaAllah akan buat yg terbaik.. :D

  8. gloryatie says:

    favouret ni
    lau g pasar malam mesti beli…yummy (*,*)

  9. ciknor says:

    teruskan usaha itu. tengok tu, ramai yang like

  10. K-zal says:

    Favorite sy sekeluarga nih… sokong sgt2… hehe… lg 1 nak komen, after 6-7buln dpt pakej taufufah tu, bru pg tdi pg dpt “SERU” utk m’buatnyer… ALHAMDULILLAH… menjadik sungguh. lembut & gebu… makan plak panas2 time ujan lebat ptg td! sampai LICIN bekas kedap udara tu x sampai 15min, BERBALOI-BALOI… makaseh kongsi ilmu yg d manfaatkan ni…

    • Hairul Hissam says:

      Perghh lamanya tersimpan dvd tu sampai 6-7 bulan. Nasib baik datang SERU.. hee :D . Tahniah K-Zal kerana berjaya buat taufufah.. Mmg seronok satu keluarga menikmati hasil tangan sendiri… Kena pula time hujan… :D

  11. titan says:

    memang berminat habis. hehe..

  12. donnyien says:

    dulu pernah makan putung piring bambu sewaktu di penang.. di area damansara belum jumpa putung ni

  13. idrich says:

    buat cepat sikit,patut dari dulu dh buat,pasti ramai beli punya………cepat2 tau buat.

    • Hairul Hissam says:

      rasanya kalo nak bagi yg biasa punya.. esok dah boleh jual.. Sebab nak pelabgaikannya tu makan masa. Sabar yee.. website pun belum buat… :D

  14. chii says:

    fuh,,sedapnya putu piring..lgi2 kalau di makan time tgh panas..mmg 3 keping pn..chii leh abihkn…

    chii yakin..mesti ramai yg suka dgn pakej ni

    • Hairul Hissam says:

      Lagi2 masih berwap kan cik chii.. meleleh tengok.. heee. Alhamdulillah ramai juga yg berminat. tqvm cik chii..:D

  15. khairul says:

    salam hairol.saya berminat dgn resepi apam balik utk berniaga.boleh terbitkan tak?tq

  16. Zee says:

    Tidak sabar rasanya nak belajar buat kuih kegemaran saya ni terutama sekali apabila tidak memerlukan acuan..sgt sesuai kerana saya diperantauan.

  17. nurmisnan says:

    alamak.. suka sesangat putu piring + bambu..
    sodapnya… putih gebus jer bambu tuh.. hik3

  18. Nadot says:

    suke gile putu piring n putu bambu!!..mesti beli kalau kat psr malam. pastu ade jugak jmpe putu bambu yg dah siap paket yg letak pandan tu…marvellous ah!..ishk..terliur plak… huhuhu

  19. durriyah says:

    Hmmmm……dengar pun dah terbayang-bayang. Nanti hello2cepat

    • Hairul Hissam says:

      InsyaAllah nanti saya hello.. hello.. hello… kat durriyah. :P Elok masukan nama dan email di sidebar kanan blog utk dapatkan news terbaru samada artikel blog atau produk terbaru :D

  20. Li says:

    Pakcik minat nak belajo utk komesial (putu bamboo)

  21. Rozman says:

    Salam bro….boleh tak bagi resepi camana nak buat tempe.Dan yg paling penting kat mana boleh dapat raginya.T.Kasih

  22. Pakcik Li says:

    Hairul. Boleh tak buat personal coaching. Urgent nie. Kedai dah set up.

  23. mekar says:

    Saya jarang beli putu ni. bukan tak suka makan tapi ada banyak makanan lain lagi yg menjadi keutamaan apabila ke pasar malam.

  24. eyza says:

    Salam En Hairul, lambat lagi ke dvd putu’s siap? Tak sabar tunggu ni, nak komersialkan.

  25. CIKSUE says:

    salam hairul,agak2 boleh x kalau x pakai bekas putu piring atau putu bambu? Kira main tepek je pastu kukus..atau hairul ada cara lain?

    • Hairul Hissam says:

      wsalam… elok tunggu pelancaran pakej putu nanti.. mmg boleh dibuat tanpa alat pengukus khas.. tunggu ya… :D

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.