Tapi sebelum tu jom tengok komen bisnes putu mayam..
Waktu pkp ni memang sesuai jual putu mayam dari rumah. Keuntungan putu mayam memang besar. Dan resepi yang diberi memang dari orang India yang asli. So teknik membuatnya berbeza dan putu mayamnya lebih halus dan sedap. Anda boleh belajar di www.rahsiaputu.com
Tips Hidup Bahagia dari Pengalaman
Saya lebih suka straight to the point saje. Tipsnya sangat mudah iaitu mengembirakan dan membantu kedua ibu bapa kita. Percayalah, selagi mana anda menghulurkan bantuan dari segi tenaga atau wang ringgit kepada ibu bapa anda.
Selagi itulah rezeki anda akan melimpah ruah. Dan selagi mana anda berusaha mengembirakan hati mereka, insyaAllah hidup anda lebih bahagia dan dipermudahkan.
Hadis Keutamaan Keredhaan Ibu Bapa
Rasullullah s.a.w. bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”. Hadis Sahih ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899
Dari pengalaman hidup saya, ia terbukti benar. Disini saya lihat kejayaan bisnes bukan sekadar pada perniagaan. Tetapi bagaimana kita menggunakan wang atau keuntungan yang diperolehi. Jika kita gunakannya untuk kedua ibu bapa kita. InsyaAllah rezeki akan datang melimpah ruah. Banyak idea bisnes dan strategi promosi akan datang. Urusan bisnes kita akan lebih mudah dan smooth. Dan keuntungannya berlipat kali ganda.
Mengembirakan Ibu Bapa Buat Hidup Anda Bahagia
Tambahan lagi, sekiranya kita mengembirakan kedua ibu bapa kita. Kehidupan kita lebih aman dan bahagia. Ia terbukti benar dari kisah-kisah orang lain.
Mereka telah banyak bersabar dengan kita semasa kita kecil. 9 bulan mengandung kita. Membasuh najis kita. Menyusukan kita siang dan malam. Menyediakan segala-galanya untuk kita. Oleh itu, sudah tiba masanya kita pula bersabar dengan mereka. Itupun untuk kebahagian hidup kita juga.
Bersedekah Rahsia Murah Rezeki
Allah s.w.t. berfirman dalam Al Quran, Surah Al- Baqarah, Ayat 268:
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Salah satu lagi kunci kekayaan ialah dengan membelanjakan harta kita kepada mereka yang memerlukan atau bersedekah. Ia terbukti menambahkan kekayaan. Sebenarnya ia telah diamalkan oleh peniaga cina yang gemar menyalurkan dana ke sekolah-sekolah Cina dan badan NGO cina.
Contoh Dari Usahawan Berjaya
Begitu juga usahawan melayu yang berjaya iaitu Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau mempunyai yayasan sendiri untuk membantu golongan yang memerlukan. Sebabnya mereka tahu, inilah kunci utama menambah kekayaan. Seperti satu undang-undang yang telah ditetapkan oleh Pencipta Yang Maha Agung. Yang penting perlu keikhlasan hati dan sebagai tanda bersyukur kepada Nya yang memberi banyak nikmat atau rezeki.
Semoga tips ini membantu hidup anda lebih bahagia dan murah rezeki. Seperti artikel yang lain, tujuan utama artikel ini, lebih mengingatkan diri saya sendiri. Sama ada kita memiliki keluarga sendiri atau tidak, kita tidak boleh lupa membantu orang tua kita. Demi kebahagiaan kita semua.
Nak Rahsia Elak Kecelakaan Dlm Hidup
Untuk rahsia mengelak kecelakaan hidup atau bala ada saya tulis panjang lebar di link ini>>>: https://hairul.com/blog/budaya-mengumpan-mengutuk-hanya-beri-kecelakaan-pada-bisnes-keluarga-dan-diri-anda/
Auntie Qalesya says
Jazakallah khair atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini :). BTW, tak ada resepi mudah yang baru ke? huhu.
Hairul Hissam says
Wa iyakum,……. oh.. tak sabar menunggu resepi baru ye Auntie Qalesya 😀 … kena tunggu turn….ingat nak bagi resepi simple dari cold kitchen.. tengok lah nanti ya..
che seda says
Assmkum…
Terima kasih kerana sudi kongsi sesuatu yg bermakna buat saya.
Jangan lupa kalau ada tip2/resepi yg menarik kongsi la. He he he…….
Hairul Hissam says
Wsalam.. semoga memberi manfaat bersama 😀 …
InsyaAllah akan terus menulis nanti…
fauziah m. noor says
terima kasih dengan tips ini. Banyak pengajaran daripadanya. Tidak terbatas kepada golongan muda sahaja, yang tua selagi mana dia beribu dan berayah… turutilah nasihat ini. Terima kasih Hairul…Selamat Hari Raya Aidiladha….
Hairul Hissam says
Salam aidiladha juga buat cik fauziah….
Spt kata cik fauziah.. samada kita muda atau tua..
selagi mempunyai ibu-bapa.. kita mempunyai tanggungjawab pada mereka….
yg tiada…. doakanlah kebahagiaan mereka disana… 😀
mahani says
Salam Hairul,
Subhanallah… memang artikal dan antara tips yang terbaik untuk kehidupan seorang Muslim. Terima kasih banyak2 Hairul.Semoga menjadi amalan kita semua, Amin……
Hairul Hissam says
wsalam cik mahani…
semoga dapat kita amalkan bersama…. tq 😀
Zailani Bin Zolkiple says
Sama-sama kita ingat-mengingati antara satu samala lain ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Hairul Hissam says
benar tu en. Zailani…. Itulah yg disuruh di dalam Al quran…
kerana kita nie selalu aplha dan lupa… 😀
chi says
chii setuju…memang betul pn dengan tips yang bro hairul kongsikan ni..
dan satu lagi…jangan terlalu berkira dan jangan kedekut untuk menderma ….
Hairul Hissam says
Benar tu Cik chi.. jgn berkira dalam bersedekah nie….
dan keikhlasan tu penting :D…
Lizz says
saya bersetuju dengan entry ni. sebelum ni, walaupun sentiasa ada duit dalam tangan tapi tak disedekahkan aka takut na kuarkan untuk perkara2 cam ini. risau duit habis. tapi, lately dibukakan hati untuk buat je apa yang dah tergerak dalam hati (contoh dah tergerak hati nk beri duit pada org tepi jalan walaupun cuma ada duit RM10 dalam tangan. just beri dan lupakan duit tu).
kesannya sangat menakjubkan. 1, hati kita tenang sangat. 2,Allah ganti duit kita itu semula dengan cara yang lain. Islam itu indah sangat 😉
Hairul Hissam says
Mmg banyak hikmat disebalik bersedekah kan cik Lizz…..
InsyaAllah ganjarannya tentu lebih lumayan, didunia dan diakhirat… 😀
zai says
Setuju sgt2 dengan tips yang diberikan.bersedekahlah kerana ia tidak akan menyempitkan rezeki kita tp ia meluaskannya.nikmat yang paling besar hati kita akan lebih tenang dan bahagia.tp mesti dilakukan dengan ikhlas bukan untuk menunjuk2.Bila kita rasa byk sgt masalah dalam hidup cuba mulakan dengan bersedekah insyaAllah hati akan tenang.x rugi pun….
Hairul Hissam says
Sedekah ini meluaskan nikmat dan menjadikan hidup kita lebih tenang dan bahagia, insyaAllah. tq en. zai 😀
Dulu Lain Sekarang Lain says
Memang banyak tips dalam mencapai hidup yg bahagia. Kawe rasa hormati ibubapa dan bersedekah itu antara yg paling top dan wajar dipraktikkan. Bahagia juga tak semestinya byk wang dan kaya raya. Yg penting hati senang, fikiran lapang dan dapat buat apa yg penting buat diri kita 😀
Hairul Hissam says
Kalo ada byk wang, tapi penuh dengan masalah.. tak guna juga. kan bro 😀
suri says
bersedekah itu yg perlu..klu sush sgt beri apda jiran2, buat belanja kwn2 tak salah kan heeee
Hairul Hissam says
Benar tu cik suri, besedekah tidak semesti dalam bentuk wang ringgit..
spt kata cik suri, belanja rakan-rakan atau buat masakan untuk rakan2 dan keluarga… 😀
nizamghazi says
Boleh tak sy cakap tiba2 sy rindukan mak n ayah.
Raya ni sy tak balik kampung ;(
Apa2 pun peringatan yg terbaik tuk semua orang.
equrban? tak pernah masuk lagi.
Hairul Hissam says
Kalo tak dapat balik… call lah mereka mengubat rindu. 😀 …
Mcm saya, hari2 kat kampung bandar nie..
Salam aidiladha bro……
nizamghazi says
Okay, baru lepas call tadi ckp x balik ;(
Slm Aidiladha too hairul 🙂
Hairul Hissam says
Ok bro… semoga success mengejar impian…. 😀
adele says
inilah skim cepat kaya yang diberkati…tolong ibubapa dgn hati yg ikhlas..insyaAllah dimurahkan rezeki 🙂
Hairul Hissam says
He.he.he.. skim cepat kaya dunia dan akhirat .. proven… Spt kata cik adele, yg penting keikhlasan tu…. 😀
levelsatu says
insya-Allah, lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang kita dapat.
Hairul Hissam says
Ganjarannya tentu berlipat kali ganda.. insyaAllah… tq bro 😀
MEKAR says
Salam Hairul,
Sya setuju dgn apa yg dikongsi kali ini.
Ssatu lagi saya pernah terbaca, sekiranya kita sedang ada masalah kewangan, masa tu juga kita jangan lupa menghulurkan belanja kpd kedua-ibubapa. Memang masa tu kita pun sesak kan ? tp jgn risau dgn kekeurangan duit itu krn slps itu, insyaAllah rezeki kita akan bertambah.
Hairul Hissam says
Wsalam cik mekar….
benar tu… segala pemberian kpd ibu bapa akan menambahkan rezeki kita…
InsyaAllah. Yg penting kita yakin dan ikhlas kerana Allah s.w.t. 😀
zaini says
Salam Hairul..
Saya nak tau more detail pasal bisness ebook ni.
Thanks
Zaini
Hairul Hissam says
Wsalam cik zaini, semua maklumat tentang biznes ebook ada di laman web http://www.jombinaweb.com
tq 😀
latifah says
Assalamulaikum tuan,
Memang benar kata tuan, kita kena banyak bersedekah tujuan supaya kita dapat berkongsi rezeki yang Allah berikan kepada kita. Allah akan kurniakan kita rezeki yang tidak kita duga dan kita persan.
Hairul Hissam says
Wsalam Cik Latifah.
Benar kata cik latifah, jika kita berkongsi rezeki, insyaAllah rezeki yg tidak diduga akan datang…
Mmg ia berlaku dalam kehidupan kita kan. 😀
MR.Z says
semoga kita dapat berbakti kepada ibu bapa kita. insyaallah murah rezeki kita 🙂
Hairul Hissam says
Itulah tanggungjawab seorg anak.. jika diabaikan.. padah akan menimpa 😀
bEe says
Tips yg bagus 🙂
Cuma bagi bEe, dlm kehidupan ni perlulah meredhai apa yg berlaku & tawakal setelah berusaha. Kalau takde perkara tu mgkn kita juga akan kalah dgn emosi 😉
Hairul Hissam says
Bila baca komen cik bee.. terfikir nak tulis artikel tentang indahnya beriman pada qada’ dan qadar. bila kita redha dan bertawakal, insyaAllah hidup ini lebih ceria dan bahagia.. 😀
fiezaradzi says
tul tu, insyaallah, lau kita senangkan kedua ibu bapa lita, insyaallah, Allah senangkan kita pulak.. tapi biar ikhlas dlm kes ni, jgn semata2 mengharapkan balasan..
Hairul Hissam says
Betul tu cik fieza.. yg penting keikhlasan dan tanda mensyukuri nikmat Allah…. 😀
Lyn says
Keluarga adalah sebuah institusi asas sesebuah negara. Jika seseorang individu pandai memainkan peranan dlam keluarga dan meghormati ornag tua, InsyaAllah dia menjadi seorang warganegara yang juga pandai memainkan peranan dalam masyarakat. Tahniah kpd En Hairul yang mengembalikan kesedaran kpd nilai murni ini.
Hairul Hissam says
Benar kata cik Lyn, segalanya bermula dirumah. Semoga kita saling hormat menghormati 😀
rokiah abdullah says
benar saya setuju sangat2 dan alhamdulilah saya cepat sedar..sekarang ni saya jaga ibu saya yang uzur dan mengunakan pamper dgn penuh kasih sayang..saya buang jauh2 perasaan geli dan marah2 pada ibu yang saya lakukan dulu..bila kita lakukan dgn keiklasan makin medalam sayang saya pd ibu..ibu ampunkan la dosa ku..allah panjangkan umur ibu ku agar dpt aku mebalas jasa ibu dan mencuci dosa ku..saya berhenti kerja semata2 nak jaga ibu..tima kasih hairul menambahkan lagi keinsafan saya
Hairul Hissam says
Mmg bagus begitu cik rokiah. Tentu besar ganjarannya disisi Allah. Seterusnya memberi kebahagiaan hidup kita dunia dan akhirat. InsyaAllah. Spt kata cik rokiah, yg penting keikhlasan… Semoga ibu dan cik rokiah sihat sentiasa ya… 😀
farah says
Assalamualaikum wbt…
entry saudara Hairul ini sgt menarik ht..tq…menggembirakn hati parents bkn shj akn dmurahkn rezki..tp dimudahkn urusan dunia..cth: kalau nk senang dpt parking kereta di tgh hiruk pikuk kota@tmpt2 yg sibuk,mudah je..selalu lah senang kn hati parents kita..ni based on pgalaman sdri..tgh2 org lain q pnjg nk cari parking, tetiba je ad kereta kt dpn sy yg ‘memberi’ prking kpd sy..alhamdulillah
Hairul Hissam says
wsalam cik farah…
Benar tu. InsyaAllah byk manfaatnya dalam kehidupan kita nanti jika kita mengembirakan kedua ibu bapa kita…
kehidupan menjadi lebih lancar dan mengembirakan..tq cik farah kerna sudi berkongsi pengalaman…. 😀
Maryam says
Artikel ini menguatkan saya untuk bekerja dari rumah untuk menjaga ayah yang uzur. Walaupun terpaksa meninggalakan kerja mewah di kota dan pulang ke kampung. Doakan saya berjaya separti En.Hairul. Sekarang ni saya mula belajar memasak dan ingin memulakan perniagaan makanan pada bulan Julai tahun ini. Banyak maklumat yang sangat berguna yang saya dapat daripada blog ini. Moga-moga En.Hairul terus sukses dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Terima kasih.
Hairul Hissam says
Saya doakan puan maryam berjaya…. InsyaAllah byk ganjaran membantu Ibu dan Bapa. Yg penting kita ikhlas krn Allah s.w.t.
tqvm atas doa tu amin.. 😀
tips says
syukran.. 🙂
norina says
Salam En Hairul..saya berminat nak beli ebook..masih ada lagi ke..
Hairul Hissam says
Semua produk saya masih dijual selagi saya masih ada.. tqvm ya.. 😀
Hafizul says
emm lepas baca entri ni, baru la aku sedar satu benda..insyaAllah lepas ni akan perbaiki kesilapan tiu..terima kasih bro atas entri ni..
Hairul Hissam says
Semua orang melakukan kesilapan bro. begitu juga dengan saya. 😀
norizan says
Tahniah. website yang informative. Teruskan….inshaallah rezeki akan melimpahruah dalam pelbagai bentuk yang kita tidak ketahui. Jangan lupa keikhlasan itu penting.
Hairul Hissam says
Betul kata cik norizan.. yg penting keikhlasan di hati.. terima kasih atas nasihat tersebut 😀
kamal says
asalammuailaikum…hairul saye nk menambah pendapatan hidup..kenape saye selalu hidup dlm keadaan yg agak susah..terkadang saye kesian kn anak dan isteri,mcm mne nk buat duit mcm awak buat bisnes kt rumah je..tolong lah saye nk tambah income untuk teruskan hidup yg lebih selesa..kadang2 gaji saye cuma 350..kadang2 600..isteri saye tk berkerja sbb jge anak yg masih kecil.tolanglh..saye sanggup untuk melakukan ape saje..saye percaye kn hairul..maaf…tlg reply msj saye di email saye..kamal mahadi b.osman
Hairul Hissam says
saya dah reply kat email en kamal.. semoga berjaya… 😀
kamal says
tkde sebarang msj saye trima dru hairul..plzzz..msj ape yg hairul anta yer..mcm mne sye nk cek msj tue..sye dh cube buke di inbox nmsj spam n other tpi tk dpt jugak msj dri hairul..tlg reply msj sekali lg..plzzz…
Hairul Hissam says
elok email saya ke kincin85@hotmail.com dulu.. takut email yg en letakkan salah. Nanti petang sikit saya reply sebab skrg sibuk uruskan produk……
kamal says
ok knape hairul ponye al quran free yg kt atas tue tk bley nk connetion…plzzztkde blas pon my msj..
Hairul Hissam says
saya try bukak tadi ok jeee. email saya dulu ke kincin85@hotmail.com
mungkin en kamal tersalah masukkan alamat email….
riza says
Cara kita nak menggembirakan emak ayah kita bukannya hanya bagi duit saja, sebab kadang-kadang mereka pun dah banyak duit. Yang kak riza perhati, mereka perlukan ‘perhatian’ kita. Mereka ni dah sampai satu peringkat macam ‘kanak-kanak’ balik. Macam kita budak-budak dulu, jatuh sikit menangis, nak perhatian…Mereka ni nak kita selalu berhubungan dengan mereka contohnya, bertanya khabar, ziarah mereka, bersembang…kegembiraan mereka adalah apabila anak-anak dan cucu ‘care for them’. Lakukanlah semua ni sementara mereka ada di dunia ni. Kak riza emak dah tak da, untuk sampaikan doa pada mak, kak riza kena jadi anak yang soleh…Ayah masih ada, dapat rasa betapa sunyinya dia bila mak tak de…
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas nasihat tu kak riza.. Betul tu, Perhatian tu penting utk kedua ibu bapa kita. Tentu sedih bila ibu tiada krn ibu yg lebih rapat dari ayah…
riza says
Memang sedih…bila dapat berita mak meninggal, rasa dunia ni sunyi sepi…sekarang rasa separuh dari diri ni ‘hilang’…believe me, there’s no one can replace our mother…
Hairul Hissam says
Betul tu kak riza, tiada siapa yg mampu mengantikan ibu kita… 😀
Hafizul says
Terima kasih mengingatkan..kalau tak mampu wang ringgit, tolong mengembirakan hatinya..wang ringgit bukan segala-gala..tapi kegembiraan mak ayah itu lebih utama..
Hairul Hissam says
Sesekali kena gak hulur duit tu bro.. heee … tapi yg utama ialah mengembirakan ibu bapa kita spt kata bro.. 😀
Hafizul says
Emm dulu masa belum kawin selalu gak bagi duit..sekarang ni dah kurang dah..emmm
Hairul Hissam says
Mungkin bro boleh start bagi semula.. insyaAllah ada ganjarannya nanti di dunia dan akhirat. Yg penting keihklasan membantu dan merasakan ia tanggungjawab kita sebagai seorg anak.. 😀
Mahfuz Mahmud says
Saudara Hairul, Alhamdulillah saya baru ditemukan dengan article saudara. Yang dutulis dan disarankan sebenar- benarya adalah apa yang saya betul-betul perlu baca memandangkan situasi kehidupan saya di saat ini. It is just what I needed to hear! Terima kasih banyak2. Semoga saudara murah rezeki dan bahagia sentiasa.
Hairul Hissam says
Semoga memberi manfaat buat kita bersama.. 😀
gloryatie says
terbaik (*,*)
Hairul Hissam says
Semoga menjadi panduan kita bersama… 😀
Myra Jay says
Terima kasih atas perkongsian ni..
Yg penting kita jangan abaikan Ibu Bapa kita dan mertua ;D
Hairul Hissam says
Betul tu.. jika kita abaikan ibu bapa.. esok-esok.. anak2 kita pula akan abaikan kita… kerana Allah itu maha adil 😀
Pemborong Tshirt Ensaz says
terima kasih tuan Hairul berkongsi tips ni.. saya pun pernah melalui pengalaman yg sama.
Hairul Hissam says
semoga mejadi panduan kita bersama 😀
Razali Junus says
Taat kepada kedua ibubapa adalah perkara paling utama selepas taat kepada Allah dan Rasul kerana kedua ibubapa kita adalah antara pintu keberkatan yang ada dalam hidup kita.
Hairul Hissam says
Betul kata bro. Itulah yg penting dalam kehidupan ini 😀
Nur Azmanie says
ya..saya setuju dgn en.hairul.. apa yg penting skali ialah niat kita,,kalo buat krn Allah pasti dan pasti dprmudah.. Menjemput rezeki akan jadi lebih mudah dgn mlakukan apa yg Allah suka..sbb rezeki kan Allah punya..Saya ada baca buku ttg rezeki,tjuknya MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI oleh FATHURI SALEHUDDIN. Isinya sgt bgus dgn cara pnympaian yg santai..ia sgt relevan utk sume org..
Hairul Hissam says
Benar tu.. jika niat kita baik kerana Allah insyaAllah lebih mudah menjemput rezeki yang berkat 😀
zam says
Salam..bagaimana dangan bapa yang tak mahu berbicara dengan anak?bagaimana kita nak menghubungi mereka?kalau call pun sepatah tanya sepatah jawb.Susah juga situasi begini.Orang selalu berkata nanti anak2 akan buat kat kita.Tapi bagaimana kita dan anak2 begitu mesra,rapat,.Tak macam kita semasa kecil.dibelasah setiap hari.Saya semasa berusia 18 tahun dah keluar rumah.satu sebab tak tahan,dua sebab nak membuktikan saya juga boleh tampa sesiapa menolong saya.26 tahun saya dah berkerja,susah senang saya sendiri hadapi.sekarang allahamdulillah sudah berkahwin dan mempunyi 2 anak di sekolah menengah.Setahun dua tiga kali balik kampung,Kalau orang tua saya ke KL dia tak akan singgah kerumah saya.kalau nak cerita memang panjang.Soalan saya derhaka ke saya?
Hairul Hissam says
Wsalam.. pada saya, kita dinilai pada usaha kita bukan pada hasilnya. kerana hasilnya adalah ketentuan Ilahi.. Teruskan berusaha berbaik dgn ibu bapa kerana sudah pasti ada ganjarannya nanti. Kalau kita terus berusaha berbaik dgn ibu bapa, sudah tentu anak2 kita akan terus berusaha berbaik2 dgn kita nanti.. 😀
Farina Al-Khareid says
tips yang amat bagus. rezeki ini datang dari Allah. kita inginkan rezeki yang berkat agar hidup kita lebih bahagia. banyakkan sedekah dan kerjakan amalan soleh. insyallah berkat la hdup kita, hidup yang berkat dimurahkan rezeki oleh Allah.
Hairul Hissam says
Betul tu.. itulah yg kita semua mahu dlm kehidupan.. tqvm..
Belang Tarung says
semua duit kita berkoyan2 tu bukan sebenarnya milik kita…milik kita hanya duit yg digunakan utk bersedekah untuk dibawa sebagai amalan nanti
Hairul Hissam says
Selain dari bersedekah, bila digunakan utk keluarga, anak dan sanak saudara, ia juga dikira amal jariah yg berkekalan selepas mati…insyaAllah.. Yg penting ikhlas…
ummi mra says
Perkongsian yang amat memberi kesan. Terima kasih. Moga kita istiqamah.
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat dan hidup lebih bahagia
cik tom says
memang betul apa yang bro hairul ckap tu…walaupun ciktom takdelah bergaji besar…tapi alhamdulillah rezeki sentiasa xputus dan dicukupkan dengan dapat sentiasa berkongsi dengan mak ayah dan adik beradik…
Hairul Hissam says
Alhamdulillah cik tom…. mmg bahagia hidup ini jika kita membahagiakan ibu bapa dan adik beradik kita….
Dina says
Terima kasih tipsnya mas Hairul, semoga kita semua selalu bahagia, dan diberi rezeki yg banyak,,
Hairul Hissam says
Amin.. semoga begitulah hendaknya… terima kasih.