Pernahkah anda rasa nak marah, sedih, risau, takut, geram, benci dan sebagainya. Itulah tekanan. Tekanan kerja, tekanan keluarga, tekanan peperiksaan, tekanan kewangan, tekanan perasaan dan pelbagai lagi tekanan mampu menjejaskan kesihatan dan kehidupan kita. Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda teknik untuk mengesan tekanan melalui tubuh anda dan seterus mengatasi tekanan tersebut. Ia tidaklah sukar sekiranya anda tahu caranya.
Secara semula jadi, fikiran, emosi dan tubuh badan kita mempunyai hubungan yang sangat erat. Segala aktiviti pemikiran & emosi akan memberi kesan secara langsung kepada perjalanan anggota dalaman dan luaran tubuh kita. Sekiranya fikiran dan emosi kita ceria, tubuh kita turut mendapat manfaat yang sangat baik. Sebaliknya sekiranya pemikiran kita bercelaru dan emosi tidak menentu, ia memberi kesan yang sangat buruk kepada kesihatan anggota tubuh kita. Bagaimana ia terjadi.
Apabila kita tertekan, otot-otot tubuh akan menenggang, pejalanan darah tidak menentu, pernafasan terganggu dan hormon dalam badan mula menghasilkan toksik yang merbahayakan tubuh anda. Ini memberi kesan buruk kepada lima organ tubuh anda iaitu jantung, ginjal, paru-paru, hati dan limpa. Sekiranya otak kita gagal berfungsi, kita sekadar pengsan atau koma sahaja. Tetapi sekiranya lima organ penting ini tidak berfungsi.. good bye world..he.he. he … arwah la jawabnya… Dengan kata lain tekanan boleh membunuh anda.
Macam mamat kat gambar tu, tension sungguh. Di dalam artikel ini, saya akan membantu anda berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya. Namun, teknik ini memerlukan sedikit tumpuan atau concentration untuk keberkesanan optima.
Sebelum itu, anda perlu mengetahui keadaan tubuh anda apabila tertekan. Kerana kadang kala kita tidak sedar kita sebenarnya tertekan. Ok, apabila kita tertekan, bahu kita akan ternaik sedikit, kaki juga akan terangkat sedikit dan jari jemari kita menengang. Sebenarnya semua otot dalam badan mula menegang. Dengan mengetahuinya, anda lebih berwaspada dengan tekanan pada diri anda.
So untuk mengatasinya mudah sahaja. Turunkan bahu, kaki, tangan dan kendurkannya. Mudah bukan. Dengan kata lain kita mengendurkan semula otot-otot yang ketengangan itu. Konsepnya begini, apabila otak bercelaru ia menyebabkan ketegangan pada tubuh badan kita. Dengan itu apabila kita mengendurkan semula otot tubuh kita, ia akan menyebabkan otak kembali rileks. Kerana otak dan tubuh mempunyai hubungan yang sangat rapat. Tak caya try la buat.
Namun teknik yang lebih baik, anda duduk di atas kerusi. Pejam mata anda dan cuba rasai ketegangan pada tubuh anda. Mulakan dari belakang kepala anda, turun ke belakang leher, bahu, tulang belakang dan kaki. Anda bukan sahaja merasai ketenggangan malah cuba mengendurkan atau menurunkan ketegangan tersebut. Begitu juga dengan organ dalaman anda seperti jantung, paru-paru,ginjal, hati dan limpa. Cuba rasai ketegangan dan cuba kendurkan atau turunkan ketegangan di kawasan tersebut dengan perlahan-lahan.
Satu lagi teknik yang dapat membantu menggurangkan tekanan ialah membuat senyuman dalaman. Teknik ini saya baca dari buku perubatan cina dan saya dapati ia berkesan menghilangan tekanan dari dalaman kita. Caranya mudah sahaja. Duduk di atas kerusi, tutup mata dan buat satu senyuman ikhlas yang sangat hebat. Atau bayangkan kekasih anda sedangan tersenyum dan anda membalas senyuman tersebut dengan penuh gembira.
Seterusnya bayangkan mata anda tersenyum seperti bibir anda dan tersenyum dengan hati yang sangat gembira. Perlahan-lahan, katakan pada diri anda “Let it go” atau “Biarkan ia pergi”. Dan bawa senyuman itu dari mata ke dada anda. Teknik ini memerlukan tumpuan yang tinggi untuk berjaya. Ia sangat membantu meredakan emosi kita sebelum kita menyelesaikan apa jua masalah. Teknik ini sangat berkesan jika dibuat dengan betul. Selamat mencuba.
sebelum anda beredar, jom tonton video seorang mamat yang tersangat tension. Kesian dia…
Sekiranya artikel cara mengurangkan stress ini bermanfaat kepada anda, kongsilah dengan rakan anda melalui button share kat bawah tu. Dan saya mengalu-alukan komen anda tentang teknik saya di atas atau anda ingin berkongsi teknik anda mengatasi tekanan.
safwan says
zikir juga terbukti mengurangkan stress, byk ayat quran menerangkan ttg zikir pagi dan petang
Hairul Hissam says
Benar tu en. safwan.. zikir mampu merehatkan minda dan meningkatkan daya fokus kita 😀
laduni says
Terima kasih… boleh dipraktikkan..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba… 😀
aina says
ooo…bagus tips ni…
at least dpt juga tahu bila masa kita stress bila masa tak…
kadang2 kita sendiri pun tak perasan yang kita ni tengah stress…
orang tertentu je yg boleh kesan kelakuan pelik kita, bagi kita sama je..yelah empunya diri tak terasa kelainan dalam diri.
Hairul Hissam says
Tubuh badan memberi petunjuk yg baik sekiranya kita mengalami stress.. 😀
fendi says
klu ade masalah mesti lah kene settlekan. tak kan nak biarkan je kot. tak ada cara lain lagi ke??
Hairul Hissam says
masalah tidak akan mampu disettlekan dgn emosi terganggu..
teknik ini lebih kpd meredakan emosi sebelum settle masalah tersebut…
kalau tak cuba dulu.. mmg tak tahu 😀
fendi says
cara ni bagus jugak. tapi susah sikit nak buat 🙂
Hairul Hissam says
Tak susah sebenarnya kalo dicuba…… 😀
yani says
memang berkesan.. hari2 stress dgn keje.. atleast rasa tenang sikit dan badan pn x rasa sakit2 lagi
Hairul Hissam says
Stress menyebabkan ketegangan pd tubuh kita yg membawa kesakitan tubuh..
Selain mengurangkan stress, cara ini menyihatkan tubuh. 😀
yani says
thanks bg tips yg berguna
Hairul Hissam says
semoga membari manfaat bersama.. 😀
amal says
Bagus tips dari hairul nie…saya rasa tidur dpt hilangkan tekanan jua..otak dapat relax ketika nie..
Hairul Hissam says
Betul kata en. amal. tidur merehatkan otak dan membolehkan otak berkerja dengan lebih baik.. tqvm 😀
rika says
Tekanan ada yang baik dan ada yang tidak. Apabila tertekan , suka melihat alam atau bersukan. Rasa lebih tenang selepas tu. Namun setiap orang berbeza cara untuk mengurangkan stress . Namun kesan jangka panjang tekanan ini boleh menyebabkan kepada masalah sakit jantung yang serius.
Hairul Hissam says
Saya pun suka tgk permandangan.. ia buat kita lebih rilek..
Iskandar Zul says
Assalamualaikum, saya nk tnya bolh.Selain stress, apakah yg menyebabkan se² org itu pengsan atau koma.
Hairul Hissam says
Setahu saya, darah tak sampai ke otak.. elok check dgn doktor.. tqvm