Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kari Ayam Kampung ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resipi Kari Ayam Kampung
1 ekor ayam kampung
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih – dikisar
3 cm halia – dikisar
2 biji tomato
5 sudu besar serbuk kari ayam
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 batang daun kari
Cara-Cara membuat Resipi Kari Ayam Kampung:
1. Bersihkan ayam dipotong kecil, ditambah sedikit air, serbuk kunyit dan garam, masak dalam presure cooker selama 10 minit dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan ayam dan kacau rata.
4. Masukkan serbuk rempah kari ayam, serbuk cili dan kacau rata.
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan rempah sebati dengan ayam.
6. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam secukupnya. Tunggu sehingga kari menjadi pekat.
7. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puam Sumi kerana sudi berkongsi Resipi Kari Ayam Kampung
Leave a Reply