Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Yee Mee Basah ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Yee Mee Basah:
=1 sanggul yee mee (celur- toskan)
=1 keping isi ayam
=5 ekor udang
=1 keping fish cake
=2 ulas bawang putih (cincang halus)
=sayuran(ikut suka nak sayaur apa)
=1 sudu besar sos tiram
=1/2 sudu kecil kicap pekat
=1 sudu besar kicap cair
=1 sudu kecil serbuk lada sulah
=1 sudu kecil minyak bijan – boleh abaikan kalau xsuka
=2 cawan stok ayam/air
=sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
=garam/serbuk pati ayam secukup rasa
Cara Membuat Resepi Yee Mee Basah :
1) panaskan sedikit minyak.tumis bawang putih sehingga naik bau.masukkan isi ayam,udang dan fish cake.masak seketika.
2) tambahkan air.biar mendidih.tambahkan sos tiram,kicap pekat,kicap cair,serbuk lada sulah dan pati ayam.perasakan secukupnya.
3) masukan bancuhan tepung jagung,sayuran dan minyak bijan.gaul rata.
4) matikan api setelah kuah agak pekat.
5) tuang atas yee mee.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi yee mee basah
zol says
sedap ni leh cuba buat sebab saya suka makanan ala masakan cina, tak banyak restoran melayu masakan ala cina kalau masakan thai banyakle.
Hairul Hissam says
Mmg jarang org melayu buat masakan ala cina…
selamat mencuba en zol…