Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi tosai ini adalah kiriman Puan Sumi. Tosai merupakan makanan masyarakat India. Tetapi kini ia mula digemari oleh masyarakat cina dan melayu. Nampak sedap tosai kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Tosai
2 cawan beras – direndam selama 8jam
1 cawan kacang dal putih – direndam selama 8jam
1 kepal nasi
sedikit garam
minyak masak
1/2 labu bawang besar.
Cara-Cara Membuat Resepi Tosai:
1. Kisar beras, kacang dal putih dan nasi hingga halus.
2. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak2 macam adunan untuk membuat apam.
3. Masukkan garam dan kacau rata.
3. Peram adunan ini selama 8 jam supaya adunan naik.
4. Celup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali leper atau non stick pan.
5. Kacau adunan tadi. Ambil sesenduk adunan dan ratakan atas kuali.
6. Tutup sebentar hingga buih- buih naik. Masak dengan api perlahan atau sederhana.
7. Bila dah garing bolehlah dilipat 2 dan diangkat.
Resipi chutney kelapa(Kuah Tosai)
Bahan-Bahan Kuah Resepi Thosai
1/2 biji kelapa parut*
1/2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
6 tangkai cili kering*
(kisar semua bahan yang bertanda *)
1 bawang merah (dihiris)
3 tangkai cili kering
biji sawi
daun kari
sedikit asam jawa
minyak masak
garam
Cara cara Membuat Kuah Thosai.
1. Panaskan minyak. tumis bawang merah, biji sawi cili kering dan daun kari hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yang dikisar tadi. tambah sedikit air.
3. Didihkan sebentar dan masukkan air asam jawa dan garam.
4. Biarkan pekat sedikit barulah diangkat.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Sumi Kerana sudi berkongsi resepi thosai
zainon othman says
bagi orang normal memang resepi yg sihat krn tidak menggunakan yis. boleh x kalau beras dan nasi tu di tukar dengan beras perang – untuk pesakit kanser yg tidak boleh makan nasi putih? adakah akan menghasilkan tosai yg sama ? terima kasih.
Hairul Hissam says
Saya tak pernah try pula.. boleh juga dicuba.. apa salahnya.. 😀
fasya says
Thanks for the info..mmg mcari resepi tosei ni..
Hairul Hissam says
Semoga berjaya buat 😀
aziz othman says
Dah try resepi tosei ni.ringkas dan sedap.best..best..
Hairul Hissam says
semoga menceriakan keluarga encik aziz 😀