Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi terung sambal ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Terung Sambal:
2 biji terung panjang
6 tangkai cili kering – rendam dalam air panas
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
satu sudu besar air asam jawa
garam dan perasa secukup rasa
Cara Membuat Resepi Terung Sambal:
1. Terung dicuci dan dihiris setebal 1cm. Goreng dgn minyak sehingga kekuningan dan lembut.
2. Kisar cili kering dan bawang putih.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama cili kering.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan perasa. gaul rata.
5. Angkat dan hidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi terung sambal
Leave a Reply