Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi sup cendawan ini kiriman My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Sup Cendawan:
=1 ulas bawang besar (hiris halus)
=425 gm cendawan butang ( hiris)
=300 gm cendawan shitake (rendam,hiris)
=500ml air/stok ayam/air + 1@2 kiub pati ayam(ikut citarasa sendiri)
=350ml krim (dairy/uht whipping cream)
=garam secukup rasa (boleh abaikan kalau guna stok/kiub ayam-pastikan rasa dulu sebelum tambah garam.)
=110 gm mentega
Cara-Cara membuat Resepi Sup Cendawan;
1)panaskan mentega,masuk bawang besar dan cendawan.tumiskan sehingga bertukar warna keperang-perangan.
2)masukkan air.didihkan.setelah mendidih matikan api.
3)masukkan ke dlm blender.kisar sekejap shja,jgn smpai cendawan hancur-agak2 1@2 saat je.
*kalau blender xtahan panas,sejukkan sekejap br blender.
4)tuangkan sup kedlm periuk.tambahkan garam dan krim.didihkan sekejap sahaja/sehingga kuah pekat.
5)hidangkan bersama garlic bread/roti gardenia,sapu dgn garlic butter,bakar dlm oven sekejap
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi sup cendawan
ika says
tq admin
da try buat
mmg jadi tp bhn guna ad hoc je
susu cair ganti krim uht
kiub ayam ganti nugget ayam digoreng dahulu dan dididih serta dikisar sekali
mmg sdp tp sdp lg admin kot???????? tq sharing
Hairul Hissam says
TAhniah kerana berjaya buat puan ika.
yg best dlm masakan nie, kita boleh ubah suai mengikut citarasa dan bahan2 yg ada dirumah..