Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Suji Tosai ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Suji Tosai
1 cawan suji
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 bawang besar – dicincang halus
2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil jintan manis
3 tangkai cili kering atau cili merah- dipotong halus
garam
Cara Membuat Resepi Suji Tosai:
1. Campurkan tepung suji, tepung beras, tepung gandum dan garam dalam mangkuk.
2. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan kuali masukkan 1 sudu besar minyak masak dan masukkan biji sawi, daun kari bawang besar, jintan manis dan cili merah. Tumiskan.
4. Masukkan dalam adunan tadi dan kacau rata. Biarkan selama 20 minit.
5. Sapu minyak atas kuali leper. Ambil 1 senduk adunan dan tuang atas kuali. Kalau adunan terlalu pekat tambah air sedikit.
6. Masak di atas api yang kecil hingga kekuningan. Terbalikkan tosai ini dan biar masak selama 1 minit dan diangkat.
Hairul.com: Terima kasih kepada kerana sudi berkongsi resipi
Leave a Reply