Program Kongsi Resepi Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Sotong Goreng Tepung ini kiriman Puan My1981. Memang ramai yang mengemari sotong goreng tepung nie. Kalau ke seafood restoran, memang wajib order sotong goreng tepung nie. Namun tak susah sebenarnya membuatnya. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Sotong Goreng Tepung:
10 ekor sotong saiz besar
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
sedikit air kapur
1 sudu besar serbuk kunyit
2 biji telur
Air (masukkan sedikit demi sedikit sehingga)
garam secukup rasa
air secukup kegunaan
Cara Membuat Resepi Sotong Goreng Tepung:
1) Langkah pertama dalam membuat resei sotong goreng tepung ini, anda perlu merendam sotong mentah di dalam air garam selama 5-10 minit.
2) Di bekas yang lain, campurkan tepung jagung, tepung beras,serbuk kunyit, air kapur, gara dan telur. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air dan gaul sehingga menjadi batter atau cecair pekat. Pastikan ia pekat supaya boleh melekat pada sotong nanti.
3) Seterusnya keluarkan dan toskan sotong dari air garam. Seterusnya celupkan sotong ke dalam campuran tepung dan goreng dalam minyak panas.
4) Goreng sotong sehingga kuning keemasan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi sotong goreng tepung ranggup
azriey amrie says
kata org, klau tak nak bg sotong tu meletup ketika menggoreng, jangan goreng janggutnya? Yeke?
Hairul Hissam says
Sebenarnya kena buang satu biji dalam kepala jangutnye.. biji tu yg menyebabkan ia meletup bila digoreng 😀 ..