Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi Sambal Lada ini adalah kiriman Puan Gloryatie. Biasanya sambal lada ini disediakan bersama nasi ayam. Namun ia boleh dimakan bersama keropok lekor dan sebagainya. Jom kita pelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Sambal Cili Nasi Ayam:
1 biji lada besar
2 biji lada jarum
1/2 biji tomato
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
1/2 biji limau nipis (ambil airnya)
sedikit cuka (bergantung kepekatan diingini)
sedikit belacan
Cara Membuat Resepi Sambal Cili Nasi Ayam:
1. Kisar semua bahan hingga betul2 lumat
2. Siap untuk hidangan
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Gloryatie Kerana sudi berkongsi resepi sambal cili nasi ayam