Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com.
Resepi Sagun ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya. Untuk panduan bergambar step by step membuat sagun, sila klik link ini > Resepi Sagun
Bahan-Bahan Resepi Sagun
1 bj kelapa parut yg putih
1/2 c gula pasir
250 g tepung beras
50 g tepung pulut
1 st garam
Cara Membuat Resepi Sagun
1. Sangai (goreng tanpa minyak) kelapa parut dgn api sederhana sehingga betul2 kering n garing angkat dan ketepikan
2. Sangai tepung beras n tepung pulut kira-kira 3-5 minit
3. Masuk kan kelapa yg di goreng serta gula.
4. Gaul kelapa n tepung n ltk garam.
5. Kisar gn pengisar kering semua bahan td tp jgn halus sgt
6. Hidang dlm bentuk kelongsong atau ltk jek dlm mangkok
Siap.
Jika anda mahu melihatan panduan bergambar step by step membuat sagun lawati Resepi Sagun, Klik disini
Nota :
Petua makan sagun ialah masa makan jgn bercakap, tak percaya, cubalah.
Masa kecik2 dulu sy buat sagun gn biskut – masuk biskut dlm plastik, ltk gula. Pastu tumbuk ngan tangan . Bl dah siap, ambil sesudu dan ltk ditapak tangan, jilat atau tangkup ke mulut. Best sesangat time tu.
Untuk panduan bergambar step by step membuat sagun, sila klik link ini
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi sagun
akubiomed says
Sagun in antara kegemaran ketika kecil dahulu.
Hairul Hissam says
saya selalu gak beli masa kecil dan paket kecil yg panjang tu kan… 😀
rehansj says
Assalamualaikum..sy guna ye resepi ni..minta halal..
Ada 1 soalan..kalau kita campur biskut boleh tahan lama tak?
Hairul Hissam says
wslm, semoga dapat menjana pendapatan dengan sagun. Jika nak ubah resepi, kenalah test sendiri dan lihat sendiri hasilnya… semoga berjaya..