.
Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi pulut panggang ini kiriman Kak Raja. Ini merupakan Resepi kuih muih kampung di perolehi dari mak mertua kak raja yang pernah berniaga kuih muih untuk membiayai persekolahan 10 orang anak di kedah. Sakarang alhmdulilah, mertua duduk belajar agama tiap hari dan masak2 pada hujung minggu sahaja. Jom kita belajar resepi pulut panggang kampung nie.
Bahan-Bahan Resepi Pulut Panggang:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan pekat
Daun pisang
Garam
Bahan Inti Pulut Panggang
200 gm isi ikan kembung
1 biji bawang besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering dibuang biji
1 paket kecil udg kering
1 batang serai
1 cawan santan
1 genggam kelapa parut
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh jintan manis.
Cara-Cara Membuat Resepi Pulut Panggang:
1. Beras pulut basuh dan direndam semalaman untuk membuat resepi pulut panggang nie.
2. Buang air redaman dan kukus pulut sekejap dalam 5 minit
3. Angkat pulut dan masukkan santan dan garam dan dan gaul.
4. Biar 30 minit supaya beras tadi memanjang.
5. Kukus semula 30 minit lagi sehingga pulut masak.Selepas masakan ketepikan.
6. Sekarang kita buat inti resepi pulut panggang. Blend ikan, udang kering, cili, bawang besar dan bawang putih, serai dan semua rempah.
7. Panaskan kuali masukkan bahan kisar, kelapa parut dan santan. Masak hingga kering
8. Masukan garam dan gula secukup rasa. Siap inti resepi pulut panggang.
9. Ambil daun pisang yang telah dilayur dan disapu sedikit minyak
10. Letakkan dua sudu pulut yang siap dikukus tadi diatas daun psiang.
11. Leperkan pulut tadi memanjang dan masukkan sesudu inti pulut panggang diatas pulut tadi. Biarkan bahagian hujung tiada inti pulut panggang
12. Gulung inti dalam pulut tadi dan gulung bersama daun pisang
13. Ketip dengan staple kedua belah hujung kiri dan kanan daun pisang. Atau boleh guna lidi
14. Bakar atas kuali leper atau atas bara arang salama 5 minit (sekejab sahaja sebab semua bahan resepi pulut panggang dah masak). Bakar hanya untuk naikkan aroma daun pisang dan pulut panggang keras sedikit. Siap.
Hairul.com: Terima kasih kepada kerana sudi berkongsi resepi pulut panggang yang sedap ini.
Nani shuhada says
Lama jugak nk kene rendam pulut.. Nak cubalah.. Tq for sharing.
Hairul Hissam says
selamat mencuba… 😀
asiahahmad says
terima kasih…
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi pulut panggang..
Noormala Rabu says
Terima kasih atas segala panduan dan resepi.
Nakcuba resepi ni..memang favourite suami
Hairul Hissam says
Selamat mencuba resepi pulut panggang niee…