Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Oreo Cheese Ball kiriman Puan My1981. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Oreo and Cheese Ball :
16 oz / 453.59 g / lbh kurang 3 setengah peket biskut oreo 137g (137g X 3 1/2 peket)
8 oz / 226.79g cream cheese – suhu bilik
500g milk chocolate compound
Cara Membuat Resepi Cheese Ball Oreo:
1. Masukkan biskut oreo ke dlm ziploc bag dan hancur2kan dengan menggunakan roling pin.
2. Setelah itu,masukan biskut oreo dan cream cheese ke dlm blender /food processor.kisar sehingga sebati.
3. Bulat2kan campuran biskut oreo mengikut saiz yang anda suka.
4. Masukkan ke dlm freezer dan biarkan selama 40-60minit.
5. Sementara itu,cairkan coklat.sejukkan seketika.kemudian,celup bebola oreo ke dlm coklat.pastikan coklat menyelaputi keseluruhan bebola.
6. Letakkan atas kertas minyak dan biarkan sehingga coklat keras,lebih kurang 15-20 minit.
7. Hias/corakkan bebola mengikut kreativiti masing2.
Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi mengirimkan Resepi Oreo Cheese Ball ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
Nurul says
salam..en.hairul, biskut oreo tu bleh tak kte gantikan dgn biskut lain..?xpun buang inti dia..tkot mnis sgt plak..hehhe ye la..disalut ngan coklat..cm mnis sgt jer..bleh tak en.hairul?
Hairul Hissam says
Wsalam, boleh tiada masalah. Mmg best mencuba sesuatu yg baru 😀
Nurul says
ouh okay..trima kasih en.hairul..
🙂